Thursday, March 31, 2011

Perak fatwakan haram poco poco. Negeri lain bagaimana??

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
(Poco poco atau pocor pocor atau jgk phoco phoco tarian yang seangkatanya cicak rowo...)
[Gambar sekadar hiasan: Sumber dari Malaysiakini]

Hari ni mama ada terbaca news di Malaysia kini yang Perak haramkan tarian poco poco (http://www.malaysiakini.com/news/160111)


Mama ingat tarian yang glamer dan banyak di tarikan sebagai senam aerobik tak haram?? Sebab banyak keluar tv dan banyak jgk jabatan kerajaan dan IPT yg jadikan sbg tarian rasmi atau mingguan atau bulanan di masa2 perjumpaan rasmi.....
Rupa-rupanya hari ni keluar news Perak haram haramkan poco poco?? Takkan Perak jer kot??
Apa Pandangan pembaca semua?
Negeri2 lain plak camna?
Komen skit kat bawah ye:)


Gambar-gambar di UK

Assalamualaikum.. Pagi ini mama tak tau nak tulis apa tapi sambil dok belek gambar-gambar suami ketika berurusan di Uk baru-baru ni, rasa syok jer tengok pemandangan sana, masa dok Jepun dulu pernah jugak kitaorang merancang nak bercuti di sana dengan 2 family, kebetulan cousin pun ada kat sana, rancang nak bermalam le kat sana... tapi takde rezki.. ada masalah tak sempat masa dan macam2 le.  Kat  sini mama uplod beberapa keping gambar tersebut untuk tatapan pembaca pagi ini., Kalau nak hantar anak study di  University Collegge Dublin  inilah di antaranya ada kat sini gambar2 nya.

















Wednesday, March 30, 2011

Gempa,Tsunami,Nuklear dan Kebocoran radioaktif – Malaysia perlu loji Nuklear?

Gempa, Tsunami, Nuklear dan Kebocoran radioaktif – Adakah Malaysia perlu loji Nuklear?

Bencana yang disebabkan dari loji tenaga nuklear terus terjadi. Pada tahun 1979, loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meletup kerana kesilapan teknikal.
Pada tahun 1986, dunia di kejutkan oleh ledakan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine. Malapetaka yang amat dasyat, sehingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif. Sehingga sekarang masih ada kesan dan kawasan tersebut ditinggalkan .

Rawatan islam - sihir dengan ruqyah


Assalamualaikum..

Mama ingin bertanya adakah di antara pembaca-pembaca di sini pernah mengalami gangguan mahkluk halus atau ertikata digelar jin atau syaitan.  Mama juga termasuk di antara anda, semenjak mama mendengar cd ruqyah di rumah.. badan mama rasa ringan, sebelum ini selalu sakit-sakit dada seperti di cucuk-cucuk..  bila buat pemeriksaan kesihata keseluruhan, takde apa yang sakit kritikal pun cuma hanya paras kolestrol dalam darah jer tinggi tapi sakitnya memang terasa sagat. Ramai yang cakap dalam badan kita ni kalau tak kuat... banyak berjalan jauh .. menginap hotel sana sini , pergi tempat-tempat terpencil kadang-kadang tanpa di sedari mde itu singgah kat kita tau.. seram jugak so caranya tak payah le nak pergi jumpa bomoh-bomoh ke.. nanti lain pula yang jadi... seeloknya buat sendiri di rumah..

Berita BBC: Facebook drops 'intifada' page for promoting violence

Assalamualaikum dan selamat pagi

Pagi2 lagi dah buka pc sambil rehat2 lepas anak2 ke sekolah, minum teh breakfast...mama ada terbaca pasal facebook telah removed page anti Israel selepas 350,000 org sign-up...mama rasa pengalaman dan pengajaran dari isu dunia arab sekarang seperti di Mesir baru2 ni yang buatkan facebook ambil langkah tu... ya lah apa tidaknya....tunjuk perasaan gini boleh jatuhkan sebuah negara....putik tolaknya dgn facebook belaka....ehmmm kalau macam ni kesian rakyat palestin dahlah penjajahan yang terancang plak sekarang ni nak bangkit pun semuanya ditutup rapi.....sama2 kita berdoa utk saudar kita di palestine....

Facebook has removed a page calling for a new Palestinian uprising against Israel after more than 350,000 people signed up to it.

The page which appeared on the social networking site was called Third Palestinian Intifada after two previous uprisings against Israeli occupation.

Jackkie Masih Hidup?? Jackie Chan's alive and kicking; death reports a hoax

Assalamualaikum

Apa Jackie Chan mati serangan jantung?? Banyak rumus di internet pasal Jakie chan meninggal kerana serangan sakit jantung...bila mama search tengok ini adalah rumor dan palsu semata2 serta dilaporkan Jackie Chan sihat walafiat dan sedang buat pengambaran filem lagi....eeehhhmmmm macam2 ingatkan betul tadi...

Berikut adalah copy paste dari news yang mama baca.....

Jackie Chan is not dead. Despite Tweets to the contrary. It seems the martial artist actor is the latest in a long line of not-dead-yet celebrities targeted by fake online announcements.

Tuesday, March 29, 2011

Diet mengikut selera makan dengan makanan seimbang

Assalamualaikum
Hari mama nak share bahan bacaan mama berkenaan pemakanan seimbang.....makanan yang seimbang penting untuk membantu tumbesaran yabg sihat...nak post resepi menu2 baru masih belum berkesempatan tapi insyaAllah pasni akan post menu2 makanan yang sihat dan sesuai untuk penjagaan badan kita...





Kalau ikut selera makan tu mmg akan masak macam2 tapi bila fikirkan tak leh main bantai jer sekarang ni...kena jaga kolesterol serta lemak yang di ambil maka kena rajin buat homework utk penyediaan makan seimbang....

Oklah mama share dulu istilah makanan seimabang dan kandungannya seperti dibawah....

Monday, March 28, 2011

Tips cara keluarkan semut sesat dalam telinga







Assalamualaikum wbt
Hari ni mama sibuk sangat dengan kerja rumah dan layan kerenah anak2 campur terasa sakit2 badan dan pening kepala...rasa macam nak demam pun ada. Tapi alhamdulillah dah kurang sekarang...ambil masa 30minit baca news dan blogwalking...sambil baca ada tertarik satu article ilmiah dari negara seberang, klikunic.com yang ceritakan cara nak mengeluarkan semut dari dalam telinga kalau semut kot2 tersesat masuk ke  dalam telinga kita atau sesiapa saja...bukan apa petua yg rasa mudah dan perlu tahu kenalah share utk semua...insyaAllah berguna kalau terdesak  :)

Caranya mudah saja...mama cerita summary dari apa yg mama baca jer...

* Kalau di rumah, gunakan sumber lampu dan arahkan lubang telinga ke lampu.
* Kalau di luar rumah (siang hari), arahkan lubang telinga ke arah cahaya matahari.
* Kalau di luar rumah (malam hari), arahkan lampu picit kearah lubang telinga atau apa jua sumber cahaya.

Ok kenapa mesti arahkan lubang telinga diarahkan ke cahaya??
Sebenarnya semut ni kalau tersesat dalam gelap ia akan selalu mencari sumber cahaya untuk kembali, maka dengan kaedah di atas akan membantu semuat yang tersesat tadi keluar atau kembali ke pangkal jalan hanya dengan ikut sinar cahaya.

Moralnya: Mama harap kita pun sama2 guna pedoman cahaya yang sentiasa bagi petunjuk kpd kita kalau tersesat di dalam gelap...alquran dan hadis serta sunnah nabi....insyaAllah selamat!!!



Sunday, March 27, 2011

Ilmu Sains: Cara masukkan telur dalam botol

Pagi tadi abah sampai dari UK.  dan ada buat experimen utk mama dan kitaorang sebelum Syafiq pergi tusyen ...tergangga jugaklah mulut budak-budak ni dok memerhati termasuk mama. hehe.. memang kelihatan mustahil tapi benar!  Selepas di terangkan secara detail oleh abah bagaimana  terjadi barulah diorag faham. Syafik plak dah cakap nanti balik tusyen dia try nak buat sendiri.. dah excited tu!  pembaca-pembaca juga boleh cuba buat demo kat anak2 kat rumah juga nanti...







Earth Hour 2011: Petronas Twin Towers (KLCC Hong Kong Earth Hour 26/03/2011 )

Petronas Twin Towers (Kuala Lumpur, Malaysia) 


Hong Kong Earth Hour 2011



 

Bercerai susu





Hari ini merupakan hari yang getir dan menyeksakan buat Isya (sebulan lagi cukup 2 tahun umurnya), kerana terpaksa di pisahkan dengan susu 'origional' nya. kesian.. tak sanggup tengok hari pertama menyedihkan sampai bengkak matanya banyak menangis tapi beri le juga 2 kali minum, masuk hari ke 2.. hanya malam sahaja, dan masuk hari ini ke 3.. belum lagi.  sekarang dah tertidur selepas habiskan sebotol susu Anmun enfac. Tektik mama cuma menggunakan asam jawa, tu jer... hehe.  Tapi Isya memang amat melucukan.. pantang mama ke dapur... awal-awal dah tunggu depan meja sambil siap pegang pinggan dok menunggu siap masak.. awal2 dah maintak NAKK... apa2 makanan yang di hidangkan Isya le paling laju makan dan memang tak berhenti asyik dok nak maaakan jer kerjanya.   Ada satu cerita lucu petang tadi pasal diorang ni, oleh kerana mama asyik dok main asam jawa jer dalam 3 hari ni  sekali tu tersilap le  letak atas meja sebelah roti.   Basma dan Hazid (anak sedara) ni petang tadi masuk le ke  dapur ambik roti di sapunya asam jawa tu di buat jemm. hahaha.. apa lagi nak termuntah masing22.."mama.... nape tak sedappp???? masam!!"  tergelak besar mama di buatnya.  HAHAH

Saturday, March 26, 2011

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam (jenis makanan dan fungsinya)




 
Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
 
 Senarai Makanan Dan Hikmahnya
 
Roti (khubz)
 
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
 

Kota London bergema dengan takbir anti US dan sekutu





 Assalamualaikum wbrkt...
Hari ini mama ada menerima email  hubby mama dari London… untuk mama kongsikan cerita ini kepada pembaca-pembaca sekalian.  tulisan suami mama ini telah di edit dan jadi kelakar plak..cam tadi msg dari hubby  "woww.. formalnya bahasa dari abang dah jadi 'saya' plak.". hihi.. gelihati.. tergelak cik abang kita di buatnya. tak pe le.. ni editor tak bertauliah :)

Salam dari Oxford Street London: Kota London bergema dengan takbir anti US dan sekutu
Hari ini merupakan hari terakhir saya di Kota London, seperti biasa setelah tugas rasmi selesai maka perkara yang tak resmi pula yang banyak ingin di buat contohnya membeli barangan yg dipesan. Di Ireland tak sempat nak membeli apa-apa sebab terlampau pack dengann schedule, lagi pula tak ada ape aper yg menarik untuk dibeli melainkan jersi rugbi pasukan Ireland.

Pagi  Jumaat di Kota London seperti biasa sibuk dengan lautan manusia...kedai kedai seawal jam 9 pagi dah di buka. hari ni plan nak pergi shopping area Oxford Street jer seperti Primark, M&S, dan beberapa kedai sepanjang jalan Oxford.
Thursday, March 24, 2011

Anak kerinduan bapanya....

Hehe..title post  pun cam rasa nak tau jer apa yang anak   rindukan bapa ni?.. anak kehilangan ayah  ke?.. mak ayah bercerai berai ke?... ooo tidak... sebenarnya mama dan anak-anak mama yang  ngah kerinduan abahnya, yang dah 8 hari di UK sekarang, atas urusan kerja.  lama tu kena tinggal.. akhir bulan ni baru pulang.. uhukk.... mama tau abah hari2 dok belek blog mama lam iPad... Syahmi pun merungut jugak tak best iPad takdak, abah tak tinggal pun untuk syahmi main ..  Isya dan Basma plak iPhone mama jadi mangsa dok main game Talking Tom, selama ni screen besar jer ni kecik pulak.. tapi kecik2 pun dok berebut gak 3 beradik sampai gaduh-gaduh nak Talking Tom, best game ni.. Tom tu seekor kucing comel... dia akan bercakap apa yang kita cakap kat dia... budak-budak memang suka le.  Abah...dok sana jaga makan.. jangan tibai2 yang banyak kalori.  kesihatan penting .:)  

we all miss u....
p/s: mama post kan gambar2 lama.. sebab abah memang suka belek2 gambar yang lama2 di Jepun dahulu.

Bila anak menyusu badan, suami di pinggirkan??

Pagi ini sempat berblogwalking jap sebelum jemur kain, terjumpa le satu entry yang menarik dari Green Appleku, artikel ini amat sesuai untuk di baca oleh para2 ibu, suami dan juga anda yang akan berkahwin tak lama lagi :).. ucapan tahnniah dari MamaLUV. :)


Assalamualaikum,
Suami-Isteri yang berada di depan komputer
Yang dirahmati Allah
Orang bujang pun boleh baca.
Wednesday, March 23, 2011

Encera BB cream... wajah gebu, putih bersinar.



Hari ini dok sembang ngan adik pasal produk kecantikan.  Sebenarnya dah selama 2 tahun dok setia dengan sedayu tinggi sejak ngandungkan Isya lagi, tapi dalam tahun ni kulit rasa kusam semacam jer.. cam rasa nak curang leee.. nak try encera bb cream plak, adik yg dok beria-ria dok cerita pakai produk ni tak leceh nak kena pakai itu dan ini. 4 in 1.  tambahlagi org seperti kiter  ni malas le, jenis yang sibuk manjang takde masa nak belek2 muka depan cermin lama2.  so rasanya encera bb cream ni boleh masuk dengan aku takk (dok pikir dalam hati ni.. hehe.)boleh order esok ni.. ehmm... pastu aaapa lagi ...setengah hari  ni dok search lam google about this produk jer  nak siasat pengguna-pengguna ada banyak komen positif ke atau negatif.. woww.. rata2 sebahagian besarnya komen positif.. ada yg siap dok berciter kulit jadi halus putih bersinar., kalau tak caya cuba le intai2 dalam mana2 forum yg dok sembang pasal produk ni.. aduhh... cair nak cuba ratek le! hihi.  so ini ifo yang dapat dari satu blog berkenaan produk bb cream ada paste kat bawah untuk sesiap yang nak cuba juga...

MENGENAI ENCERA BB CREAM
BB = Blemish Balm


Panduan botol susu bayi

Saya salah seorang dari berjuta pengguna yang menggunakan botol susu. bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak-anak kita sendiri. Dari kecil kita berikan mereka gunakan untuk menyusu tanpa kita sedari botol itu memberi kesan jangka panjang. Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan pengistiharan penggunaan botol plastik diharamkan. Walhal benda ini dah lama diwawarkan tapi tidak dibangkitkan di dada-dada akhbar. So apa lagi, jom anime4nz menyelami botol yang anda gunakan itu, lawati juga info di Keluarga Avail. Bahaya atau tidak? TINDAKAN!!... terpulang pada pembaca budiman.... Ingatilah dan jagalah warisan kita di masa depan....

Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?

Hantar anak mengaji

Assalamualaikum...
Anak-anak mama tersayang, kaulah panawar hidup mama dan abah.. setiap kali apabila menatap wajah-wajah ini membuatkan mama cukup-cukup bahagia dengan kehadiran kalian.
sempat tangkap gambar sebelum mereka mahu pergi mengaji...
ok tengok mama sayang.. 1.2.3... ok comel semua!

tengah panas berjalan kaki ke surau

aikk... Isya pun nak bergaya juga ker ngan tudung kakak, kelakar Isya.. sebaik jer kakak Basma balik mengaji terus tarik tudung nak pakai juga... tunjuk handphone mama suruh ambil gambar.. haha






Fadhilat Bismillah


Iman merupakan sendi utama bagi Muslim/! Muslimat. Ia diibaratkan sebagai penyambung diantara satu tulang kepada tulang yang lain.

Ibadat ada 3 bahagian.
1. Hanya ibadat sahaja.
2. Beribadat hanya untuk cari keredhaan.
3. Beribadat banyak tetapi masih lagi rasa kurang.

Untuk meningkatkan keutuhan iman supaya lebih mantap dan cekal,banyakkan basahkan lidah dengan berzikir yang merupakan makanan dan penyubur roh kita. Terdapat beberapa cara untuk kita meningkatkan imanialah dengan berzikir sekurang-kurangnya baca bismillah.


Fadhilat-fadhilat bismillah -
1. Membaca Bismillahirahmannirhim (19 kali) sebelum keluar rumah untuk melembutkan hati kita atau orang lain.

Berenang - tingkat kepekaan kanak-kanak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq