Tuesday, November 29, 2011

Keretapi public transport terbaik ketika melancong di Jepun

Assalamualaikum

Hari ni mama nak post berkenaan keretapi di Jepun. Ramai yang tanya mama ketika melancong ke Jepun better guna public transport samada keretapi atau teksi?

Menjawab jugak soalan adik mama blogger Ciku yang kegemarannya adalah budget travel berkenaan persediaan beliau utk travel ke Kyoto, Jepun. Ciku ada tanya dari airport Kansai (Osaka) ke Kyoto apa yg patut beliau guna? Keretapi atau Teksi??

Bagi mama, keretapi adalah the best public transport di Jepun. Dgn perkhidmatan yang cekap serta tepat kita boleh plan waktu perjalanan..'Alu lewat sikit alamaknya ambil next train lah jawabnya..kita tak blh lewat seminit pun..on time jalan:)

Dari Kansai yang paling mudah kita pergi kut Nanba Station transit situ dulu. Dari Kansai guna rapid express train ke Nanba station. Sampai nanba station terus jalan keluar (jalan dalam 5 minit) ke exit 14-25 ambil Osaka Shi EiGodoukin Line (JR line) menuju ke Shin-Osaka station. Perjalan ambil masa 15 minit yg akan melalui 7 station sblm sampai Shin-Osaka station. Pastu ambil JR shinkansen kodama (bullet train jenis kodama) menuju ke kyoto yg ambil masa 14 minit. Maka sampailah Ciku di Kyoto station yg total masa perjalanan lbh kurang 1jam 29 minit dgn kos Yen4,190 (RM160 lebih kurang jer tu)

Mama rasa cukup jelas dah tu tp kalau ada masalah bila sampai Kansai ada kaunter pertanyaan boleh ambil map keretapi yg menyatakan line serta stationnya sekali.

Mama cadangkan jalan2 dulu kat Nanba sbb situpun bagus utk shopping dan window shopping:)

Mama rasa keretapi yg termurah, senang dan selesa...selamat mengembara Ciku
Monday, November 28, 2011

Percutian di homestay... rehatkan badan & minda

Assalamualaikum wbrkt

Kelmarin nak buat entry ni tp dok sibuk belajar ngan hubby pasal akcess post ke smarphone. so sekarang baru le berpeluang buat entry panjang siket bila semua anak dah tidur.

Sekarang ada di Padang Nenas, K.Trg. di homestay mama.. nasib baik kebetulan takde penyewa dalam 2 minggu ni, sebab 2 hari lepas baru keluar penyewa mama yg juga kawan baik mama dari Perlis selama 4 hari sbb nak melawat anaknya pergi Jambori di Telaga Batin tempoh hari. Mama balik kpg ni (Kuala Terengganu) ni pun memang tak rancang pun.. sebab dah planning nak balik 2.3 hari lagi.. sebab hubby nak pergi ke Japan esok pagi selama seminggu.  

okay mama hanya nak postkan gambar2 otw sepanjang ke mamaLUV.Villa.  .. jom layang gambar

kampung Merchang di sepanjang jalan ni ada jual  jagung bakar dan rebus, rakan2 yg dari KL ke KTrg boleh le singgah beli banyak2 ;)



sedap...
Sunday, November 27, 2011

Setiap malam sebelum tidur Risya dirawat

Assalamualaikum
Dah jadi rutin...setiap malam sebelum tidur pasti Risya datang bila lihat mama pegang alat rawatan asma nya...

Risya jom mama kasi ubat.. kena bernafas sebanyak 8 kali yaa..risya bernafas melalui haller penyedut tanpa membantah...senang jer hati mama...;), sampai jer kiraan yg ke 8 terus Risya ngan segara cakap habis dah...

Slps tu Risya akan tidur...seharian letih bermain dgn kak Basma. Makan laksam kegemarannya...nak tidur tadi sempat makan satay jgk...kadang2 suka lihat telatah Risya dgn bak2 makan makan nih..dia sensitif sikit kalau apa yg dia nak makan kita halang ..dalam ramai2 anak mama dia ni le yang paling mudah & laju bawa pinggan bila nak makan... yg lain lambat sebabnya kerana sayang nak tinggal tv, game, laptop. ehmm...

Risya...Senangnya hati mama tgk makan banyak2 ya... , makan le selagi berselera  :)

Gurauan Johan yang melampaui batas & kurang sopan

Assalamualaikum..




Mama rasa ramai pembaca di sini yang ada menonton Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.  Perasan tak gurauan Johan yg biadap, mama memang perasan dan terkejut jugak le ngan gurauan Johan tu tp senyap gitu jer.  takde terpikir pun nak buat post ttg topik ni, tapi bila ternampak dalam entry LULU-pages... rupanya ada  berlaku konflik senyap di belakang tabir dengan peristiwa tersebut....kerana mulutlah badan binasa...untuk berita selanjutnya boleh melawat di lulu-pages ..


Monsoon Cup 2011 Pulau Duyong masuk percuma

Last day monsoon cup hari ni...

Nak sampai ke Pulau Duyong ni  punyalah  jammed  jalannya.. bukan tu jer.. kebetulan pulak datang ni  hujan pula dah mula turun dengan lebat...tak sangka jgk masa turun dari rumah tadi cuaca panas jer...memang elok bawa anak bersiar2 jer..

Testing post ke mamaLUV melalui iPhone

Face Cam

Seminggu berlalu...Afiq?

Assalamualaikum wbrk

Seminggu sudah berlalu majlis berkhatam ramai2...Afiq sudah boleh berjalan keluar rumah.. dah boleh pakai seluar...hihi.  Bila dah bleh pakai seluar tu tersengih manjang le plak.. tak lama beberapa minit jer tut22 dah start mula membuli adik.... amboi22.. bila dah rasa segar sikit mule le nak jadi hero pulak ya dlm rumah ni.

p/s : Ni masih bertesting lagi buat post mamaLUV melalui smartphone... hehe.. dah berapa banyak post daaa hari ni... :)))) ...

Tips blog senang akses dari mobile phone

Assalamualaikum wbrk

Mama baru tahu hari ni rupanya bila try ubah setting kat dashboard blog mama..yg tak tau selama ni.. nak tahu apa dia?? ... ok le nak bagitau ni...Cara2 nak buat blog kita mudah atau laju akses melalui handphone...


Caranya senang jer... ikut seperti gambar di bawah yg ...
kalau nak try... cuba aksess mamaluv melalui smartphone anda..pasti designnya lain dari yg ada kat PC...selamat mencuba ya:)

Nasi kerabu popular Jalan Padang Nanas UMT-UNISZA

Assalamualaikum dan selamat pagi

Nasik Kerabu Ayam Bakar

Rakan2 makan apa ya pagi ni?? Jom jalan jalan cari makan...nasi kerabu popular Jalan Padang Nanas UMT-UNISZA...  :) Mama sekeluarga hari ni bercuti di kampung Terengganu kat rumah Padang Nanas...lama tak makan nasi kerabu...

Jambatan Bukit Kuang ....bahaya. Bila mahu siap?

Assalamualaikum

Semalam Sabtu cuti, Jalan Bukit Kuang terutamanya jambatan menuju ke Bandar Chukai , Kemaman nampak sedikit lenggang. Kalau hari biasa jangan harap le nak cepat kalau lalu ikut jalan tu, kalau dari chukai tu nak ke kijal kalau waktu kemuncak waktu pagi org nak pegi kerja dan waktu blk office maunya hampir 40 minit gak nak sampai...rasa cam kat KL plak jalannya...jammed tak bergerak tambah2 musim hujan begini... Bila mahu siap jambatan ni..? mahu setahun lagi nih...Sabau jer lah...:( .  Memang kesiannya le pengguna yg setiap hari berulang alik melalui jalan tu.

Saturday, November 26, 2011

Salam maal hijrah 1433H

Assalamualaikum
Photo auc dot Com Mr Google

Salam maal hijrah buat semua blogger dan pembaca:)
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Thanks Mr Google - Gambar pinjam dari Islam.Com

Hotel murah di Osaka

Assalamualaikum

Ada pertanyaan buat mama ttg hotel di Osaka. Hotel murah di area Osaka, Kyoto dan Nagoya kat mana? Mungkin ada terbaca ttg post mama sebelum ni ttg Kyoto....kerana Kyoto ni bandar lama Jepun dan banyak tempat menarik yang boleh kita ziarah. Bila ada pertanyaan ttg hotel yang murah melalui shoutbox mama...mama lebih senang jawab ikut post ni...semoga dapat membantu yaa:)

Hotel di Jepun, bukan hanya Osaka dan Tokyo mahupun tempat2 lain semuanya mahal2 belaka. Lainlah kalau Bandung boleh dapat bawah RM100 tapi kat Jepun nak cari yang paling murah pun boleh dapat sekitar RM200 semalam...cuma kena rajin cari jer:) Kalau cari ikut Agoda.com ataupun Trip Advisor atau booking.com banyak hotel murah yang boleh di booking awal sesuai dengan planning kita.
Chisun Inn Osaka

Friday, November 25, 2011

Tips menghadapi banjir dari PDRM kontijen Terengganu

Assalamulaiakum
Post musim hujan berkenaan banjir...Tips menghadapi banjir dari PDRM kontijen Terengganu (boleh klik link web PDRM utk maklumat lanjut yee)



Semasa Banjir - di luar rumah
1) Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2) Elakkan melalui kawasan banjir – arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
3) Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan yang dilanda banjir.
4) Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5) Awasi anak-anak dan jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6) Jaga kesihatan – masak makanan dengan sempurna dan minum air bersih.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan
1) Jangan mengharungi kawasan banjir untuk balik ke rumah atau ke mana-mana.
2) Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia di situ. Pergi ke tempat yang selamat dan dapatkan bantuan.

Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
1) Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
2) Berpindah awal sebelum air banjir semakin meningkat atau semasa waktu masih siang. Pemindahan awal akan lebih mudah dan selamat.
3) Ikut laluan yang ditentukan atau laluan yang anda mahir - laluan pintas mungkin tidak sesuai  digunakan pada waktu itu.

Sumber: Web Tips menghadapi banjir dari PDRM kontijen Terengganu


 

Musin banjir datang lagi

Assalamualaikum..

Hujan tak berhenti mencurah2 dari pagi sampai ke malam....kain dan bertimbun tak kering2...petanda musim banjir datang lagi...Bila hujan seharian segala kerja jadi perlahan...tapi setengah2 orang musim banjir ni punca rezeki...ada pulak cam pesta dan ada pulak yang tak suka musim banjir ni...apa2 pun kena hati2...jangan leka nanti jadi bencana yang teruk pula...jaga kanak2 sbb yg suka biasanya budak2...share post keratan akbar ttg banjir di Terengganu kat bawah.....


KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah petang ini berbanding pagi tadi. Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad, berkata jumlah mangsa terkini ialah 1,406 orang berbanding 1,439 orang pagi tadi. "Seramai 33 orang mangsa di daerah Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini setelah air hujan yang melimpah surut di kawasan berkenaan," katanya.
Thursday, November 24, 2011

Tips SEO tambah traffik ke Blog Free

Teknik SEO ataupun Search Engine Optimization bantu tarik traffik ke blog kita secara FREE jer. hanya dengan kata kekunci ataupun keywords yang sesuai...blog kita akan disenaraikan dalam carta search enjin bila ada yang buat pencariaan. Semalam mama buat post berkenaan teknik NUFFNANG INNIT untuk tarik traffik. Dan kalu diamalkan sekali dengan yang ini bertambah2 lah traffik ke blog kita.

Bagaimana timbul idea teknik SEO ini? Sebenarnya mama dah pun buat/amalkan dalam post mama sebelum ni sebab tulah banyak traffik ke mamaluv.com ni melalui search enjin google.com. Seminggu carian ikut google dalam 600-800 klik average. kira oklah sebagai blogger muda cam mama ni.


Wednesday, November 23, 2011

Tips teknik rahsia nuffnang innit jana traffik

Assalamualaikum

Hari ni mama nak share pasal tips nuffnang innit.
Yang dah selalu guna bolehlah share tips tambahan kat comment ya...semoga dapat membantu sesame kita...

Teknik nuffnang innit merupakan salah satu cara nak tarik traffik ke blog...
Innit nuffnang di ibaratkan sebagai taman permainan blogger....
Teknik ini ramai sedar namun tidak melakukannya, dan merupakan Teknik Menarik untuk dicuba...

Syarat untuk menyertai innit ini anda perlu ada akaun nuffnang dan nuffnang anda berstatus Glitterati.

Nuffnang Innit

Tuesday, November 22, 2011

Tips untuk hilangkan STRESS

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi semua pembaca mamaLUV.Com
Apa khabar hari ni, harap semua sihat insyaAllah.


Hari ni mama nak share tips yang mama kumpulkan dari bacaan mama dari majalah dan juga internet. Iaitu tips nak atasi atau kurangkan stress. So marilah kita sama2 amalkan insyaAllah mujarab.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup atau stress.

Sentiasa amalkan perkara berikut:-

1) Biasakan diri kita berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi lebih tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Kerja yang susah insyaAllah akan menjadi lebih senang dan mudah diselesaikan.

Monday, November 21, 2011

Rahsia air apabila dibaca ayat suci

Adakah anda berfikir bahawa hanya manusia saja yang boleh menunjukan perasaan? Korang tahu tak sebenarnya air juga mempunyai perasaan.


Jawapannya, ia air mempunyai perasaan dimana Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.


Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.
Saturday, November 19, 2011

Acara kemuncak - Acara bersunat ramai2

Assalamualaikum semua

Hari ni sabtu, 19 Nov 2011 merupakan hari bersejarah bagi anak kedua mama...Rifqi Shafiq. Semalam acaran berarak dan mandi beramai2 manakala hari ni merupakan kemuncaknya iaitu majlis bersunat ramai2 di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman.
Bermula jam 8 pagi lagi tapi Afiq bangun awal sempat lagi main play station sambil makan nasik lemak...iya lah lps ni dah tak boleh makan ikut sedap jer..kenalah pantang sedikit baru cepat sembuh....

Program Multi Level Nuffnang FREE tapi jana income

-----Jom sertai Program Multi Level Nuffnang-----


1) Program ni terbuka kepada semua blogger yang mahu tambah pendapatan secara sistematik melalui nuffnang. Tanpa paksaan sama sekali tapi yang penting semua JUJUR dan IKHLAS untuk membantu sama lain.

2) Program ini senang saje dengan syarat mestilah ikut step arahan yang diberikan.

3) Blogger yang hendak sertai program ini ikut arahan berikut: PERTAMA: klik 3 link blog kawan blogger dibawah dan KLIK satu daripada IKLAN NUFFNANG DI BLOG MEREKA (Follow Blog mereka sekali):


4) KEDUA: COPY DAN PASTE POST INI DALAM NEW POST blog anda.

5) KETIGA: DELETE peserta blog yang menduduki tangga ketiga iaitu (c). Peserta blog ditangga kedua iaitu (b) jadikan (c). Dan peserta blog ditangga pertama iaitu (a) jadikan (b). Masukkan nama blog anda di tangga (a) dengan linknya sekali. Dan setelah selesai EDIT, post NEW POST ini.

6) Tagkan post ini kepada 5 orang kawan blogger yang tiada dalam list blog di atas yang anda mahukan mereka juga sertai program Multi Level Nuffnang ini. Anda juga boleh tinggalkan message di shout box rakan blogger untuk sertai program mudah ini.

7) Anda akan lihat perubahan dalam akaun Nuffnang anda dengan syarat anda MESTI JUJUR dan ikut setiap arahan yang diberikan di atas.

SELAMAT MENCUBA!!! 
MARILAH BANTU SESAMA BLOGGER!!!


Friday, November 18, 2011

Kenangan abadi upacara adat - Majlis perarakan berkhatam ramai-ramai dan bersunat

 

Assalamualaikum wbtk..


Semalaman mama dok sibuk buat pulut kuning ngan telor merah 10 biji seperti yang di kehendaki oleh pihak penganjur.. (pulut semangat utk di bawa semasa perarakan esokkan hari)
Utk buat telur merah tu mmg jenuh jugaklah nak warnakan nak kasi betul2 melekat warna merah tu. hihi kelakar..  dok golek2 beberapa kali jugak sampai le menjadi... okayssss puas hati.   telur merah ni tujuannya cuma nak  naikkan semangat pulut kuning je  tadi...pastu proses wak pulut kuning atau kata org Terengganu ni nasi kunyit.  berjam2 jugak le nak kukus hingga masak.. pastu nak kena angkat balik dan gaul ngan pati santan yg tlh di gaul ngn garam.gula.


 

Tuesday, November 15, 2011

Buat apa hari ni? Berbekam....resdung

Assalamualaikum wbt

Buat apa hari ni???

Tak tahan resdungggg!!!!
Gambar hiasan kaedah berbekam di muka

nak cuba jgk...berbekam kat muka boleh hilangkan resdung..
begitulah info yang mama dapat dari kawan mama...katanya berbekam boleh kurangkan masalah resdung...apa lagi mama meng 'surf' internet tengok kelebihan berbekam...
mmg banyak kelebihannya.. cam post mama yg sebelum ni..disini..
jam 8 pagi call klinik berbekam buat temu janji untuk mama dan juga hubby pagi utk buat rawatan.. hubby buat bahagian setiap sendi untuk hilangkan lenguh2, angin dsb nya.
So hari ni hari berbekam kami berdua... lepas siap tu terus pandang cermin Ya Allah.. mana rupa aku ni??.. dah jadi separuh mutan.. bhg muka  lebih tertumpu kepada mata so point nya atas sepanjang bulu kening.. manakala atas hidung pula 3 cup.. so memang kalau sesapa tengok pasti terkejut, org yg terngok tu dalam hati diorg ni .. ish.. kena dera di suami agaknya ni lebam2.. haha... (bulan depan niat nak buat lagi... rasa lega le hidung dan mata ni.  kalau tak pagi2 dah bersin setiap kali masuk toilet.

Nak tahu resultnya tunggu selepas sebulan nanti mama akan buat post ttg kesannya...


 Sebulan Selepas itu.......

Sebulan selepas.... tak menjadi jugak.. makan masih lagi kena berpantang.

Entry mamaLUV Resdung:

  1. Merawat resdung
  2. tip-mengurangkan-gejala-resdung.html
  3. merawat-resdung-syafik-rokok-resdung.html
  4. no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;(  
  5. resdungku-dah-99-sembuh-syukur-kepada.html





Sunday, November 13, 2011

Zikir Harian





Zikir Harian

JUMAAT : YA ALLAH

Allah akan memberi ketenangan kepada hati orang yang membacanya.
 
SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH

Allah akan hampir kepada kita dan memberi segala kebaikan kepada kita.

Saturday, November 12, 2011

Tips melancung ke Jepun - Nagoya Castle, Noritake no Mori, Nagashima Spa Land, Suzuka Circuit, Mikimoto Pulau Mutiara





Assalamualaikum

Hari ni mama nak share berkenaan tempat yang best dilawati di Jepun. Mama rasa ramai yang nak pergi Jepun tapi masih ragu2 nak buat travel plan kesana...maklumlah dengar bahasa jepun pun dah tak nak pergi...nnt tak faham...tapi buat pengentahuaan semua, sekarang ni travel naik train senang dah sana sbb ada dwi bahasa dan tulisan pun ada bahasa english sama cam korea gak...
mama dulu 6 tahun kat sana...masa kesana basic bahasa Jepun zero...tapi alhamdulillah sepanjang disana belajar dengan anak2 boleh lah cakap jgk:)
Nagoya Station

Sekarang nak kesana senang sebab air asia (AA) dah ada...boleh ke Tokyo atau Osaka (Kansai)...ke kansai airport tadi tengok ada sale RM229 promosi (ekonomi)..
Boleh cuba surf kat web air asia...


Sekarang ni musim luruh dan nnt musim sejuk (bln 12,1,2) dan lepas tu masuk musim bunga bulan 3 dan 4 (sakura awal bulan 4)...nak plan trip tu boleh buat dari sekarang yaa....tapi kena tahu kemana dulu nak pergi....betul tak?
Yamazakigawa Sakura

Mama dulu di Mie Prefecture dekat dengan Nagoya, Osaka, Kobe dan Kyoto...
So mama nak rekomen kawasan yang berdekatan area ni dulu...last post dah tulis tentang KINKAKU JI - Gold Temple Kyoto...boleh baca post tu:)
Bagi yang ambil air asia ke Osaka (kansai airport) boleh cari hotel di samada Osaka ataupun Nagoya...senang nak access ke tempat yang mama nak cerita nnt...
Friday, November 11, 2011

Dari dapur mamaLUV Kitchen Corner blog




Assalamualaikum

Hari ni banyak waktu boleh dok depan PC....anak2 tak kacau mama kerana abang2nya cuti sekolah...ramai yang layan adik2 main so mama bolehlah update blog dan...

Hari ni mama siapkan satu blog asing utk resepi dari dapur mama...insyaAllah mama akan update segala resepi lewat blog mamaLUV Kitchen...
kawan2 blogger bolehlah exchange link blog baru mama ni ya...
senang satu blog fokus resepi jer... blog mamaluv ni mama fokus isu jalan2...travell dan tempat2 menarik termasuk tips2 yang boleh mama kongsi bersama...

Mama harap kawan semua boleh jenguk dapur baru mama tu yer...
kalau sudi followlah sekali yer:)

Omedetou! Tahniah untuk baby baru lahir 11.11.11

Assalamualaikum

Apa kabar semua hari ni...hari ni jumaat 11 November 2011 iaitu 11.11.11.
Ramai yg nanti hari ni dan ramai yg berharap nak dapat tuah dengan angka ini.
Tapi mama harap apa2 pun jangan sampai ada kepercayaan khurafat yg boleh memesongkan akidah kita...dengan percaya tuah angka 111111 ni:)

Walaubagaimana pun ramai ibu2 atau bapa2 mahukan anak yg bakal dilahirkan, lahir pada 11.11.11....bukannya apa senang nak ingat tarikh lahir tu hehee:)

Jadi mama nak ucapkan OMEDETOU (bahasa Jepun) dan TAHNIAH kepada IBU yang melahirkan baby mereka dengan selamat pada hari ini. Semuga murah rezeki dan jadikan anak yang soleh atau solehah...amin.

Hati-hati bila bawa anak naik eskalator


Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.

Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.

Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber: FB share mood
Kesahihan berita dan sebab mama tak buat kajian detail tapi better tahu agar lebih hati2...

Thursday, November 10, 2011

Batrisya di serang asma dan batuk2

Assalamualaikum

Kesian Isya dah dekat 2 minggu tak sihat...:(
selepas balik mandi pantai kat Kijal hari tu terus demam..
baik jer demam sakit perut plak sebab kurang selera makan so perut masuk angin..
Isya ni biasanya bak makan dia nombor satu , mama dok dapur dia le org pertama menadah pinggan. tu le bila time sakit taknak makan sedey gak tengok. Isya ni juga tak le cerewet cam kakaknya Basma yang sememangnya payah nak makan..., masak le apa2 menu yg best menu roti jugak yg dia nak.

Monday, November 7, 2011

Anak mama pun sudah ada blog sendiri - milo sejuk blog

Asalamualaikum wbt
Masih lagi mood hari raya...raya kedua aidiladha raya di homestay kami di mamaluv.Villa Kuala Terengganu dan esok cuti abis...balik ke Kemaman.


Anak sulung mama Syaidi (nama manja Idiey) sibuk dok update blog "milo sejuk" dia...seperti biasa kalau cuti dan balik dari asrama dia akan update blog dia...ada aja cerita yang dia letak dalam blog...sekali sekala ada jgk yg ditanya cara nak update HTML code dan sebagainya... cepat sungguh dia belajoo...hinggakan mama rasa dia lagi advance dari mama...

Tapi seronok jgk bila ada lapang...mama selalu blogwalking tengok perubahan dan update post terbaru yg dia tulis...terasa terhibur pun ada:)

Raya korban semua menu daging - daging pachok

Assalamualaikum wbt
Salam Eidul Adha buat semua pembaca mama ucapkan..

Raya pertama telah melabuhkan tirainya...penat reaya tak hilang lagi..
terasa nak update blog sambil baca2 news kat internet...sambil tu jgk jengok FB sekali:)

Raya hari ni sibuk dengan aneka juadah..semua menu pasti ada daging...maklumlah daging korban (reebang kata org Terengganu). Mak mertua masuk korban 2 bahagian lembu.
Lepas dibagi2kan daging korban pada org sekitar kampung kami pun sibuk lah dengan siapkan juadah resepi ala daging mendaging nih...ada yang buat rendang, buat sup, buat daging masak merah, daging pachok (daging panggang) dan lain-lain. Ayah mertua sibuk dengan menyiapkan usus lembu...katanya buat rebus dan makan dengan air asam...sedap jer bunyinya...pastinya semua ber"LEMAK"........

Daging Pachok (panggang)
p/s: Daging Pachok: Daging hanya digaul garam dan kunyit lalu dibakar sehingga masak.

Berlemaklah nampaknya hari ni dan hari2 seterusnya dengan daging...menu daging sudah pasti kerana bulan2 raya haji ni memamang musimnya...

Mama nasihatkan untuk semua termasuk diri mama sendiri....hati2 makan daging dan lemak tu...sebab daging harus dikurangkan selari dengan faktor usia semakin meningkat..amalkan makan ikan banyak2 okay...tapi musim tengkujuh ni payah la pulak ikan..ikan mahal pulak tu:(

Banyakkan minumn jus fresh oren atau jus lain yang ada banyak vitamin C bila ambil daging....agar sistem penghadaman kita terjaga...sekadar berkongsi dan amalkan yaa ...hehe:)


Selamat hari raya dan selamat menjamu selera dari mama sekeluarga:)
Maaf zahir dan batin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq