Monday, October 31, 2011

Air tangan orang yang tak solat






AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

By: Nurul Amir

Friday, October 28, 2011

Tip - Limau bali halau Lipas




Limau bali halau lipas

Jika laci penyimpanan barang di dapur anda 'dihuni' lipas, cubalah petua ini.  Keringkan kulit limau bali kemudian letakkan di dalam laci atau almari yg terdapat banyak lipas.  Insya-Allah, lipas tidak akan datang lagi.  Cubalah pasti berkesan.

sumber majalah wanita Bil1 457
kiriman: Nurul Nathrah Lukainni
Taman Desa Tebrau, Johor.


Wednesday, October 19, 2011

DOA SUPAYA JADI RAJIN & TENANG DARIPADA KESEDIHAN




SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENGELAK DARIPADA TERUS BERSEDIH, MENJADI SEORANG YANG RAJIN DAN MENNGELAKKAN DIRI DARIPADA BERHUTANG..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH

hfuhhh... kenapa kaum wanita ini tak boleh.... itu tak boleh??..??







 Image Mr Google

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Tuesday, October 18, 2011

Awas denggi membunuh jom bersih kawasan rumah

Assalamualaikum wbt

Semalam rumah aku dan sekitar rumah jiran2 disembur dengan gas atau ubat nyamuk pencegah denggi. Semua kena tutup pintu dok dalam rumah jer...
Lepas tu pengawai kesihatan datang setiap rumah dan cerita bahaya denggi dan cara2 nak elak denggi...kuncinya kena sentiasa berrsih...

Katanya - tempat nyamuk aedes membiak di luar rumah seperti:-
1) Tayar buruk
2) Tempurung kelapa
3) Botol atau gelas pecah mengandungi air
4) Saluran hujan
5) tempayan, tin2, tangki air
..
..
...
pokoknya segala tempat yg boleh air bertakung kena musnah ...aedes katanya membiak kawasan AIR JERNIH!!!

Jom hati2 dan mari bersih kawasan rumah kita semua...



Buah durian Belanda atau sirsak buah pengubat kanser




Durian belanda Sirsak

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan

Kisah benar buat muslimah yang belum bertudung

Bagi MUSLIMAH yang 'BELUM' bertudung

 gambar hiasan

Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.

Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.

 gambar hiasan

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Sunday, October 16, 2011

Jom jalan jalan cari makan nasi ulam di Kota Baru

Jom makan nasi ulam...

Hehe ni akak bukannya nak tulis resepi tapi nak syoukai (perkenalkan) kedai makan yg boleh dikunjungi seisi keluarga untuk makan tengahari...restoran nasi ulam taman orkid, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan. Dan restoran nasi ulam kg kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Baru, Kelantan.





Macam2 jenis ulam dan masakan tradisional kelantan terdapat disini. Semuanya nampak sedap...tapi nak rekomen masakan ikan keli sambal berlada dan masak asam pedas ikan patin...puhhhfff....sedap  :)
Saturday, October 15, 2011

Demi kesejahteraan diri & Keluarga









ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI.


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Friday, October 14, 2011

Kenapa Charger iPhone aku cepat rosak?

iPhone oh iphone....dok mengeluh manjang jer hari ni.. apa taknya.... tapi nak kata
bukan masalah iphone, iphone okay jer...banyak function yg aku suka dan berpuas hati tetapi yang aku geramnya chager iphone ni!..
nak tahu kenapa??? dah berbelas charger dah rosak dan ditukar...tak tahan lama...sedeyyy:( .  sama le iPad pun...

aku rasa le design charger iphone mmg tak user friendly lah...pengalaman pakai handphone yang lain seperti  nokia dulu taklah rosak chagernya...ok jer sampai sekarang tak pernah2 tukar pun lagi...

Charger iphone ni special sikit, bahagian connection dengan talifon  tu lain sikit. Apa yg berlaku...charger ni rosak bahagian connection tu lah ...tengok gambar bawah tu..


lagi pulak yg mempercepatkan lagi rosaknya charger ni ialah kes anak2 aku yg terlebih pandai...kadang2 mengalah mamanya...dari yg paling besar sampai si bongsu yg paling kecik..suka sangat main iphone dan ipad nih..

Petua Khasiat Kulit Manggis Ratu Segala Buah Atasi Buasir

Assalalmualaikum

Sambungan post semalam...pasal halia bara..dah upload photo camna rupa hali bara?
Sama cam halia biasa gak cuma hitam sikit nampak cam bara api so sbb tu dipanggil hali bara kok...tapi rasanya ekstrak pati hali bara ada dijual dikedai.

Hari nak citer pasal kulit manggis...sebab org dok citer pasal jus manggis (Ratu segala buah)...sebenarnya kita boleh amalkan petua dari khasiat kulit manggis atasi buasir.

Thursday, October 13, 2011

Petua diet halia bara buang lemak berlebihan

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak share apa ye...baru lps habis kemas rumah..
Seperti biasa alahan pada habuk dan debu maka tak senang duduk asyik gatal hidung saja...sesiapa ada petua2 yg boleh hilang alahan resdung dan diamalkan sila share dalam komen yek...

Kebetulan jgk baru lps baca mingguan wanita keluaran terbaru ada cerita ttg petua...tapi petua lain bukan alahan resdung...
Nak share kat sini lah...mana tahu boleh guna utk teman2 dan kawan2 blogger...
Halia Bara

HALIA BARA BUANG LEMAK BERLEBIHAN
Tumbuk empat potong halia bara, sedikit jintan manis dan tiga biji lada hitam sehingga halus. Rendamkan campuran ini dlm segelas air suam. Biarkan selama sejam sebelum ditapis. Amalkan minum setengah gelas pada waktu pagi dan setengah gelas pada waktu petang. Lakukan dua kali seminggu. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.....

Akak akan tulis sambungan pada post akan datang...rahsia kulit manggis
Tungguuuu....





Wednesday, October 12, 2011

Menu hari ini Laksa Terengganu Laksa kuah putih

Assalamualaikum wbt..
Jam 5.30 pagi bangun tidur, spt biasa le kemas2 rumah... solat subuh  & sambung lagi   dengan kerja rutin harian spt masak utk sarapan pagi dan kejutkan anak ke Sekolah. Waktu pagi anak2 lebih suka makan simple jer iaitu roti bakar di sapu margerin dan sekaya/madu.  Kdg2 sekeping roti & sausegge dah ok.  Ank2 mama tak suka mkn berat2  sebab nk cepat... kalau tak sempat masa blh sambung mkn dlm kereta jer kalau setakat roti tu :)

Apa menu tengahari ni? Rasa nak makan laksa kuah putih jer. Laksa kuah putih atau laksa Terengganu kegemaran Batrisya anak bongsu mama. 

Elak tambah berat badan: Diet dengan makan mengikut tempat sesuai

Assalamualaikum wbt


Jangan makan depan kaca televisyen kerana anda akan mengunyah atau makan tanpa menyedari kuantiti makanan yang dimakan. Biasanya kita akan makan makanan seperti keropok kentang, kerepek, ais krim dan coklat...jadi elakkannya.

Jangan makan di meja kerja. Sama juga dengan makan sambil menonton TV kita akan mengambil makanan berlebihan tanpa kita sedari. Keadaan ini bahaya kerana kita tidak memerhatikan apa yang kita makan malah tidak akan tahu berapa banyak dan apa yang kita makan.

Jangan makan di bilik tidur kerana tabiat ini akan cenderung untuk menambah berat badan apabila kita terus tertidur selepas makan.

Jangan makan semasa memandu kerana kita akan mengunyah dengan cepat untuk mengelakkan tangan terlepas dari pegangan stereng dan mata juga penuh tumpuan pada jalan. Oleh itu kita tidak akan melihat makanan yang kita kunyah atau makan.

Jangan makan di dapur iaitu ketika menyediakan makanan ataupun sambil memilih bahan masakan dari peti ais. Tabiat ini akan menyebabkan kita makan tanpa disedari.

Makan bersama keluarga sambil duduk dimeja makan dan nikmati makanan yang kita makan.


Tuesday, October 11, 2011

Istirehat untuk mengasah minda: Penebang pokok dan kapak tumpul

Al-kisah pada zaman dahulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutan. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan. Penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin, demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kpdnya.
Penebang pokok dan kapak tumpul

Ketika mula bekerja, majikannya memberi sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yg perlu dilakukan dalam masa yg ditentukan. Hari pertama bekerja, dia berjaya menebangkan 8 batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasilnya sangat baik, majikannya memberikan pujian kpdnya. "Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sptmu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu.", kata majikannya. Pujiaan daripada majikannya itu memberikannya motivasi utk terus melaksanakan kerjanya.




Pada keesokkan harinya penebang itu bekerja lebih keras lagi. Tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan 7 batang pokok sahaja. Hari ketiga pula dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangkanya. "Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggung-jawab kepada majikanku?", fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi. Majikan itu bertanya kepadanya, "Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?",tanya majikanya. "Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga", kata penebang itu. "Nah! disini masalahnya. Ingat hari pertama kamu kerja dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil yang luar biasa." Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. "Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum." Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!", Perintah majikan. Sambil menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Moral: Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirehat bukan bererti berhenti, tetapi perlu untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Berhenti sejenak untuk muhasabah diri dan membaca agar dapat ilmu serta mengasah minda kita untuk terus berjaya!!

Sumber: Tazkirah Remaja oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh

Monday, October 10, 2011

Tips jaga pemakanan - diet melalui pemakanan seimbang

image Mr. google

Assalamualaikum wbt
Post hari minggu...aktiviti untuk semua hari cuti...keluar makan.. kalau tak pun makan kenduri....
Bercakap ttg makan maka akak nak post hari ni berkenaan tips tips jaga pemakanan.... (bab pemakanan lagi.. hehe)

(post terdahulu berkenaan diet pemakanan)

1) Makan paling banyak bijirin dan hasil bijirin kerana ada sekam yg elok utk usus - cth: roti, oat, jagung dan capati (capati tiada minyak...roti canai banyak minyak...)
Saturday, October 8, 2011

Baby kuning, masih di tahan ward

Assalamualaikum wbrkt

Kemarin  kami sefamily balik rumah mak mertua, tengok adik ipar.. Jah bersalin, dalam kete dok exciterd tak sabar nak tengok baby.. tapi rupanya baby masih lagi di ward H.U.S.M Kubang Kerian disebabkan kuningnya tinggi, ingatkan dah balik .  tapi Jah dah balik rumah pun.  Pagi tadi masa breakfast  bgtau le mak nak ikut jugak le pergi hospital...  blh gak jalan2 KB.. hehe..

amboi jah... panjang langkah tu Jah.. rapat2 sikit.. hehe

 Jah kena naik kete sorong ni jah.. jauh lagi ni...  ahh lega ada pun (dlm hati Jah.. ;) )
Friday, October 7, 2011

Perjalanan ke Songkla - Pasar Terapung Hatyai pasar perahu yang unik 2

Assalamualaikum...

Hari ni akak nak sambung cerita perjalan ke Songkla...selepas penat jalan2 sekitar Hatyai/Songkla kami di bawa ke Pasar Terapung Hatyai. Pasar terapung ni memang unik kerana semua peniaga menggunakan perahu. Setiap perahu ada berbeza makanan atau juadah yang dijual...kalau masakan panas tu siap masak atas perahu lagi...ramai betul pengunjung yang tak putus2 kesini...yang berniaga ni bukan aja makcik atau pakcik tapi ada anak2 dara yang cantik dengan pakaian traditional Thai yang memikat pengunjung... bermacam aneka ragam..satu keunikan yang ada peniaga berperahu ni akan hulur makanan/barang niaga  kepada pembeli yang melalui jejantas atau jambatan persisir air dari perahu mereka dengan menggunakan galah panjang.
Pembeli akan letakkan wang bayaran kedalam galah yang hujungnya ada bakul dan ambil makanan yang dibeli. Duit baki dupulangkan cara yang sama...sungguh unik..:)
Pelancong yang kesana enjoy beristirehat sambil nikmati permandangan sungai, makan, dan santai...berbas2 pengunjung yang datang....
Thursday, October 6, 2011

Bayi comel telah di lahirkan ke dunia....




Assalamualaikum..

Kalau sebelum ni post akak berkenaan kes buang bayi yang di campak dari bangunan, sekarang nak sharekan gambar bayi yang baru di lahirkan ni pada 04.10.2011 pada  jam 6.30 a.m di HUSM, Kubang Kerian.  Nama tak tau lagi.. balik  kpg petang ni baru boleh risik2.. hehe...


comel kan.. kulitnya yang putih mulus.. siapa yang tak geram.... kalau nak tau siapa ibunya... 
..
..
..

Inilah dia Azizah Ibrahim iaitu adik ipar akak.. yang comel dan lemah lembut orangnya.



Kes baling bayi dari bangunan yang tinggi

Assalamualaikum wbrkt.

Pagi-pagi lagi hati dah rasa hiba sangat bila bukak facebook, apa yg terpandang yang betul2 menyakitkan hati ni apabila melihat sekujur badan yang kecil dan comel di campak dari bangunan yang tinggi. air mata mengalir dan terbayangkan kesakitan yang di alami anak kecil tersebut, takde perikemanusiaan org yang melakukan perbuatan yang terkutuk tu!. Dah tau buat pandai2 le ambil tanggungjawab.. ni tidak... dibuang seperti sampah.. lagikan binatang sayangkan anak, ini kan pula makhluk yang bergelar manusia, manusia apakah orang yang seperti ni.. durjana!


Dan.. inilah rupa fizikal bayi yang di campak tu.. ngeri sekali!

Perjalanan ke Songkla - Makan makan di Songkla Thailand

Assalamualaikum wbt..

Sambungan perjalan ke Songkla post semalam.
Semalam akak ada tulis berkenaan peristiwa masjid Kerisek Pattani.
Dalam perjalan dari melalui Rantau Panjang Kelantan, singgah solat subuh di Masjid Beijing Rantau Panjang sebelum masuk post imigresen Rantau Panjang menuju ke Pekan Naratiwat dan akhir sekali Bandar Hatyai di Songkhla.
Masjid Beijing Rantau Panjang
Dari post Kastam Rantau Panjang naik van perlancongan sebelah sana...cantik van nya boleh naik dalam 10 orang...selesa....dari sana perjalanan lebih kurang 4 jam ke Hatyai.
Van pelancong dari post imigresen Rantau panjang ke Hatyai

Wednesday, October 5, 2011

Perjalanan ke Songkla - Trajedi berdarah serangan di Masjid Kerisek (Kru Se Mosquse)

Assalamualaikum wbt...

Alfatihah……….!!!
Serangan berdarah...peristiwa menyayat hati...
Lima tahun telah berlalu, peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai dalam masjid Kerisik (Kru Se mosque) oleh tentera penjajah Thai. Peristiwa sedih penyembelihan kejam ini berlaku pada pagi 28hb April 2004 di masjid Kerisik.

Kesan tembakan

Masjid Kerisik-tempat bersejarah


Masjid Kerisik ini merupakan sebuah masjid tinggalan kerajaan Melayu Patani dizaman kegemilangan nya (1853) yang terletak di daerah Pattani, Thailand. Pada 28 april 2004, seramai 32 anak-anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun dan 80 jemaah lain telah gugur syahid sebagai korban menandakan bermulanya dan bersemarak semula kebangkitan perjuangan pembebasan rakyat patani. Mereka di bunuh tanpa senjata oleh tentera penjajah Thai dengan perentah yang datang dari istana raja Thai melalui General Panlop Pinmanee. Walaupun General Chaovalit memerentahkan supaya tentera hanya mengepung dan berunding dengan pemuda-pemuda tersebut, tetapi mereka engkar dan dengan kejam sekali membunuh pemuda-pemuda tersebut dengan menggunakan berbagai jenis senjata termasuk senjata berat dan helicopter dalam pertempuran selama lebih 7 jam.


Hubby sempat solat dalam masjid ni...

Sumber rujukan fakta: Wikipedia (gambar di ambil masa perjalan ke Songkla)

Semoga perjuangan mereka diberkati dan Patani akan aman....




nnt next post akak akan tulis berkenaan pasar terapong di Songkla...tunggu:)

Jom bercuti ke Pulau Redang


Assalamualaikum wbrkt dan salam sejahtera.

Kat bawah ni semua gambar percutian adik lelaki, Che ku Mohd Ridhuan dan rakan2nya ke Pulau Redang pada minggu yang lepas iaitu pd akhir bulan september 2011.  Woww seronok kan tengok gambar2 ni.. rasa tak sabar nak join. hehe. tapi adik lelaki dah buat rancangan nak buat family day trip kat sana pada tahun depan sbb skrg dah tak  boleh, laut bergelora.  Mintak2 mama pun boleh join... sebab schedule hubby mama ni selalu full.  setiap masuk weekends mesti terbang mana2.   
jelesnya main dengan anak2 ikan.. kalau dapat di anak mama, si syahmi ni maunya ikan tu terus di tangkap masuk akuarium... ahak2..

 
amboi Wafi.. hensem nya anak sedaraku ni.  nanti balik hitam lah ya.. hehe

posing habis 2 beranak ni






Adina kecik2 dah pergi Pulau ya.. che long tak sampai sampai pun  lagi.. asyik2 nak tunggu baby besar le.. bila dah besar sambung lagi dapat baby baru.. baby baru dah besar ni hehe dah takde alasan lagi dah... habis musim tengkujuh mesti nak pergi jugak! yankk nak pergi jugakkk... anak2 dah besar ni.. hehe.. alasan best tu!


sian si adik kecik kena tinggal kat rumah ya.. nasib baik pergi kejap jer.. dari kul 8 pagi hingga 3 tgh.. kira pergi mandi manda je.. tu pun dah kehitaman 3 beradik ni.. hahaha.

amboi.. roti tu untuk si ikan2 ke atau si bapak duyung... haha

comel nyaa... geram betul le tgk air yg jernih dengan dikelilingi ikan yang jinak giler tu!

hai si ikan.. nak roti?.. meh22 datang sini.. ada sikit lagi ni.. jangan berebut ya...


Utk maklumat perjalanan:

Dari  mamaLUV.Villa 
  • ke Jeti Merang adalah selama 15 minit.
  • dari jeti ke Pulau Redang pula  45 minit. Feri lambat sikit tapi kalau bot ni  laju le sikit , awal dlm 10- minit gitu le.
  • Bayaran bot : RM 500 untuk 10 org  satu bot.  Kiranya RM50 sekepala.  Biasanya kira satu bot. Kalau ramai sangat boleh naik feri jer.  satu feri RM1500 boleh muat dalam dlm 35 org.
  • Makanan di sarankan beli le di luar, jangan beli kat sana.. mahal loo.  harga kira double.
Okay itu ajer untuk kali ini pasal percutian lagi.. hehe asyik2 percutian jer kan.. alaa.. santai2 bersama family lari dari tekanan luar dan bebanan kerja  hari2. ni le masanya nak pergi  bercuti bawak anak isteri.  hilang stress tengok laut.

sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq