Friday, April 29, 2011

Lepas kahwin terbongkar rahsia



 

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya, "Apakah engkau kenal lelaki itu?" Pemuda itu menjawab, "Tidak ya amirul mukmimin." Saidina Omar bertanya lagi. "Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?" Orang itu jawab, "Tidak pernah," Bertanya lagi Saidina Omar, "Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,'Tidak pernah.' Lantas ditanya Omar lagi, "Macam mana engkau kenal dia? Dijawab si pemuda. "Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.'

Omar berkata, "Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya

tension.. bekalan air asyik terputus.



Assalamualaikum

Tension le hari ni, dah le hujung minggu.. semua anak-anak pagi nak makan best2 tgk2 bekalan air plakk terputus, nak basuh baju sekolah lagii, kasut lagii kain bertimbun2.. aduhhh.. memang banyak nak pakai air cuti2 macam ni!.  .. dalam minggu ni dah 3.4 kali asyik terputus jer sampai le ke malam..  uhukkk...penat le, apa2 notis pun xdeee.. at least boleh gak prepair awal2 kumpul air.  hari ni dari pagi sampai ke tgh dok angkut air ke toilet jer berbesen2.. tadah air paip depan yg ada le kluar sikit2.. tangki dah kering.  siannya cik hubby esok baru pulang dr Indon.. uhukk22..

semalamm xde post.. walaupun penat cuba gak satu N3 yg pendek dah le..heheh..

tgh hanya mama goreng nasi jer.. takdak air sayang... kesian anak aku, pagi2 lepas subuh dah kluar ayam kampung nak buat lauk nasi minyak.. ehmm... kenaaa simpan balik lam freezer.. air xdak punya pasal.  baik betul hati anak2 mama hari ni ya... faham jer mama pennat.. "xpe le mama.. nasi goreng lagi sedap... 3.4 kali menambah".  huuuu.. sejuk hati ni mendengar.. penat2 pun xkisah le mama ni janji kalian semua puas apa yg termampu mama buat ketika saat2 ini.

Wednesday, April 27, 2011

Mata Anakku bengkak & merah - alergi kueh mueh kedai




 Gambar dr Mr. google..
Assalamualaikum

Hari ni seperti biasa mama akan bertanya camne Basma kat sekolah hari ni (prasekolah),makan ke tidak..sebab Basma ni mmg cerewet sikit makannya, kalau nak dibandingkan dengan adiknya Batriysa.  Masakan kat rumah hanya disukainya iaitu spagheti, sup ayam, donut & pancake.  Roti pula walau mama hias camne comel pun dan berdekorasi pelbagai rupa mmg tetap tak makan juga,.. last2 roti kosong jer nak dikunyahnya.  Begitu juga di sekolah... tiap kali waktu rehat hanya nak makan ketupat dan karipap makcik sebelah sekolah. Aduhh... pening, taknak beli kan nanti berlapar plak..sebab dia akan ngajuk langsung taknak makan.  tadi  cikgu Basma bagitau, katanya setiap kali Basma makan ketupat/donut/karipap mesti selepas tu akan genyeh mata dan bengkak merah2....

Petua Membelai Cinta








INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan mint! a dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Tip di sayangi suami - Petua kekal langsing




foto pinjam dr Mr. Google

Zaman moden ini banyak jenis makanan yang mengandungi mudarat jikan dimakan  berlebihan.  Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan.  Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan?  Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi.  Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obersiti,  Sebelum masalah ini terjadi kepada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati.  Manakala bagi mereka yg sedsng berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang di sarankan di bawah adalah petua dan boleh diamalkan semua.  Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan.  Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hdup sihat.

A)  Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang di amalkan drpd kebiasaan kpd satu kaedah yang baru iaitu:

1)  Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengahari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

Sunday, April 24, 2011

Tips bercuti Bandung - Hotel





Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mama harap semua sihat...cuti sekolah dah dekat...ada plan bercuti kemana222

Kalau ada yang plan trip ke Bandung dan masih tercari cari hotel disana boleh terus membaca ya..
Mama nak kongsi sedikit info tentang hotel yang dapat kita singgah masa di Bandung nanti..


Selain daripada hotel yang mama telah nyatakan dalam post "Ingin bercuti ke Bandung?...Ini tipsnya...
mama nak update info dan tambah koleksi hotel yang dapat kita singgah masa cuti di sana...

Hotel SENSA
Hotel ini terletak di CIWALK Shopping Mall di jalan Cihampelas dan merupakan 4 star hotel. Di CIWALK shopping street yang moden dengan deretan kedai makan, tempat mainan, kedai2, shopping mall, hiburan spt panggung wayang, karaoke keluarga, games sangat sesuai untuk berehat sambil bershopping. Turun jer hotel boleh terus jalan2 disekitar CIWALK. Sesuai buat yang bekeluarga yang bawa bersama anak2...selamat nak jalan2. Sekiranya mau kedai2 jeans dan barangan kulit juga ada di sepanjang jalan cihampelas. Hotel baru, bilik yang cantik dan sangat sesuai untuk sesiapa sajer:)
Kalau nak shopping di Jalan Cihampelas dan dekat juga dengan area shopping Toko Tiga (area Jeans)

Saturday, April 23, 2011

Hujung minggu yang meriah



Assalamualaikum...
Hari ini memang agak memenatkan.. maklum le cuti hujug minggu. Seperti biasa pergi pasar Chukai Jam 10 pagi, cari ayam kampung... alahai keciknya.. 2 ekor rm30.00.. xpe le... lama dah rasa nak makan sup ayam kampung. taruk halia banyak2.. huisss sedap tu.. tak sabar buat utk menghirup supnya.  Balik rumah terus masak.. sambil2 tu hubby dan anak sulong mama, Rusyaidi meringankan tulang dengan mengemas peti ais.  aduhh hampir dekat 2 besen gak dapat sampah... dengan bekalan stok ubat, sayur yg dah layu... makanann semalam... dan mcm2 le... xsempat nak kemas selalu., harapkan

Friday, April 22, 2011

Bertemu kembali best friend after 21 thn terpisah

Assalamualaikum..

Hari ni mama ada menerima kunjungan kawan baik zaman sekolah menengah lagi, sekolah Menengah Agama Batu Rakit, K.Trg.... Liza Abdullah.. cam nama artis jer kan.. hehe... eiii bestnya.. rindunya... sekian lama dook mencari dalam fb rupanya letak nama anak.. laa patut tak jumpa!, mama ni pun nama pun letak nama anak jugak.. so camne le member2 lama nak boleh jumpa jugak sptmana mama cari dorang.. hahha..

 nampak tak tahi lalat bawah bibirnya tu, daya tarikan isstimewa tu tau.... tak sangka boleh jumpe lagi

 Bila dah terjumpa sorang member satu sekolah.. mudah2an akan boleh jumpa lagi member2 lama yang lain....
rindu sangat semua...

 Yang ni jer la yg sempat mama hidangkan jam 10 + morning sampai rumah...

 sedap tak?...



Rupa2nya si Liza ni top bisneswomen zhulian.. ganas u liza... mmg aktif, tabib mung!

Thursday, April 21, 2011

Segmen Jom Berkenalan





Assalamualaikum dan Salam sejahtera Semua..

Terima kasih sekali lagi kepada saza-haiza kerana kali ini tag mamaLuv dalam segmen jom berkenalan, sebelum ini mamaLUV juga menerima award dari orang yang sama juga iaitu Pn saza. Ribuan terima kasih.

Hari ini pun mama takde entry yng nak di post, sebab tak sihat dan agak BANYAK (bukan agak sikit) sibuk le dgn urusan kerja rumah tangga  yg sememangnya takkan ada kesudahannya.  hehe tapi walaucamne  pun mama takkan menghampakann Pn Saza... dan mama akan tetap akan menjawab beberapa soalan seperti di bawah  yang serba ringkas dan padat.. InsyaAllah.

Apakah Status Anda?
Mama hanya seorang surirumah sahaja, kerja mama hanya berkhidmat untuk suami tersayang dan juga memantau semua segala urusan anak-anak di rumah...

Ceritakan tentang diri Anda.
Nama sebenar mama agak panjang jugak.. hehe.. hanya sekadar mama sebut nama glemer zaman sekolah2 dulu org panggil Che Ku, lepas tu Eija.dan sekarang ni pun ija.. kakJa.  Mama ni jenis orang yang tak suka duduk diam.. ada jer sesuatu yang mama nak buat... nak kata suka tidur siang.. tak jugak... kat rumah jarang sangat sebab rasa cam rugi masa jer sedangkan banyak perkara lain lagi yg nak kena uruskan melainkan kalau terlalu penat sampai nak pitam tu le baru mama akan tidur berehat kejap...  :)

Ceritakan tentang blog anda.
Ehmm rasanya blog mamaLUV ni bese2 jer.. tak hebat sangat pun, lagipun usia blog ni baru jew 4 bulan, kdg2 tgk blog orang rasa wowww menarik nya, yang aku punya suram jer nampak tak tau kat mana.  cuma mama rasa puas dan seronok le apabila hot popular post mama iaitu TIP INGIN BERCUTI KE BANDUNG setiap masa ada org google... memang ramai org Malaysia yang suka  melancong ke Bandung.  kdg2 tu  rasa lucu jugak.. dulu2 mama takle suka sangat blog2 ni.. rasa malas nak mengarang2, sebab kalau masa free pun hanya fokus dengan bisnes online jer.. tapi entah camne satu hari tu masa tu masih lagi ada bibik... masa terluang pun kira banyak le jugak mari terdetik nak berblogging pulak untuk hilangkan strees!.. So itu le ceritanya camne terlahirnya blog mamaLUV yang tak seberapa ini.. hehehe...

Apa pandangan anda tentang dunia blog
Memang sangat2 menarik kerana dapat ramai kenalan baru dan berkongsi tip2, ilmu2 dan bertukar2 fikiran.  Apabila bosan boleh singah menyingah blog ke blog blogger yang lain.  Yang paling mama  suka sekali  iaitu  baca entry puak2 mama atau family, berkisar hal anak2 dan hal kekeluargaan.  yang bab ni memang mama paling suka!  tapi seronok jugak kalau bw blog adik2... banyak melucu dan menghiburkan.

Nasihat anda kepada rakan-rakan yg baru nak buat blog
Olohh.. nak nasihat apa ya?.. sebab mama ni pun masih baru lagi dalam dunia blogging.. cuma satu jer la.. kalau dah terlilbat dengan blogging ni anda akan rasa ketagih.  ada jer masa terluang pasti akan rasa nak update blog. hehe... Oh ya nak buat blog juga tak bleh suruh org tolong buatkan tau.. anda sendiri yg harus belajar dari A sampai Z, kalau tak.. anda takkan rasa kenikmatan berblogging yang sebenarnya.

Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda
Ehmm.. unik?.. takdeee kott.  Uniknya mungkin pasal banyak tip-tip melancong kot untuk sesiapa yg pertama kali nak pergi melancong ke Bandung contohnya... heheh.

Sampai bila hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Woww soalan yg menarik ni!  tapi tak pasti le.. selagi ada semangat dan idea2 yang menarik selagi tu le mama akan teruskan berblogging.

Tag rakan-rakan anda yang anda nak kenal sangat.


Segmen Jom Berkenalan ini  kalau ikutkan hati ramai lagi nak tag kat sini tapi terlalu panjang plak.. lagipun hehe tak sihat skrg.. terbantut sikit masa.. walaucamne pun mama tag kan kepada semua followers mamaLUV di sini.  Kepada yang mama senaraikan di atas,... kalau free sudi2kanlah terima perkenalan ini dan kalau busy tidak mengapa.. mama tidak memaksa.  Okay.. mama pun dah rasa mengantukk.. jam dah hampir 12 malam... esok InsyaAllah.. kalau ada citer yg menarik mama akan postkan...  
salam sayang utk semua...


Wednesday, April 20, 2011

Kita harus membuat pemeriksaan kesihatan



Assalamualaikum,
Apa khabar semua?.. sihat?.. sepanjang hidup anda adakah pernah buat pemeriksaan kesihatan?.. cek paras kolestrol ker setidak2nya??.

Mama sebenarnya baru balik dari Klinik sebab tu post pun bert title spt kat atas.. hehe... dah lepas sebulan hari tu cek paras kolestrol... mmg very bad.. so hari ni nak cek sekali lagi tgk ada perubahan ok ke tak.  so 3 hari lagi result kluar dan aka call nanti, 

 sesiapa yg tak pernah cek kolestrol mama syorkan buat le sekali.. tau2 jer lah pemakanan kita kat Malaysia ni terdedah dengan ancaman tahap lemak2 dan kalori yg tinggi.. baik jaga awal2 sebelum terlambat.. bila dah sakit kritikal baru sibuk nak berubat mungkin byk lagi problem lain yg timbul dari segi kewangan perubatan..

utk turunkan paras kolestrol tinggi Dr berikan Lipitor.. dan merah tu utk tambah darah 
sebab kata Dr muka mama pucat.

alang2 tu tunjuk le laboratory report bulan lepas pada Doktor tadi, yang cek first dulu  Doktor lain.. tak  banyak bagi penerangan.. yg ni serba detail le jawabnya.."woww mmg u mengejutkan I... tinggi kolestrol ni.. waaww.. bila tgk urine acid  tinggi ni dah tau u suka makan apa... ok I cadangkan u jangan makan kicap, sos tiram,cili boh kedai" (tp xpenah pun beli.. sebab giling sendiri kat rumah..haha), "serbuk perasa apa2 perasa kiub ayam ke, serbuk bilis ker.. buat sendiri jer kat rumah dan budu, ikan kering".. alamak feveret kami sekeluarga ni.. aduhh..."ayam kat pasaraya tu sebenarnya ayam suntik.. nak bagi cepat besar.. organ2 ayam jangan makan, nak makan sangat beli organ ayam kampung.. selamat".  weeiii lokk.. byk ni pantang larang... "santan dalam kotak.. sebab santan tu kita tak tau apa yg diorg masukkan.. bahan pengawet utk bagi tahan lama dan bagi saya itu santan basi yg boleh memudartkan kesihatan, lagi elok kalau guna santan perah sendiri".  mak oiii sepanjang hampir 6 thn aku di Jepun.. santan kotak ni le kegunaan kami pelajar2 Malaysia semua di sana.. alamak... balik Malaysia pun masih dok guna lagi santan kotak.. memang stok dapur selalu ada berkotak2 kat rumah.  camne nak beli kawasan rumah ni payah nak dapat kelapa utk di parut sendiri atau kedai yag boleh tolog perahkan.. "jangan makan marjerin dalam plastik.. cuba u biarkan lama2 kat luar.. tak berkulat kan?..sebab semua tu plastik.. pengawet", kalau yg betul2 atau yg mahal2 tu bila dibiarkan lama di luar dia akan berkulat" wa nasib baik tak pernah beli. Tapiii.. ehmm syouganai ne.. kata org Jepun.. maksudnya lebih kurang apa ya?.. ala maksud krg2nya dah termakan dah nak buat camne... bila dah tau  ni kena jaga2 le... itu jer.

Pelbagai langkah yang cuba di selesaikan tapi?.. lu fikir sendiri la beb.. kata2 Nabil..
Seperti nak salahkan ibubapa jer bunyinya?.. camne lah nak kontrol... mak ayah dah beri duit cukup2 utk beli nasi  dan minuman tapi dorang tak beli nasi tp dok beli makanan ringan/makanan yag tak menyihatkan jugak.. budak2 kan .. tau2 jer la. kalau kat rumah boleh le kontrol.. kalau di luar???.. ehmm..  bawak bekal jalan terbaik!

Anak2 mama bersekolah di Jepun dahulu lagi best.. sekolah rendah sana takde kantin.. tak pernah bawak duit ke sekolah, yuran makan di bayar bulan2.  makanan akan di hidangkan dalam class.. iaitu nasi,ikan, sayur, sekeping buah, sekotak fresh milk atau kdg2 berselang hari sandwich..  takde makanan bergoreng, takde makanan ringan atau tinggi lemak seperti daging burger, nuget, mee goreng yg sememangnya tinggi asic boridnya kalau tak cuci bersih2 buang colournya kuning benderang. Sana cikgu class masing2 akan makan semeja dengan pelajar classnya.  lepas diorg makan masing2 bekerjasama membersihkan class ambil masa dalam 15 minit, kotak susu tadi dibersihkan semula utk di recycle. daripada situ dah melatih kanak2 berdikari, berdisiplin dan tertib, kiranya termasuk dalam pendidikan  jugak tu time2 makan.. sebab kalau setakat mengajar tanpa  dorang dok amalkan kat sekolah tak menjadi jugak kdg2 tu kan.. bila dah terbiasa dan kat rumah pun dah terbiasa lama2 dorang akan membesar dengan berkualiti le.  Sebab tu org Jepun berdsiplin.. bukan dari rumah jer tapi juga di sekolah tadika lagi walaupun umur budak baru setahun dah di didik macam tu.   bestkan kalau Malaysia pun buat macam tu... tapi mungkin byk masalah.. mesti byk bertentangan pendapat masing2 dan org2 kita pun dah terbiasa dengan cara kita.. alaa.. takpe le.....  nanti pandai  dgn sendiri la tu.  betul tak.. alaa lu pikir sendiri la beb.. kata2 dari Nabil mama ambil.. hehe

ok le panjang pula, tak best kalau entry panjang meleret2 nanti anda jemu.  ok jumpa lagi esok dengan post apa ya?.. hehe.. tgk situasi hari2 apa yg berlaku itu le yg akan mama bercerita. salam sayang semua

Tuesday, April 19, 2011

Belek gambar

Assalamualaikum..

Mama baru sudah masak.. Isya pula tidur dari tadi.. so ada change le nak ngadap laptop.  dalam sejam dua gak le dok kemaskini gambar2 lama dalam laptop ni... satu laptop mama dah rosak.. semua blur.. tak tau kes gapo dia.. repair dah habis beratus tak sampai seminggu jam balik.  memang frust giler.  nak ngadap iPad.. dah seperti jadi hak milik anak2 kecil mama dok ngadap game dora , pororo dan mcm2 le. terutamanya si kecil Isya yg brumur 2 thn tu acu terkejut tidur jer tak lain tak bukan..." mama.. ane??.. iPad??.. nakkk!!"  alahai.. sakit tayar betul mama... mesti berebut2 pulak ngan abg dan kakak yg  langsung taknak mengalah ngan adik. uhuk.. :(

Alang2 dah sudah kemaskini gambar2.. tukar sikit header mamaLUV kasi tak boring sikit.. mama dah jemu tgk takde perubahan... buat kasi cun sikit taruk semua gambar anak2.. sebab ada yg jeles.. katanya "olohh.. gambar Isya Basma Syahmi jer ada!"  so itu yang kena ubahsuai balik.. kha222... nanti diorg balik sekolah mama akan tayangkan buat SURPRISEE!!

so utk lihat gambar2 mama yg terlau byk tersimpan dalam ni haa... mama ingin kongsi beberapa keping untuk pembaca2 mama tersayang.. kdg2 lama lama sekaliii .. rasa nak tayangkan  gambar2 kenangan mama bersma anak2.. heheh.. ok jom kita layang pula di bawah....

 ni le teman baik dan juga jiran depan rumah mama di Japan dahulu... tempat meluahkan suka duka.. hehe.. shikah, skrg mengajar di Perlis, tp asal org Ktrg juga cam mama ni.

 Pagi2 hari nak pergi hantar anak sekolah dan pergi kerja tengok2 kereta ada problem dilitupi salji... :(

Monday, April 18, 2011

Hati-hati makanan di sekeliling kita





Assalamualaikum dan salam sejahtera

dalam minggu ini mama banyak postkan n3 berbentuk makanan yang tidak menyihatkan dan juga yang tak halal, dan baru kelmarin mama masih lagi sibuk periksa  barangan kegunaan harian  kot2 termasuk dalam listing non halal.. untuk di buang, tiba-tiba timbul pula masalah dalam ahli keluarga mama perihal akibat pemakanan juga.  Anak saudara mama...di masukkan sekali lagi di hospital, kalau nak kira setiap sebulan pasti demam berpanjangan, akibatnya pemakanan jugak.  hari ni tonsilnya dah bernanah teruk dan disarankan membuat operation membuang tonsil yg sememangnyer dah tak guna lg disimpan ..

Sunday, April 17, 2011

Produk HARAM di pasaran Malaysia - non halal


Maklumat ini samaada sahih/tdk tdk lah diketahui tapi, sekurang2nya
kita bermaklumat nama si penghantar tidakdapat di siarkan

Fakta

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan
Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus
mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang
Melayu/Islam berhenti menggunakannya.

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

gambar hiasan pinjam dr Mr Google

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid

sumber dari : halalguide.org

Rawatan Islam - minyak penawar Munajat spiritual oil


Hari Khamis malam jumaat lepas mama dan adik mama ada pergi buat rawatan Islam di Kemaman, nama ustaz tu mama panggil Pak Haji Mat.  Adik mama ni menginap penyakit misteri sikit.. berubat sana-sini Dr cakap takde apa-apa penyakit so bila jumpa Hj Mat ni Alhamdulillah.. kira 'papas' terus buang dari badannya.  selama ni hari-hari bila dengar cd ruqyah... sakitnya hilang le seketika.. tapi lepas tu datang balik.. so Pak Haji cakap datang malam  4 beradik di buang terus apa-apa penyakit yng 'buruk' dalam badan.

Friday, April 15, 2011

surirumah yang sibuk - busy housewife


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mama takde post yang menarik dalam 2.3 hari ni... uhukkk busyy nya.  tambahlagi kelmarin adik sekeluarga datang dari kampung.  so jangan harap le bleh mengadap laptop.  sini Trgn cuti.. so tau2 jer la kalau cuti camni sibuk dengan arahan pada anak2 suruh basuh kasut sekolah le, kutip2 sampah, buang sampah.. pagi2 pergi jemput Syaid di asrama, pergi pasar, balik masak.. makan tgh, kemas2 dapur lepas makan alahaii tak nampak rupa dapur dahhh. .. kemudian siap2 hubby dan anak2 nak pergi solat jumaat, dan sat lagi kena bergegas pergi ke MesraMall pula kerana Syahmi ada pertandingan melukis .. terbuka kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Huuu banyak tersenarai barang dapur yang nak kena beli ni.. kepala dah berputar kepeningan..  anak-anak dah mengharu macam-macam nak order, yea haa.. MAMA kena bersedia menghadapi peperangan melayan karenah pelbagai kehedak anak-anak sebentar lagi nanti apabila masuk kedai buku.. akan penuh le satu troly.  ok le.. mama pun banyak perkara nak bersiap2 sementara menunggu diorg balik solat jumaat.. untuk para-para pembaca tersayang yang telah menfolow mama tq banyak-banyak... kalau boleh tinggalkan jejak di ruangan comment supaya mudah untuk mama menjejak kembali. sebab di ruangan shoutbox akan hilang.. sebab dalam 2 hari ni mama memang busy.  ok.. salam sayang semua...
Assalamualaikum dan terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Thursday, April 14, 2011

Masalah followers



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca mama yang tersayang,


Mama cuma nak citerkan sikit hari ini berkenaan dengan followers, walaupun followers mama belum mencecah target mama lagi tetapi mama rasa terkilan sedikit kerana sebahagianya tiada link ke dalam blog anda dan ini menyukarkan mama untuk follow anda kembali, apa yang mama runsingkan kemungkinan follower tersebut akan tersilap anggap mama tidak follow semula sedangkan tanpa di sedari anda tidak meninggalkan link blog.  Mama sudah lama ingin membuat entry berkenaan tajuk ini tetapi selalu terlupa tetapi bila blogwalking tadi dan singah di blog EP maka barulah teringat semula, untuk lebih lanjut lagi bagaimana untuk meletakkan link di blog anda boleh lihat di blog enckpeluang

Wednesday, April 13, 2011

Status Nuffnang tidak Glitterati lagi



Jam 1 pagi semalam tak dapat tidur, so godeng2 le dok update blog sambil login nuffnang...
tiba-tiba...lihat status di akaun nuffnang ...ahli bukan eksklufif......
Sedeyyyy....knapa jadi camni???
cuba login innit, tak dapat. SAH akaun memang tak glitterati, bukan mengigau....

Cuba jugak fikirkan knpa jadi camni...
baca syarat dan terma semua betui... 
tak de yang bercanggah dgn nuffnang....heran222
tak boleh jadi ni...????
Terus tulis email kpd nuffnang tanya kenapa jadi camni...

Nuffnang mmg bagus...kita email apa2 jer mmg dia pantas balas..
Ni balasan nuffnang yang  diterima pagi tadi.....
------------
Hi Che Ku,

We can see from our system that you are currently serving us as a Glitterati member. Can I just check if your status is still set as Ordinary at the moment so we can look into this for you?
Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd
----------------

Rupanya kat system mmg dah glitterati...cuma tak tahu kenapa jadi camtu..
Nuffnang dah tukarkan balik dan dah jadi Glitteratti.
Heehee senyum kembali sbb selesai masalah:)

Kawan2 ada masalah camni tak??


Tuesday, April 12, 2011

Bahaya - Larang anak makan makanan ringan


Wajah comel adik Norhazirah sembunyi derita, begitulah bunyi tajuk artikel yang mama baca dalam Mingguan Wanita keluaran 1-7 April 2011.


Sekali pandang wajah Norhazirah mirip Batriysa anak bongsu mama. Besar sat gi camni kot...gaya rambut maggie style tu yang menampakkan lagi kesamaan mereka berdua tu:)

Sebab tu bila terlihat jer wajah Norhazirah kat majalah tu terus baca isi artikel....
nak tahu kenapa??
sebab apa??
apa yg Norhazirah tanggung??

Award from saza haiza


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah kali pertama sepanjang mama berblogging dalam hampir 4 bulan, menerima  award iaitu dari sahabat bloger kite iaitu saza_haiza.  mula-mula terkejut gak ehh award apa ni.. rupanya.. ehmm bagus jugak ya, dengan cara ini boleh mengeratkan dan mengembangkan lagi talian silatulrahim di antara bloger-bloger yang lain.

Terima kasih atas ingatan sazahaiza ini dan inilah dia jawapan-jawapan yang rasanya dah okay kot dari  soalan2 di bawah.. hehe,    :)



Here are rules to abide accepting this award :

1. Post linking back to the person that gave you the award :
2. Shara 7 random things about yourself :
  • Seorang Wanita
  • Seorang isteri kepada seorang suamiku tercinta
  • Seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata
  • Seorang insan yang tidak gemar duduk diam
  • Seorang yang sentiasa berfikir untuk kepentingan suami dan anak-anak tersayang
  • Seorang insan yang tidak pernah lupa jasa ibubapa
  • Seorang hamba Allah yang masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki
hihi.. ok ker jawapan mama ni??... ehmmm ok le kot.. untuk saza mama nak ucapkan terima kasih sekali lagi di atas award ini, semoga persahabatan di alam maya dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita... InsyaAllah.
3. Award 15 recently discovered blogs :
4. Drop them a note and tell them about it
  • Done!

Seperti Saza, mama juga berbesar hati kalau yang ditag sudi mengambil award ini tapi terpulang samaada  ingin menjawab soalan-soalan di atas atau tidak.  Tiada paksaan dalam persahabatan....  :)

Terima kasih sekali lagi, sayang semua dari MamaLUV.



Telur tiruan?? Camna nak kenal

Keratan akhbar Utusan Online - PULAU PINANG 7 April - Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.

Telur asli Kanan-Truan Kiri (di rebus)


Mama lihat banyak berita kecoh pasal telur tiruan. Nak tahu jugak kenapa, buatlah penyelidikan sikit kat internet, baca paper maka jumpalah berita kat utusan online dan beberapa sumber yang lain. Mama sharekan apa yang mama dapat kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq