Monday, February 28, 2011

Isya....Penceria dalam keluarga MaMa




Eii comelnya... kecik2 isya dah suka bertudung ya, olohh kenapa seksi lak tu, oo dah ganti pakai topi lak ya..

 Hihikk.. malu nyaa.. jangan le dekat2 nanti nampak lubang hidung Isya ni... haa kan mama dok jauh camtu kan ok
 Ehhh???... mama sedang wat pe tu?.. masih tangkap gambar lagi ker?.. hahahaha.. 

Alaaaaahai bosan nyaaa, nak wat pe ye pahni?.. rasaaa cam nak manjat jer!

Ehmmm.. possing jer la depan camera ni.. lagipun mama Isya ni suka sangat tangkap  gambar Isya, tak senyum takpe kan mama.. takde mood le. uhukk

hmmm.. makan apa tuuu??.. Isya nak jugakkk.. ehh malu plak main mintak2 yg orang punya.. ihikkk..

Mama.. Abahhh nanti bawa Isya pergi taman ya.... nak main dengan kak Basma...

Ini adalah anak bongsu mama.. Batrisya lagi 2 bulan masuk le 2 tahun umurnya, dalam rumah Isya merupakan penghibur kepada kami sekeluarga.... tambahlagi setiap masa Isya suka senyum dan akan menonjolkan pelbagai perangai barunya yang kadang2 akan buat mama, abah, abang2 & kak Basma tak senang duduk diam... 
Isya.... Isyaaa... Isyaaaaa.... Mama love U soooo much!

Masakan kampung ikan merah masak asam tempoyak dan ulaman




 Assalamualaikum...
Rakan2 semua makan apa ya untuk tengahari?... kalau yg bekerja waktu rehat macam ni mesti dok sibuk memikirkan atau sedang memilih restoran utk lunch.  atau kedai mamak.  Mama dulu masa dok Perlis tak sah kalau tiap petang beli murtabak sardin dan roti canai di Kangar.. dan kadang2 nasi kandar memang tak miss.. di campur dengan pelbagai jenis kuah kari.  memang pio=+ooorr le masakan Perlis, malah dengan pelbagaian jenis sayur lemak putih,kuning, sayur air dan ulam2an serta berjenis2 ikan bakar dan pencicah air asam memang menyelerakan... ehmm Sedapnya.. rasa nak pergi sekarang jugak nak jenguk kedai makan feveret mama yg mama selalu berkunjung kat sana!!.. lauk basah kat sana pun murah2.. kalau nak di bandingkan di Terengganu ni melambung tingginya..uhukk!.  kalau Penang plak kan.. feveret mama iaitu char kue tiaw.. kalau jalan mana2 nampak kedai makan ada tulis laber char kuew tiaw penang mesti akan tanya orang penang ke masak?.. kalau jawapannya tak.. mama tak makan le sebab rasanya memang takkan sama dengan org penang asli yg masak.  diorg ni resepi ni takkan di bocorkan kepada org luar sepengahuan mama. Kalau balik kampung dekat rumah mak ada sorang Penang asli jual char kuew tiau ni di Jalan Tok jembal dekat UMT.. pun sedap.. rasanya punn memang sama, kat Jertih plak di Taman selera medan Jertih... kalau makan mesti order 2 pinggan special.... rasanya pun memang tetap lebih kuranng sama... entah apa jenis sos diorg guna tak tau le... sedap nya memang  lain dari yang lain...
Sunday, February 27, 2011

Resepi Kuah laksa/laksan (kuah lemak putih) - Laksa Terengganu





Bahan2nya:
  1. Kuah Laksan/laksa (kuah lemak putih)
  2. Santan dari 2 biji kelapa
  3. Ikan 6 ekor di rebus dahulu ambil isi shj di bland/tumbuk
  4. Halia 1 ibu jari
  5. Bawang merah 10 ulas
  6. Lada hitam
Blandkan kesemua bahan di atas kecuali santan ya..
Masukkan santan dalam periuk dengan renihkan sekejap bagi rasa panas sedikit. Kemudian tuangkan bahan blander tadi dengan di kacau selalu supaya santan tak berketul.   Tambahkan sedikit air sekiranya kelihatan terlau pekat, kalau pekat sangat nanti muak rasanya.. tak berapa sedap.  pastu  masukkan asam keeping 1 kpg. Garam, gula dan secubit ajinomoto. Api biarkan sederhana jer. 

Boleh di hidangkan bersama ulam seperti hirisan timun, tauge, daun kesum.
Untuk sambalnya: Buat le sambal belacan kesukaan anda utk kasi pedas bila nak makan nanti. Ada setengah org kat Trg ni just letak secubit belacan, cili boh, garam ke atas laksa tapi mama lebih suka blandkan kesemua tu jadikan sambal belacan.. lagi umphh!!
Ok Selamat Mencuba…

    

Hari ini makan Laksan dan Laksa kuah lemak putih - Laksa Terengganu




 
 Laksa

Jam 5.30 pagi bangun tidur, spt biasa le kemas2 rumah... solat subuh  & sambung lagi   dengan kerja rutin harian spt masak utk sarapan pagi dan kejutkan anak ke Sekolah. Waktu pagi anak2 lebih suka makan simple jer iaitu roti bakar di sapu margerin dan sekaya/madu.  Kdg2 sekeping roti & sausegge dah ok.  Ank2 mama tak suka mkn berat2  sebab nk cepat... kalau tak sempat masa blh sambung mkn dlm kereta jer kalau setakat roti tu :)

lepas anak semua dah pergi sekolah kerja rumah masih berterusan lg spt jemur kain.. 

Saturday, February 26, 2011

Nasi minyak dan yogurt buah




Kemarin masak nasi minyak satu periuk... malam  pula berebut rebut budak2 ni dan kebetulan Kunat dan anaknya pun ada sekali tidur rumah dah 3 hari (suaminya outstation di Medan).. wowww kalau jual di kedai ni tak sampai sejam dah habis berebut org nak beli.. Kunat dok seloroh.  dia pun turut tengok sekali masa mama dok masak   tengahari tu." ehhh laaa simple jer ingatkan susoh!!".  Pastu bila dah siap masak tengok2  yang paling cepat sekali dok tibai dia laa..." ehmm sedappp!". anaknya  dah 4 hari dok hospital tak sihat.. tak sentuh nasi sepanjang tu habis jugak 2 pinggan penangan nasi minyak mamaLuV....  Syaid plak  nampak cam tak puas hati jer..... bila bertanya katanya nak bertambah lagi tapi dah habis  :(.. olohhh lohhh sian pulak mama dengar.  takpe laa... cukup le tu tu, nanti the next day mama buat lagi.

 Ok kalau ada rakan2 nak cuba nasi minyak Trg mama boleh klik di gambar utk dapatkan resepinya.  Nasi minyak mama ni bahan dan cara buatnya mudah jer.. tak susah pun. dan mama pernah postkan resepinya bulan lepas.


Untuk desert plak boleh cuba yogurt buah mama dengan klik di gambar utk dapatkan resepinya



Selamat Mencuba....
Friday, February 25, 2011

Kemalangan Jalan raya




Tengahari tadi  masa dok melayan internet tiba2 terima panggilan dari Yah, cousin mama bagitau Angah anak ayah su accident.  Mama  ingatkan kemalangan biasa jer. Pastu nak cuba call ayah Su tapi tak dapat, cuba call Amer.. adik mama di Seremban pun tak dapat jugak. Mungkin ada di hospital kot.  Pastu mama pun terus sambung buat kerja rumah cam biasa le ... melayan anak2, masak2..... maklum le weekend.  Lepas tu cuba call ayah Li.. dengar kata ayah Li dah bertolak pagi tadi lagi.  Call pun tak dapat jugak.. ehh kenapa ni susah sangat org nak angkat talifon.  Call mak.. mak cakap otw nak ke Seremban ni...  sebuah kereta dengan che Ngah. Aaaa???.. mak pergi Seremban.. baru pagi tadi dok bersembang dalam phone.. mungkin masa tu mak tak tau lagi pasal berita ni kot.  Call mak  kul 5 ptg tadi rupanya baru sampai Kijal dari Trg kul 3 ptg tadi...  ish.. maunya kul 10 malam karang baru sampai ni, risau gak.. perjalanan masih jauh tu lagi  4 jam baru nak sampai..

Thursday, February 24, 2011

Cerita seram : Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

Rahsia Disebalik kelahiran dan Pasangan Ideal




Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Mari makan....

Mee Goreng daging  RM5 di MesraMall Kemasik, pilihan mama....

Nasi ayam MesraMall RM5 di order anak2 mama

Pagi tadi goreng Makaroni untuk sarapan pagi....

 Kedai Donut, tapi tak beli pun balik terus beroperasi dengan anak buat sendiri....

 Bermulalah acara membentuk donut pilihan masing2....

 Basma lebih suka bentuk ball & pelbagai bentuk huruf

Ehmmm... nak buat bentuk apa lagi yaa?????

Ni le hasilnya bentuk donut anak2 dah siap 1 kilo.....
Memang puas hati anak makan tak berhenti hasil buatan sendiri dan masih panas lagi.......
Sekian untuk HaRi InI


Rahsia Tarikh Lahir






Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini mama minta keizinan dari  sumber sempoi.com.  selepas ini rakan2 boleh cuba mengunjugi rumah beliau yg lbh byk lagi sumber2 seperti ini.  Kalau nak kata penilaian ini tepat 90% sama dengan hubby mama... tergelak dia cam tak caya jer!.. hahah, anda bagaimana pula? cuba teliti bulan kelahiran anda pula.....

JANUARI 
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

Wednesday, February 23, 2011

Cara cara memasukkan lagu pilihan ke dalam blog




Assalamualaikum dan salam sajahtera semua..

hari ni mama nak sharekan tip2 nak meriahkan blog dengan lagu kegemaran empunya blog dan pembaca.  Ini pun dari komen sahabat yg meminta mama masukkan lagu supaya blog mama lebih ceria, tq faezah.. selalu2 lah singgah lagi blog mama.

Sila ikut step di bawah dan rujuk di gambar.



Cara2 nak masukkan lagu dalam blog:

1) Sediakan senarai lagu pilihan anda atau playlist lagu di www.mixpod.com
2) Search dan add lagu ke dalam PLAYLIST anda
3) Jangan lupa Customize untuk jadikan PLAYLIST anda AUTOPLAY
4) Save Playlist dan dapatkan HTML CODE dan copy
5) Paste kan Code tadi dalam ADD GADGET dan klik HTML/Java Script utk anda pastekan Code HTML tadi.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MIXPOD INI , ANDA TIDAK PERLU  MENGEDIT SEMULA DI BLOG ANDA, HANYA LOGIN MIXPOD ANDA  DAN EDIT DI SITU SAHAJA UNTUK PENAMBAHAN LAGU PILIHAN ANDA.

Selamat mencuba
mama pun asalnya tak pandai langsung tapi cuba jugak sampai menjadi   :) .  Alamdulillah.. puas hati
Tuesday, February 22, 2011

Resepi Yong Tau Foo





Tadi masa dok belek2 image kangkung utk entry bahaya kangkung  terjumpa lak resepi  YoNg TaU Foo dari blog sahabat.  Yong tau foo ni memang favorite  mama sekeluarga, tapi the next time tak perlu order kangkung le!!.  tapi cek hubby mama dah  bila tahu bab2 bahaya kangkung ni soheh dengan yong tau foo sekali takkan sentuh nanti, tengokk le kalau tak caya.. ehmm!.. okay kalau nak tau camne nak buat sos hitam Yong Tau Foo...jom kita singgah ke blog  kitchentohisstomach

Kita sama2 Mencuba ya...

Bahaya Kangkung!





Assalamualaikum..

Hari ni mama berblogwalking jer.. dari banyak perkara yg tak terfikir dek akal dah boleh tahu sekarang bila banyak berkunjung ke blog teman2.   terutamanya bab makan kangkung ni yg  mama terbaca dr blog Dunia dari dapur KJee.  Memang mengerikan!. nak tau lebih lanjut teruskan membaca yg mama copy paste dr blog Kjee.

korang suka makan kangkung? hah korang bacalah kata bawah ni. kjee saja nak bagi korang insaf. sejak baca ni, kjee jarang2 makan dah. dah tiga tahun kot. tapi malam tu masa makan seafood kat carey island, kjee teringin lalu order. tapi dalam hati Tuhan jer yang tahu. layannnn...
Monday, February 21, 2011

Sweet memori japan lagi...




Hari ini dah isnin rupanya... kluk klek kluk klek dah masuk bulan 2, kejap jer masa berlalu. ehmm tadi pikir banyak mde nak menulis tapi memandangkan nampak isya moody jer mungkin tak berpeluang, so mama uplod gambar kenangan di japan le dulu utk hari ni.. ok tak?... kawan mama pun dok mintak suruh masukkan gambar di Japan banyak2 next entry so now mama dah uploud kat sini :) tp gambar tak cantik sebab prtsc dr dvd, banyak gambar dah musnah dalam pc yg di simpan oleh abah.. uhukk.. sedeyyy! 




ni musim 'aki' atau musim luruh... udara memang best, tak sejuk sangat dan tak panas sangat, daun2 pokok pun cantik pelbagai warna, memanng sesuai utk bergambar.

Sunday, February 20, 2011

Lagi messages facebook urgent! ( betul ke nie???)




Hari ni terima lagi massage yg berbunyi:

Sorry that I had to send this message. Since Facebook has recently become very popular, has become the many complaints that Facebook has become unacceptably slow. The report shows that the reason is that Facebook has a number of non-active members and, secondly, many new Facebook members. We want to send this message to see whether you're active members or not. If you're aktiviinen, can you send this message to at least 15 users. Use the "Copy - Cut and Paste" to show that you are still active.

Tips melancong ke Korea - Dongdaemun dan Nandaemun Market








 (Broach yg di beli di Korea)

Assalamualaikum..
Semalam mama langsung tak berpeluang nak on laptop, almaklum le "pengantin baru istimewa" sampai rumah semalam bersama adik dan family masing2, jenuh nak melayan semua... meriah le 2 hari tak cukup kakitangan jong memasak dan membasuh dan melayan anak2 buah yg semakin bertambah dengan pelbagai karenah....  kena bahagikan tugas, yg tu memasak yg ni pula kena mencuci pinggan mangkuk. ye laa selama ni tak susah sangat ada bantuan bibik. ni dah takde, kini masing2 kena faham le... kena ringan tulang membantu tuan rumah.. hehehe.  kemarin memang cukup  seronok le mak dan bak sampai rumah kali pertama datang rumah selepas kahwin.  Rakan2 yang pernah follow my post yg lepas mungkin dah dapat agak siapa pengantin baru tu kan.... :) 

Ok le.. kali ni mama rasa ada new post tentang tip tip melancong ke Korea.. pernah pergi Korea tak?.. sana best udara dingin .... ok teruskan membaca ya.. kali  ni mama tukar ayat standard sikit, sebab kalau nak ikut gaya bahasa mama ni bahasa tak rasmi.... hehe.  kalau rakan2 faham ok le, kalau tak faham cuba2 le faham  ya..  :)

Friday, February 18, 2011

Baru sehari tiada bibik..???....




hahaha... abang dah kena basuh kasut sendiri.. yea.. yeaa... ..ihikkk!!!

Shafik : uhukk mama.. baru sehari bibik takde dah kena basuh kasut sendiri ke?

 Syahmi :  Mamaa.. tengok Isya ni dok kacau syahmi  nak kapur kasut Isya tak bagi!!

Shafik : olohh mama.. span kapur tercabut le, camne nak buat ni mama?

heheh...baru tau penat rupanya basuh kasut ya!  
tp mama fikir  nilah masanya mama nak anak2 mama belajar berdikari.. kalau tak sampai bila asyik nak bergantung kpd org lain jer, nanti besar esok2 menyusahkann diri sendiri dan juga org sekeliling, jer,  mama jugakk yg akan nyesal sok2 tak ajar anak. uhhukk... sedey!
Thursday, February 17, 2011

Memasang Iklan Nuffnang



Assalamualaikum..
Mama terima pertanyaan dari Shaffa berkenaan iklan nuffnang.  Actually mama ni tak terror pun lagi bab2 iklan nuffnang ni, nak kata sebenarnya... 2 bulan sebelum ini dunia blog2 ni bagi mama memang jahil atau ZERO... dop tau mde tu sa kata org Trg/sememangnya tak tau langsung.  Tiba2 mari idea nak bercerita atau mencipta blog apabila terjumpa  satu halaman tutorial blogspot yang sememangnya banyak membantu mama sehinggalah ke memasang iklan nuffnang... rakan2 boleh rujuk di sini atau juga boleh berkunjung ke ciktom.com.. cik tom pun banyak bagi tip2 yang menarik yang  mungkin anda ingin pelajari termasuk mama sendiri pun sedang belajar lagi... ehekk. hehehe. Shaffa... mama minta maaf tak pandai lagi nak buat tutorial.... nanti dah mahir esok2.. mama sendiri yg akan bagi tip yg mugkin lebih hebat lagi tanpa berpandukan kepada blogspot tutorial lagi!   :) 


Selamat mencuba...

Luwak Kopi - Kopi Tahi / najis Musang kenapa mahal sangat?




[Buah kopi yang ranum dalam satu tangkai]

Hari ini mama nak cerita sedikit ttg kopi taik musang atau luwak kopi ni. Cerita ni tertulis hasil dari  cerita hubby setelah  berbual2 dengan pencinta kopi di Indonesia.  Mama nak ceritakan berkenaan topik ini  pun hanya sekadar untuk share info bagaimana luwak kopi itu dihasilkan.

Kopi kebiasaannya di tanam di lereng2 bukit. Makin tinggi bukit maka makin sejuk suhunya. Kopi yg ditanam di lereng2 bukit ini akan bertambah enak atau sedap mengikut ketinggian kawasan tanamannya. Kesedapan kopi juga bergantung kepada pilihan/seleksi buah kopi yg sudah ranum sahaja yang dipetik, diperam dan diproses jadi kopi......

Tuesday, February 15, 2011

Sedikit Renungan pada Hari Lahir Rasul S.A.W.

Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya. Dan di akhir zaman ini berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan. Okeylah… semua majlis ini baik dan kita bersangka baik juga meminta petunjuk dari Allah agar segala apa yang kita kerjakan menjadi satu kebajikan belaka.

Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk reality bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat pesta dan terpesong serta kosong. Bahkan ia mestilah selari dengan apa yang menjadi budaya dalam kehidupan seharian. Contohnya begini; saban hari umat kita tidak mengingati Nabi dalam kehidupannya. Solat tidak, puasa ponteng, hati dengki, tangan dan mulut melukakan orang, hati yang dengki, sombong, mengejar kemewahan secara negatif, pakaian yang tidak menepati ciri sebagai orang Islam dan sebagainya. Tiba-tiba ....

Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Monday, February 14, 2011

Roti Bingka Jagung


Hari ni banyak berblogwalking jer.. macam2 cerita best boleh jumpa.  Tapi setiap kali terjah  ke DapUR TaNPA SemPadAn  tiba2 pasti terus rasa nak stop !.  Kenapa ya?... heheh.. mesti le nak kluar cari bahan2 untuk mencuba resepi Mat Gebu, memang nampak semua sedap dan memang sedap!.  tengok koleksi pinggan mangkuknya pun dah mencuit hati!.. ehmm.. mat Gebu taknak jual ke???

Oo ya.. Utk mencuba resepi Roti Bingka jagung Mat Gebu ni jom klik di sini

Yang ni pun nampak best... kita semua boleh cuba ke dua2 resepi Mat Gebu ni...

Bingka Roti Berlauk Mat gebu.. resepinya klik di sini


Apa ni Virus ke????

Hari ni bosan sungguh.. bukak fb asyik kluar msg inchat ni ajee..(http:/apps.facebook.com/dingospo/photo.php?=1399641603), apa ni.. virus ker.. banyak kali terima.. bukak takde apa pun.. sahh ntah2 virus.. .. ???....????...

AMARAN: Sesiapa yg terima msg ini melalui fb inchat msg jangan klik.. kerana msg ini akan tersebar kpd semua teman2 fb anda!


Anak siapa ni???

Comel tak?.. comellll kan.. eiii memang mama geram sungguh tengok budak ni... Isya anak mama yg si kecil tu pun pandai sebut me (comel). Dok melayan fb tadi tiba2 terpandang gambar ni, terus ambil mintak izin tuan fb tp tuan fb pun cakap bukannya anak dia pun.. dia ambik jugak gambar ni pasal berkenan.. hahah... besar esok2 glemer ni... anak comel mesti mak ayahnya pun lawa.. :)


Koleksi Mandian Hotel




   
Anda pernah tak bila menginap di mana2 hotel akan bawak balik simpan mandian2 yg disediakan free utk kita.. kita boleh mengambilnya bawak pulang sebab kita bayar. mama pernah dengar orang orang di luar mengatakan mengambil mandian yg disediakan di hotel adalah mencuri. Itu adalah tafsiran yg salah. Itu hak kita yg di sediakan pihak hotel utk kita guna. kita kan bayar mahal2 .. time bawak balik mandian dikatakan mencuri pulak. camne tu mereka ni  boleh fikir sampai kesitu.  ishh pelik jugak kan?. dah kalau taknak guna kita ambil le simpan buat koleksi.. atau kenangan utk dari kesemua hotel yg pernah kita menginap. Seperti mama.. mama lebih suka bawak mandian sendiri.. lebih selesa dan serasi dengan kulit mama  dan yg hotel punya mama ambil simpan dan buat koleksi seperti boleh di lihat atau mama susunkan di bawah...  cantik tak?

 Ini antara yg balance yg ada, asal buat koleksi.. tapi terlalu banyak.. yg lainnya sudah di guna anak2 ketika ada champing di sekolah, atau apa2 aktiviti diorg lbh suka bwk yg ni jer... kecil dan mudah bawak ke mana.. tahan utk sehari dua....

mini rak ini hubby mama buat utk luangkan masa waktu petang... modalnya hanya rm30 jer.  ukuran kayu "2 x 1".  mudah jer.. utk susunan mandian2 hotel.. hehe

Ehh.. bestnya sabun2 ni, bawak balik dr hotel jugak ke?.. a..aaa..aa.... INI TERKECUALI.  Yang ini beli semasa bercuti di Bali dan Japan.

Sabun ni jugak beli di Indonesia....

 Yang ni pun beli.. tapi bawak balik dari Japan 4 thn yg lepas.

Okay tak?.. so sesiapa yg pernah menginap di hotel boleh juga buat seperti ini... saje suka2.. seronok jugak tengok2 ni le semua hotel yg pernah mama/abah pernah berkunjung...... :)



Sunday, February 13, 2011

Majlis Penyerahan E-Book / Notebook Murid tahun 5




Jam 8 pagi bergegas ke sekolah jemput Shafiq dan bawak ke  Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman utk menerima ebook atau notebook yg di sampaikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Said. Ebook2 tu di sampaikan kepada pelajar2 tahun 5 dari 10 buah sekolah di Kemaman. dan antara orang yg bertuah tersebut adalah anak mama, Shafik.  Alhamdulillah.. beruntung jadi anak jati Terengganu banyak kemudahan pendidikan di sumbangkan kepada rakyat.  Shafik pula dah berminggu2 dok terbayangkan bila le nak terima ebook ni...
Saturday, February 12, 2011

Siri 2 Resepi - Obentou / bekal Bakal Pengikat Kasih Sayang....




Mama hanya postkan gambarnya dahulu.  Cara nak buat dan apa basicnya yg perlu ada utk buat smua ini mama akan bagitau the next post...tunGGuuu yaa....


lagi koleksi gambar...klik read more di bawah...


Resepi-Jom buat obentou-bekal utk anak ke sekolah



   
Assalamualaikum..
Hai rakan2 sekalian, dah fikir ke apa menu untuk bekal anak ke sekolah esok pagi?.. Mama lebih suka buat obentou jer utk anak2, ikut budaya org Japan suka bawak bentou.. tak kira budak2 ker org dewasa pun bawak obentou. memang best le diorg ni.  Sebenarnya amat bagus kalau kita ikut budaya ini.

  
bukannya apa skrg kos bekalan makanan mahal.. kalau setakat kat sekolah bawak rm2 atau rm3.00 belum tentu cukup kenyang, kdg2 diorg ni lebih suka membeli makanan ringan..mak kat rumah mana tau kan, dok fikir anak kita kat sekolah akan makan nasi lemak ker atau mee keee... mana kita tau.tul tak? so lagi elok bawak dr rumah jer dr air tangan ibu sendiri kan... mana yg sempat masa utk sediakan bentou pagi2 utk anak2 boleh belek post mama..interesting! :)
klik read more utk gambar2 koleksi obentou pilihan mama.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq