Sunday, May 29, 2011

Cikgu Shida akhirnya dilamar




'Tak sabar cuba bidang baru'

PARIT: “Saya akhirnya ‘dilamar’ tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem,” kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.
Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk ‘Cikgu Shida Cari Jodoh’ yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.
Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.

Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.

“Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.
Thursday, May 26, 2011

Bandung lagi... (handphone kena activate di celcom center ke?)


Hari ni mama cuma nak nak publish post pasal Bandung lagi.  Semalam mama ada terima sms dari pembaca blog mamaLUV.. so mama rasa nak share le kat sini.. mana tau berguna untuk kawan2 yg tak tau first procedure sampai airport sana...  at least kt sini boleh gak membantu kan...

A (lupa nak tanya nama) : Salam.. ni kak eiza blog mamaLUV ekk.. maaf ganggu nak tanya sikit?   Akak nk ke Bandung pd 31/5/11 ek. sy pun nk ke sana bsama isteri dan anak. ni 1st time ke Bandung. Skrg tgh cari info dan kawan2. flight sy dr kul 7 mlm airasia.  skrg agak risau ttg prosedur ke sana.
mamaLUV :   Wsalam : Nak tanya ttg apa.. blh jer. akk pun nnt bertolak 12.30 tgh. by MAS

A :  Ooo sy agak risau la ttg prosedur airport dia. ada yg ckp kena print tiket tunjuk le. sy tak faham. Tentang hp pulak bleh pakai celcom ke?. nak kena activate kt celcom center ke?.

mamaLUV : biasa beli tiket airasia melalui online dn akan di emailkan tiket tu. so email tu kena print le simpan.  Nnt org tanya kat airport.. balik bila.. tunjukkanah tiket tu.  dan biasa dorang akan tanya duduk hotel mana, kena ingat le nama hotel tu..

Hp lak kena activate roaming atau senang pakai simcard sana jer. sampai airport sana beli. ada org jual kat airport.

A  : saya akan sampai 8 malam. bahaya tak?, senang dapat teksi? tempat makan waktu malam tu di mana?

mamaLUV : Tak bahaya pun.  teksi byk.. driver teksi memang jujur orgnya kira blh di percayai le (setakat hingga hari ni ok lg le.. xde lagi problem driver teksi buat hal).   kuar jer airport belah kiri couunter teksi bgtau hotel mana nk pg dan ambik kupon.  so naik le teksi dgn selamatnya. ;) nak mkn malam suruh driver tu bawak pergi Ampera atau masakan padang atau surh driver atau pak supir tu bwk jer makan yg best atau makan hotel je.

A : ok tima kasih akak. sy risau gk sbb 1st time pegi sendiri je. xpela.  nnt klu sempat kt sana nnt boleh la kita contact2, pegi mkn2 ngan family ke?. nnt contact2 la kt sana ek. akk guna no ni ke kt sana nnt?

so ini le antara sms melalui kami berdua ttg trip ke Bandung.. semoga boleh membantu w/pun xmahir mana. ni pun info dr hubby yg byk fly ke sana atas urusan kerja.  nak pergi next wekk kira 2nd time.. tak sabar!. hihi

Untuk 'A' .. SELAMAT BERCUTI DAN BERSHOPPING.. MANA TAU BLEH MAKAN SAMA2 KAT SANA.. MERIAH SIKIT.. RAMAI GENG 1MALAYSIA.. HEHE



Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard


Wednesday, May 25, 2011

Aduih.. ada lagi terjumpa produk ada babi hari ni!

Butter Golden Churn pulak yang tak halal





Lepas satuu.. satu!! apa yang lepas satu.. satuu tu...??.. ni le.. tak selesai2 lagi masalah asyik terjumpa mde haram tu dalam produk makanan yg kite dok guna selalu... sekarang ni butter Golden Churn pulak!.. anda ada guna ini butter??...mama ??.. Alhamdulillahh... nasib baik tak pernah guna.. entah selepas ni prodk apa pulak yg bakal mengejutkan kite semua... Baru 2 hari yg lepas entry mama berkenan isu halal haram di Malaysia ni,  hari ni  timbul pulak isu butter...

Mama pun baru tau hal ni sebaik jer lepas singgah di blog KakJee dan blog Mat Gebu.  Mama tak terkejut sangat bila ada lagi produk nonhalal akan terdedah.. sebab dah jadi terbiasa. cuma yg  ptg bagi mama.. sekarang mama dah terhad dan lebih berhati2 utk memilih sesuatu produk tu sesuka hati jer... tidak seperti dulu yg mmg yakin 100% dijamin halal dan selamat jer bila time nak bershopping. nak beli makanan proses pun berfikir byk kali... dan apa2 jenis makanan frozen le.... entah bahan yg di gunakan tu halal ke tidak.. yg makcik2 tukang  buat tu mmg confrm tak tau  tapi yg si pengeluar tu??.. seriauuu....!! sekarang ni macam2 boleh jadi... byk berlaku kes penipuan semata2 hanya demi  keuntungan yg jadi keutamaan. sedey...

Seperti kata KJee   "Kenapa pihak jabatan Agama tak bagi detail jenama barangan yang disahkan tidak halal?  Kami sebagai pengguna tak puas hati kalau hanya memberitahu JENAMA terkenal!"..

Ehmm.. memang dah bosan dengar ttg perkara ini yg sememangnya tak berkesudahan sampai bile2!

Monday, May 23, 2011

habis laptop ku dikerjakan anak dara gigi mukmin!

Dalam 3 hari ni mmg takde mood nak menaip atau bkak laptop... apa taknyer... keyboardku dah hancus.. tercabut beberapa keping dadada.. malaih nak sebt.. tensen.  bila mood ngah naik dan ada jer idea nak berciter terus mati akal bila nak start nak menaip last2 takde key u, b, n.. Waaa.. sedeyy2.


 tengok tu lepas dah ganyang laptop mama siap bagi picth lagi yaaa.. sekelip mata jer tinggal habis ranap laptop mama dikerja Isya ..... dah le mama nak menaip sependek ni pun lambat cam kura2... uhukk tensen...


 dah buat salah sengih  manjang je lah yeee cayang bcukkk!...sebab dah tau dahhh mama ni takkan sampai hati nyerr nak marah ... ehmm

Esk lusa puun mungkin no entry kot... hinggalah laptop mama dah okay baru akan teruskan semula meriahkan blog yg tak seberapa ni... ada iPad pun xberpeluang... si kakaknya Basma plak dok main game jer manjang.. ;( .



p/s : Ni dok bilang hari jer nak bercuti ke Bandung minggu depan bersama asben.. :)

Al Fatihah kepada mangsa tanah runtuh..

Mangsa tanah runtuh stabil tetapi trauma
2011/05/23

 foto Harian Metro Online
 Foto Harian Metro Online

KUALA LUMPUR: Keadaan sembilan mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat kelmarin semakin stabil tetapi masih trauma mengingatkan tragedi yang mengorbankan 16 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.

Seorang petugas Hospital Ampang berkata, enam mangsa dirawat di wad biasa manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Tiga di ICU kini stabil dan bertambah baik," katanya.
Kejadian tanah runtuh pada 2.30 petang kelmarin di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah At-Taqwa di Hulu Langat itu mengorbankan 16 nyawa.

Mangsa yang terselamat, Aizat Khusairi, 13, yang ditemui di hospital itu berkata beliau masih kedengaran suara jeritan kanak-kanak lain ketika tragedi itu.

Aizat Khusairi yang patah tangan kiri, berkata separuh badannya tertimbus di dalam tanah dan dapat dikeluarkan dua jam kemudian.

"Saya memang tinggal di rumah itu. Sekarang makcik yang menjaga saya. Tak tahu bila saya akan pulang dari sini," katanya.
Seorang lagi mangsa yang terselamat, Mohd Harris Izzuddin Sahrul, 11, juga bertambah pulih berbanding semalam.

Ibunya, Norizah Ibrahim, berkata anak sulungnya yang cedera di bahagian kaki itu mula melebarkan senyuman hari ini. (Berita Harian Online)


‘Saya tarik tangan adik’

KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.
“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”
Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.

Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya. (Harian Online Metro)

Sunday, May 22, 2011

Aduhai.. musykil betul status halal haram produk makanan sekarang!




Assalamualaikum...

Dah 2 hari no post... tak sempat biasa le hujung minggu.  Cuma hari ni rasa nak meluahkan perasaan tak puas hati bab2 isu makanan halal haram yg tak berkesudahan. dan mmg menyampah le kalau nak beli belah barang dapur ke, makanan anak2 ker .. makin banyak pulak kluar produk2 yg tak halal yg dari dulu2 lagi berstatus halal! pergi sana sini org cakap ni dia list produk yang non halal.. jgn makan... gi situ plak.. keluar plak pasal coffee ada gelatin babi, KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALALkuar semalam terpampang lam paper.  Dan juga Ramuan Bahan untuk Membuat Kek juga ada DNA BABI!. BAHAYA2.. PADAHAL DAH DOK NEGARA SENDIRI KENAPA RASA TAK SELAMAT DALAM BAB2 PEMAKANAN????..?? sampai anak2 dok tanya kenapa banyak tak halal mama sedangkan kite dok malaysia, dulu duduk di Jepun mama kata hati2 banyak babi dan wain dalam makanan, tapi nape balik mesia pun macam sama jer?... TENGOK???.. camne nak jawab soalan budak2 kecik yg macam tu pun dah conpius.
Tuesday, May 17, 2011

surat cinta anak mamaLUV


Assalamualaikum...
Mama nak sambung entry pagi tadi masih lagi pasal hadiah hari ibu yg mama terima dari suami dan anak2.  kalau N3 tdi  about dari Mr hubby skrg mama nak gantungkan surat cinta dari anak mama pula.. dr Syaid.. (tapi dah minta kebenaran syaid boleh ke mama nak gantung di sarang mamaLUV, manalah tau syaid malu ke.. hehe,  "boleh ajer demi untuk mama".. heheh.. tq cayang!.. at least mama boleh tengok lagi esok2.. sebab time mama baca tu pun menitis air mata mama ni rasa suke sangat... tq dear!.


 
belakangg??... ??... bersambung yaa.. heheh...

bagiku ini merupakan Hadiah teristimewa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni merupakan hari yang istimewa dan mengejutkan. WOww memang hebat laa.  Balik jer hubby dari KL.. depan pintu rumah dah ternampak bungkusan hadiah besar sebesarnya berbanding hadiah2 yg lepas... eiii ni tak sabar nak bukak ni!  bukan tu ajer.. ada lagi dengan ionboard pun besar ... aishhh bersungguh betul cik abg beli ionboard sebesarnya ni bwk balik dr KL, apa mimpi ni??

mamaaaaaa... SELAMAT HARI IBU!... tersenyum2 hubby ngan anak2 tak sabar nak tengok mama bukak hadiah tu.. sajer nak tgk reaksi mama camne kann.. kannn...

Ya Allah.... Terima kasih semua....


 MamaLUV dapat ion Tefal.... yg sememangnya boleh menjimatkan lagi masaku di bilik pengurusan pakaian selepas ini.  apa taknya.. ion ni dah sekali gosok terus zapppp...... siap! tak kira jeans ke apa ke semuanya dah jadi mudah bagiku sekarang!


uhuu.. lupa nak snap sblm koyak bungkusan ni td.. excited ngat nak tau apa punya pasal.. hihi..

????...??????





Belek2 kotak nak tgk harga.. sekali lagi memang terkejut giler dibuat cik hubby kite ni... Ya Allah.. sepanjang hidup aku xpernah terjumpa iron semahal ni.. abg apa mimpi belikan mama iron yg sebegini mahal??..??..



Gara-gara yg lama punya banyak buat masalah  penyebab mama dapat hadiah ni tau.. ihik!!....


 Aku masih tak puas hati tgk harga tu. "Yankk.. apsal beli mahal sangat??..  tak mintak pun belikan sampai beribu.. "  "dah yank cakap nak iron yg sekali gosok terus sHaRp  so abg suruh le awek sogo tu tunjukkan yg paling mahal dan sekali gosok terus cantik!".   Takpe le.. utk jimatkan masa.... kalau dulu ada bibik yg buatkan semua tp skrg dah takde  kena tukar le ion lama tu, dah teruk sgt dah dikerjakan  bibik!.  dalam hati aku kalau dapat di bibik aku ni tak sampai sebulan ni boleh hancuss nii.. sbb kerjanya sememangnya kasar dan ganazzz..





p/s :   Syaid yg baru pulang dari asrama yg di jemput abah tadi.. turut tersenyum  sengih manjang jer kat mama ni, mungkin lawak tgk mama  kot..     " ehh apa ni syaid??"    ..... tiba2 syaidi pun hulurkan sesuatu untuk mama.. .. Laa.. SYaidi pun ada hadiah untuk mama?..??.. .. apa hadiahnya episod seterusnya selepas ini...........

Monday, May 16, 2011

4 beranak bagai dirasuk setan




GANAS...rakaman CCTV menunjukkan aksi ganas lelaki dan anaknya yang berkopiah serta bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya.

JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.


“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/articles/4beranakbagaidirasuksetan/Article

Sunday, May 15, 2011

Amaran kepada Wanita dan pelajar: Hati-hati ancaman asid



Hati-hati ancaman asid

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.

Berwaspada dengan lelaki ini!

Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun

Pendarahan hidung kanak-kanak


Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Terdapat banyak sebab-sebab termasuk
  1. Sejuk dan alahan
Thursday, May 12, 2011

Kenapa suka sangat santau orang?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni tak tau nak bercerita apa.. cuma dalam fikiran dok fikir kenapa orang sekarang suka sangat bomoh atau santaukan orang.  Dunia semakin moden dan canggih tapi pemikiran masing2 masih di tahap kemunduran di tahap maximum.   Bila dengki, jeles bisnes orang lain ker atau jeles kesenangan atau seumpamanya sikit2 nak santau atau hancurkan hidup org tu.. takde kerja lain ke?... Nak kata orang Islam tetapi atas nama ajer Islam tapi hati kotor... masih lagi apa-apa minta bantuan jin syaitan untuk ganyangkan mangsanya..

Antara Takdir dan Doa




Antara Takdir dan Doa

Soalan:

Apakah segala yang berlaku dalam hidup kita ini adalah ketentuan Allah? Mampu atau tidak doa mengatasi ketentuan yang telah ditetapkan itu?


Tuesday, May 10, 2011

Mahu DiSayangi Suami?





Dengan Nama Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.....Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.
Monday, May 9, 2011

Tegur suami cara berhikmah



Tegur cara berhikmah

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah. "Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri. "Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya: "Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepadanya jua mereka dikembalikan."
"Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan
Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari ibu.. MA!

Aduuuhaiii... memang masih terkapai2 lagi nak mecari idea utk berblog hari ni. Macam ni le jadinya kalau 2 hari tak ngadap telnet.. maklum le.. rutin hujung minggu hanya sibuk melayan askar2ku di rumah... masa amat terhad. Lagipun laptopku ni dah dipenuhi customer yang tak henti2 menunggu giliran... nasib baik ada iphone bleh gak cek email hodoh2... hahah.

Akceli sebenar2nya niat tadi nak ucapkan selamat Hari ibu kepada ibuku tersayang..

"MA... I LOVE U SOO MUCH.... SEGALA JASAMU TAKKAN DAPAT KU BALAS, TAPI SETIDAK2NYA AKU AKAN CUBA BERUSAHA UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATIMU UNTUK SELAMA2NYA!.


Dan juga khas untuk ibu mertuaku tersayang.. "MA... I LOVE U TOO.. MUAHH!!

SERTA kepada semua wanita yang bergelar IBU di sana!.. Semoga kita semua menjadi ibu yag terbaik untuk anak2 kita semua.. InsyaAllah.


Friday, May 6, 2011

cikgu shida dari Parit - Artis Baru kelakar





mamaLUV.com: Kilang Proses Nadir Bumi- Malaysia tempat terbaik bina kilang??

mamaLUV.com: Kilang Proses Nadir Bumi- Malaysia tempat terbaik bina kilang??: "Laporan Malaysiakini - Sekurang-kurangnya 100 penduduk di Balok dan kawasan sekitarnya mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka."

Thursday, May 5, 2011

mamaLUV.com: Tips ke Bandung ikut Jakarta - CIPAGANTI Toyota Al...

mamaLUV.com: Tips ke Bandung ikut Jakarta - CIPAGANTI Toyota Al...: "Assalamualaikum Sudahkah anda membaca post mama terdahulu tentang tips bercuti ke Bandung ?? (N3 mama sempena cuti sekolah tak lama lagi...."

Tips ke Bandung ikut Jakarta - CIPAGANTI Toyota Alphard

Assalamualaikum

Sudahkah anda membaca post mama terdahulu tentang tips bercuti ke Bandung??
(N3 mama sempena cuti sekolah tak lama lagi...)






Malam ni mama nak share satu lagi tips yang amat bagus buat traveller yang ke Bandung melalui Jakarta. Kalau kot Jakarta banyak kelebihan jugak sebenarnya. Antaranya boleh singgah Jakarta dulu..shopping di Mangga Dua. Ataupun bagi yang mahu terus ke Bandung, kelebihannya sudah pasti tambang kapal yang lebih murah, ini kerana melalui Jakarta banyak flight...air asia, Mas, KLM...so boleh pilih harga yang terbaik berbanding melalui Bandung yang hanya 4 flight sehari (iaitu air asia dan Mas jer).

Wednesday, May 4, 2011

Puding Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda buat kueh apa ya utk makan petang nanti?, kalau tengok blog2  memasak kan.. memang best giler.. kelabu mata di buatnya.. spt semuanya mama rasa nak buat!..  Tapi puding ini mama dah selalu buat sekian lama dari zaman2 anak dara lagi... hehe.  Okay kalau nak cuba buat puding karamel jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya... mudah semudah memakannya... :)
Tuesday, May 3, 2011

Ikan tongkol berkicap pedas

Assalamualaikum
Hari ni mama rasa cam takde moodd jer, cuaca lak panas tetiba... sebelum ni dok hujan je, perubahan cuaca dan udara yg bertukar mendadak kot menyebabkan anak-anak pun seperti badan tak sihat.. kurang selera makan dan berpeluh jer.  Tapi InsyaAllah.. esok lusa ok le kot.. Hujan dan panas itu kan adalah rahmat Allah... seperti kata Dr Fadzillah Kamsah.. jangan berkata hari ni cuaca buruk dengan hujan yang tidak berhenti2, hujan itu  kan rahmat yg di turunkan olehNya, kalau terkena kemarau memanjang masih nak kata hujan buruk lagi ker???.... kata la yg hujan hari ni tidak berhenti2.. dah.. takyah nak sebut2 BURUK.  :)

Okay.. untuk hari ini mama nak sharekan resepi ikan tongkol masak berkicap pedass... feveret suami mama.  kalau nak cuba jom layang bahan2 dan cara nak membuatnya ada di bawah.
Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden telah meninggal dunia - Osama is dead





Osama disah mati diserang Amerika di Islamabad


WASHINGTON, 2 Mei — Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia).

Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.

Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).  Media AS menyiarkan secara langsung ucapan itu.

“Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan

Nasi minyak Ayam Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar?.. sihat.. kelmarin cuti hari pekerja.. woww.. memang jem giler le atas jalan.. mak dari Temerloh dari jam 12 tengahari hingga 1.00 malam baru sampai rumah di K.Terengganu, hampir 13 jam tau... Ya Allah.. kesiannya kat mak aku, pagi ni call mak.. dok baring pasal sakit belakang yg teramat sangat. sedeyy plak mama dengar.  Oh ya gambar nasi minyak kat atas tu mama buat 2 hari yang lepas sebenarnya, pasal tak tau le nak tulis apa hari ni so dok gantung gambar ni jer laa ya.. hehe.  Lauknya  pula mama guna ayam kampung 1 ekor.. memang sekejapp jer habis di ratah anak-anak... memang yum222.. sedap!.... kalau nak resepinya boleh klik di sini...sebabnya mama dah pernah dah berikan resepi nasi minyak yang bulan yang lepas2 dulu..   cuma kat sini  di tukar guna ayam kampung jer, mama guna pressure cooker.. cepat siap masak dan ayam pun memang empuk giler2.

Pressure cooker ni memang tahan lama,  dah 5 tahun mama dok pakai.. beli di Japan.  memang berkualiti dan tahan lasak.

Okay pengunjung mamaLUV di sini,  kalau terasa nak makan nasi minyak org Terengganu boleh le cuba try esok2 atau hujung minggu ni... kalau mama masak masa sejam jer dah boleh makan tau.. simple jer.

Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq