Thursday, September 29, 2011

Gunung Fuji (Fujisan) dari Bullet Train Shinkansen dan Flight

Assalamualaikum wbt...

Hari ni akak nak share foto gunung Fuji....Fujisan...
gunung yang tertinggi di Jepun....cukup terkenal dan setiap pelawat ke Negara Matahari terbit ini pasti singgah ke kaki gunung Fuji. Kalau summer boleh daki ke puncak dan merupakan aktiviti lasak yang menarik...naik pakai kereta boleh tapi half aja...lagi separuh kena daki dengan kaki sendiri untuk ke puncak...




Hari ni nak share gambar gunung Fuji dari sisi iaitu semasa naik bullet train menuju ke Tokyo dari Mie (Nagoya).
Cantik time ni kerana gunung fuji kelihatan putih ditutupi salji....shinkansen atau bullet train mengambil masa kira2 1 jam 40 minit ke Tokyo dan kalau kereta biasa boleh cecah 8 jam perjalanan. Bayangkan betapa laju...gambar pun dapat snap ngam2 jer....

Gambar dari atas flight juga diambil beberapa hari selepas tu...cantik nampak keseluruhan gambar funung fuji yang dilitupi salji....

So kalau mahu melancong ke Jepun mendaki gunung Fuji elok pergi waktu summer...sebab atas tu sejuk ada salji lagi....

Dari Tokyo boleh terus naik shinkansen (bullet train) ke Shizuoka (Hamamatsu) ataupun dari Nagoya naik bullet train juga ke station tadi...senang travel di Jepun sbb public transport train ada di mana2....:)

Doa duduk diantara dua sujud


Assalamualaikum wbrkt.

Adakah di kalangan antara kita semua faham atau tidak maksud doa yang sentiasa kita bacakan di dalam setiap solat kita selama ini? di sini sharekan untuk semua rakan-rakan tersayang betapa sayangnya Allah swt kepada semua yang mengingati NYA. 

Wednesday, September 28, 2011

Tips ke Jepun - Kinkakuji Kyoto Kouyou Autumn musim terbaik

Assalamualaikum semua....apa khabar hari ini...
Seminggu lagi masuk bulan October, rasanya sekejap jer masa berlalu...terkenang musim "kouyou" mean musim daun berwarna kuning sebelum musim luruh....tak lama lagi akan masuk musim kouyou (autumn) di Jepun...Kyoto ni di Pulau Honshu Jepun terletak ditengah2 pulau Honshu. Berdekatan dengan Nagoya, Kobe dan Osaka dan Juga Mie-Prefecture iaitu daerah akak dan suami akak tinggal dulu. Mengambil masa kira2 1 jam dari Kyoto dan Osaka serta Nagoya. Bulan November biasanya akan kouyou di daerah atau kawasan kami...mengikut cuaca makin kebawah makin cepat kouyounya.....






Kalau musim kouyou ni biasanya best pergi berjalan ke Kyoto sebab banyak kawasan tradisional atau kawasan lama di Jepun...sangat di rekomen utk kawan2 kesana pada musim begini...:)


Airport terdekat ke Kyoto, Osaka, Nagoya dan juga Mie adalah airport Kansai International.  Ia terletak di Osaka dan Chubu Centrair International Airport di Nagoya. Dari Airport boleh ambil terus keretapi ataupun taksi ke Kyoto. Kira2 satu jam perjalanan dgn train.


Antara tempat menarik di Kyoto adalah Kinkakuji iaitu Golden Temple ataupun Kuil berwarna Emas...dikala musim kyouyou dengan daunnya yang  kuning keemasan ditambah pula warna temple yg berwarna emas, Memang sungguh cantik permandangannya.  Kuil ni bukan tempat sembahyang...hanya tempat visitor melawat dan merupakan famous place di kyoto....


Kalau mahu bercuti  ke Jepun... di syorkan pada  bulan October dan November iaitu adalah musim kyouyou (musim daun kuning) dan silalah singgah ke Kyoto!!!.  Satu lagi bulan  yang sangat cantik pemandangannya iaitu musim bunga sakura  iaitu pada bulan April.  Nanti akan di ceritakan pada post akan datang... tungguuu... ;)

Salam sayang untuk semua pembaca

p/s: buat untuk rakan2 yg sedang menunggu post akak ttg Japan sebenarnya dah banyak bercerita lama2 sebelum ni.. just boleh klik di Cni aje ya, tq .. 



Tuesday, September 27, 2011
Monday, September 26, 2011

Tip bercuti melancong di Bandung menduduki carta pertama Google Search




Hari ini layan internet....surf bahan bacaan baru kat blog rakan2 follower...baca entry terbaru kawan2 semua....Habis jer membaca terasa nak update blog....sebelum tu baca dulu feed news di blog dari rakan2 dan tengok ruang live traffic feed blog, tujuan nak tahu pembaca mamaLuv.com dari mana dan post mana yang mereka baca...banyak juga rupanya yang masuk ikut google search engine...mereka baca post mama yang bertajuk "Ingin bercuti melancong ke Bandung?...ini tips nya". Bacaan tu mereka serach melalui GOOGLE.COM.
Sunday, September 25, 2011

Surat cinta berangkai dari Tijah muncul kembali

Lama dah terima surat berangkai seumpama ni...
tapi hari ni rasa nak sharelah kat blog ni...kot2 ada yang tak baca lagi.  ;) .baca lagi sekali pun ok gak...kalau tak silap lama dulu ada terima email surat Tijah ni....tapi semalam dapat lagi surat yang lebih kurang sama  sms dari kawan.....mama type balik kat sini ni saje nak share isi hati si Tijah (bukan nama sebenar...nama samaran jer nih hehhee)

Surat Tijah kepada boyfriend, seorang mat salleh yang kacak....
Tijah ni awek kampung yang cantik berjaya memikat hati si Salleh ni...tapi biasa lah mat salleh hidung belang lah katakan...gatal main kayu tiga.... maka berita si salleh ni main kayu tiga tersebar dan sampai ke telinga Tijah ni....

Tijah pun tulis surat mau memutuskan hubungan dengan mat salleh ni penuh dengan rasa kecewa.....suratnya berbunyi begini....

Saturday, September 24, 2011

Tips Cara Promosi dan tingkatkan traffic ke blog atau web anda

Askm

Just nak share ilmu yang baru dibaca utk tatapan semua...
kalau nak cuba tu silakan...nak share dengan rakan2 lain jugak ok...silakan:)
 
Cara2 nak promosi atau tingkatkan traffic ke blog atau web kita:-

Web/Blog boleh ceritakan tentang apa² perkembangan ttg web atau peribadi kita secara
lebih dekat. Visitor biasanya suka cerita dan update perkembangan terkini. Web atau blog kena selalu update. Search engines juga suka content dan keyword terkini  dan fresh. Boleh try tengok di google atau di blogger.com. Jadikan blog tempat atau kaedah promosi yang berkesan.
Thursday, September 22, 2011

Perubatan dengan cara meminum air ketika perut kosong

Petikan dari original artikel - Drink water on empty stomach


Baru terbaca  artikel yang amat menarik yang diemail oleh rakan. Setelah di amalkan dan rasa terpanggil untuk share kaedah amalan pengajaan kesihatan yang amat senang untuk di amalkan semua. Tak salah kalau kita mencuba dan meminum air (air biasa atau mineral) adalah amalan yang baik untuk mengimbangkan cecair badan dalam tubuh kita. Sebenarnya tabiat meminum air sejurus selepas bangun tidur adalah amalan atau diet yang paling popular di Jepun. Bagi kita amat janggal, maklumlah bangun tidur terus minum air lah katakan...TETAPI....Perkara ini telah dibuktikan oleh santifik test dan dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah. Asalkan kita selalu dan rajin amalkan petua atau amalan hidup sihat ini.

Senarai Kod Produk yang mengandungi Lemak Babi

Sempat copy senarai kod produk yang mengandungi lemak babi dari  blog Nuaeman. Sebagai panduan semua kerana halal haram makanan kita tanggung jawab bersama. Katanya juga, sijil JAKIM dan logo halal tidak lagi boleh dijadikan panduan kita semua setelah saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kes2 produk yang "HALAL" selama ini tiba2 disahkan "HARAM" pula - walhal selama ini kita sendiri tidak mengetahuinya. Kenapa ini terjadi????......"..??..."





Oleh itu keperihatinan kita sendiri amat perlu utk meneliti bahan yang terdapat dalam makanan kita:-
InsyaAllah kita selamat...Amin!!
Wednesday, September 21, 2011

Makaroni Bakar

Assalamualaikum w.b.r.t.h


 Untuk resepi ni kawan-kawan boleh rujuk di resepi lasagnia, cuma untuk makaroni ni mama limpahkan  inti daging tu dengan hirisan kecil isi udang, sotong yg di rebus sekejap sahaja utk hilangkan airnya, dan isi ketam.  Pasta lasagnia tu digantikan dengan makaroni sekiranya takde pasta lasagnia le.. ;),



p/s : Sekiranya anda dah jemu dengan inti yg sama sahaja, daging tu boleh di ubahkan dengan perapan serbuk kari babas, serbuk cili, serbuk pati ayam, gula dan garam.  

Resepi Lasagnia

Assalamualaikum wbrkt




 

Apa khabar semua pembaca mama, aduhai.. lamenye tak update blog.. uhukk22.. sedey, ni le dok asyik menumpukan dengan kewujudan mamaLUV.Villa... sampai tak sempat tangan nak update, apa lagi dgn line intenet kat sini memang di luar kesabaran. mama punya modem plak meletup xtau kenapa, so byk bergantung pada wireles dalam quartes ni. Hari ni kira hari yang menyeronokkan.. yeaaa... mmg seronok! hubby dah belikan modem baru... so takde lagi intnt problem pah ni.. InsyaAllah.  ok cakap panjang plak.. jom kita layangi gambar dan cara2 nak membuatnya pula...






Ini Adalah di antara bahan yg di gunakan tetapi sos kimbal spagheti yg mama guna hari tu terlupa nak snap.

Tuesday, September 20, 2011

Koleksi Langsir

Assalamualaikum wbrkt

Mama nak post gambar koleksi langsir buat tatapan semua... (nnt update tambah gambar lagi)




Wednesday, September 7, 2011

mamaLUV.villa: Rumah Terbuka Aidilfitri




Assalamualaikum km wbt
Klik link untuk lihat open house di mama Villa
mamaLUV.villa: Rumah Terbuka Aidilfitri:



Read more.....

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya- Raya 2011 di Homestay MamaLuv Villa, Gong Badak Kuala Terengganu

Askm wbt dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Raya dari mama sekelurga...
maaf zahir dan bathin yaa:)


Terlebih dahulu mama mohon maaf kerana hampir sebulan menyepi...
Iya lah sepanjang bulan puasa mama hilang...blog berabuk jer nampak...
Bukannya mama letih atau penat berpuasa tapi sibuk menyiapkan homestay before menjelang hari raya...

kerana tahun ni, 2011 mama sekelaurga plan nak siapkan rumah kami...rumah yg plan nak jadikan homestay tu boleh duduk sebelum raya...jadi raya tahun ni tak laa berebut2 dengan adik2 di rumah famili mama yang tak jauh dari homestay atau rumah kami tu...



 Nak cerita sikit rumah mama tu terletak dekat ...memang dekat sangat dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin). Market kat sini alhamdulillah sebab ada dua IPTA ni homestay memang tak cukup...



Selain daripada Universiti dekat jugak dengan Institu Latihan Perindustrian, MRSM KT dan Maktab Perguruaan Dato" Ghazali. Area sekitar adalah Kelab golf tok Jembal,  Kawasan perindustriaan Gong Badak dan Airport...dan tak lupa jgk pasaraya HKS...semua dekatlah dengan mamaLuv Villa ni..


Kami bagi nama mamaLuv Villa kerana sempana nama blog mama dan biarlah nama tu jgk jadi nama villa idaman kami...

Alhamdulillah raya hari tu sempat siap dan kami beraya di situ pada raya kedua selepas beraya di rumah keluarga suami di Jertih...raya ketiga buat doa selamat dan open house skit...maap sekali lagi yek tak sempat nak jemput...tapi syawal sebulan ... semua jemput kerumah kami beraya ye...

Sekarang secara rasmi mama dah launching homestay mamaLuv Villa untuk di sewa. Bunglow homestay 4 bilik dan dua bilik air dengan dilengkapi perabut dan segala peralatan termasuk WIFI mama sewakan RM300 perday. Kalau follower mama nak stay boleh kontek mama insyaAllah ada diskaunnya nanti hehhe...:)


Kepada pembaca yang nak tahu tentang homestay kami boleh lah tengok blog villa (http://mamaluv-villa.blogspot.com/) kami dan boleh promote kpd sedara mara dan sahabat handai yang nak datang ke Terengganu...


Selamat bercuti dan selamat hari raya semua...


Sunday, September 4, 2011

mamaLUV.villa: Assalamualaikum RUMAH PENGINAPAN YANG MEMENUHI CIT...

mamaLUV.villa: Assalamualaikum
RUMAH PENGINAPAN YANG MEMENUHI CIT...
: Assalamualaikum RUMAH PENGINAPAN YANG MEMENUHI CITA RASA ANDA Anda inginkan rumah penginapan untuk pendaftaran anak ke pusat pengajian, ...

Selamat Hari Raya Eidul Mubarak


Salam Aidilfitri...minnal Aidin Wal Faizin!!
Mohon Maaf Lahir dan Bathin..

Selamat Hari raya dari Mama sekeluarga!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq