Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan




Hadis Anas r.a meriwayatkan :  Apabila Ramadhan bermula maka Rasulullah s.a.w  bersabda : 'Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan...'






Friday, July 29, 2011

Mayang Sari Resort Dungun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang mama sekeluarga ada di Mayang Sari Resort Dungun, kecuali uhukk... sedeynya... Syaidi.. si sulungku di asrama.. minggu ni takbleh balik, sian dia dr minggu lepas berharap supaya minggu ni boleh balik rumah dan ikut abah pergi Mayang Sari Resort. Takpe le Syaidi.. lagipun dah pernah datang dah sini.. lain kali le plak deh kalau ada rezeki.

Kebetulan hari ni weekend boleh le kitaorg anak beranak ikut hubby yg buat bengkel di sini.. memang sonok, santai,  tenang dan betul2 boleh berehat sambil memerhatikan anak2 dok berenang lam swimming pool yg memang takde gangguan luar yg memerhatikan kami sekeluarga.  tak kisah le  kami nak pakai apa2 pun org luar takkan nampak, ahakk.. hehe... sebab apa?... haa ni yang paling best dtg sini...sekitar setiap bilik di sini di kelilingi dinding yang boleh tahan gak tingginya. memang privacy.  Ni sambil dok nak buat post ni pun kat depan mata riuh randah suara anak2 mama dok menjerit & terjun lam kolam.. fuhh anak lelaki memang kasar mainannya. si pompuan yg kecil ni lak dok sebelah mama sambil kaki terjuntai dalam air.  kejap ya Isya.. mama siap new post ni kita terjun sama2 ya.. heheh. ok jom kita layang gambar2nya... 

 







 







Masih ada lagi kenangan di Mayang Sari pada tahun yang lepas .
Nak tengok lagi tak tentang Mayang Sari Resort?... boleh le berkunjung di sini.

Tuesday, July 19, 2011

Keindahan pantai Penunjuk Kijal, Terengganu - sesuai berkelah seisi keluarga

Assalamualaikum wbrkt dan salam sejahtera

Minta maaf sbb dah lama tak update blog ni.. uhukk.. sibuk melampau batas ;). tapi hari ni mama ada nak kongsikan gambar2 kecantikan pantai di Kijal.. memang lawa le, pergi masa tu dah jam 6 ptg.. dekat jer ngan rumah... dalam 5 minit jer.  Kebetulan hubby plak takde.. ada urusan kerja di Bandung.  so pergi le ngan adik2 iaitu Mizan yang datang dari Kuantan.. Kunat pula hanya tinggal berdekatan jer. memang excited anak2 mama jumpa laut.  ok jom kita layang tengok gambar2 di bawah..















Tuesday, July 5, 2011

Penipuan Power Root


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Wahh.. terbersin dengan blog mama ni ... berhabuk benor!!, lama betul tak bersih.. hehe.. ha.a la... memang  le.. terlalu banyak kerja emegency dalam bulan ni.. laptop pun kejap2 sempat cek mail jer.  mybe dalam sebulan dua ni blog mamaLUV ni tak banyak new post... sehingga selesai kerja mama yang teramat2 penting ni, nanti dah settle semua mama akan ceritakan ya... apa yg  mama dok kerjakan ni habis2an sehingga habis tenaga dan otak dok perah. hehe

oh ya.. tadi nak cerita mde lain jadi meleret2 mde lain plak... mama cuma nak ceita pasal pagi tadi  dalam lebih kurang kul 11 gitu ler... ada le terima call dari pihak power root mengatakan mama ni telah memenangi cabutan bertuah power root sebanyak rm15,000.00.. dan bla22.. blaa.. suruh pergi ambil wang tu di sana.. dalam hati ni bila masa plak aku ni pernah membuat cabutan bertuah power root.. kat rumah pun dah bertahun takde lam rumah. apa lagi nak buat cabutan bertuah pun langsung tak pernah.  dari suaranya yg pelat tu  cam India, tapi sekejap cam chinese plak, ehmm tak pasti.!..   pastu bila dah habis banyak bercakap tiba2 tanya u ada atm tak?... alaa takkan bodohnya nak bagitau no bank???. dah dapat rasa tu PENIPUAN semata2!..   mama senang jer.. cakap tak pernah guna ATM pun saya.. dan memang takde... pastu tut.. tiba2 terputus line. sah PENIPU!!!... dengar jer takde atm terus matikan phone.. mesti dia bengang dok bla22 hampir setengah jam sampai melambung bil dia dengar2 aku cakap takde atm kad.. haha.. padan muka.. untuk di luar sana berhati2 le kalau ada menerima call mengatakan ada menang apa2 cabutan bertuah ker.. apa2 le.. jangan mudah terpedaya. Dalam email mama  ni pun macam2 email yg mengatakan mama menang loteri berbillion le... menang itu menang ini.. sampai dah ronyak dah inbox tu dengan email2 SPAM.!.  ;(

hidup nak cepat senang dengan senang menipu org, tapi jangan pikir org senang atau mudah terpedaya ya untuk awak2 yg cuba menipu  di luar sana tu,sekarang dah ramai dah celik mata dengan penipuan sebegini. ;)

Monday, July 4, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat??

 
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana???


KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat... 

sambungan seterusnya boleh baca di sini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq