Wednesday, December 28, 2011

Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

Cerita bergambar yang mama dapat dari facebook. Mama sharekan balik kat blog ini buat tatapan semua. Semoga kita dapat berdoa pada Allah semoga kita semua di lindungi olehNya dari sebarang bencana..Amin!!!

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

 Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

Kekuasan Allah...jalan pantai Dungun akan tenggelam bagai terkena Tsunami?

Sumber dari: ceritamamat




Monday, December 26, 2011

Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup

Gambar hiasan
MEULABOH- Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai maut dalam tsunami yang menyerang Indonesia lapan tahun lalu kembali semula ke rumahnya di perkampungan kecil di Aceh Barat dalam keadaan selamat.

Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mary Yuranda kini 14 tahun, baru berusia lapan tahun ketika gelombang tsunami melanda perkampungan Ujong Baroh pada 26 Disember 2004.
Tsunami Aceh 2004

Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu.

Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali.

Bagaimanapun, Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru.

Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri. Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya.

“Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim,” kata pemandu teksi berkenaan.

Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary.

Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun.

“Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya.

“Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya,” katanya.

Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh.

Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya.– Agensi/AFP

Saturday, December 24, 2011

Penggunaan "MasyaAllah"



Salam sahabatku,

Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.

Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.

Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).

Sekian.

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!
sumber : http://www.zakiyusof.com

Thursday, December 22, 2011

bercuti di sunway pyramid & i City




Assalamualaikum

Enty ni hanya entry bergambar jer... cuma nak komplen skek pasal sunway pyramid ni makanan  serba mahal...  dan kalau nak bwk masuk mkn dr luar xboleh tau.. beg kena cek... ehmm hampes.. mmg nak cekik darah. sama kurang jer la ngan water park Gambang.   

dorang dah tau nak tak nak wpun mahal 'kitaorg' akan beli gak... memang le pun.. masing2 dah keletihan tahap gabang dok main2 dan pusing sana sini mesti le kelaparan.. sob2  

kutuk2 gak.... tapi tempatnya memang menakjubkan cantik dan puas hati.  memang mama puji le bab tu!   ;)   sampai anak2 cakap nanti datang lagi ya abah..... ehmm!!..





sunway & i-city

gambar bawah ni hanya gambar selingan je.. saje nak menyibuk.. :)..
tapi kalau nak tgk  resepinya  klik sini.



Ariff Alfian - Gay melayu berkahwin di UK





Ariff Alfian Rosli, Petronas sponsored student of University College Dublin married a guy named Jonathan..






Pelajar perubatan hilang di Dublin
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my


Ariff Alfian Rosli

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

*Pantun dari MyMassa...


Nasi lemak buah bidara,  
sayang selasih hamba lurutkan. 
Hilang emak hilang saudara, 
kerana kasih hamba turutkan
on Jumaat, 16 Disember 2011



Wang kertas baru Malaysia



Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.
Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.
Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.
''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.






''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.
Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.
Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.
Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.



Wednesday, December 21, 2011

Atikah - budak bersuara emas bakal menjejaki Najwa Latif




Assalamualaikum

Pagi2 lagi mama terjumpa di fb Atikah bersuara emas.  Ya Allah.... merdunya suara budak ni. comel lak tu.

dari sumber fb:

Atikah semakin popular apabila video video nyanyiannya di uploadkan di youtube dan facebook.. Atikah juga menjadi bualan hangat di forum internet dan blog gosip artis.. Atikah yang berasal dari brunei kini berada di sekolah rendah darjah 4.. Jom layan suara lunak ala ala matang adik atikah lagu awan yang terpilu (Nyanyian asal Ning Baizura).. 

nak tau cerita lagi tentang atikah jenguk kat sini lah ya.. ;)

Tuesday, December 20, 2011

Kasarnya tapak tangan Ibu







Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

pecah dara bm

Assalamualaikum..

woww gerun dengar sebut pecah2 dara ni... heheh... ehh jangan silap faham tauu. Hari ni mama nak test power bm (bread maker) baru!. hihi.. dah jatuh cinta betul le ngan bm ni.. semua resepi rasa nak cuba!.  Okay oleh kerana nak test kehebatannya apa kata kita layang gambar lu deh... jeng jengg jenggggg.....
|
|
|




gambar xlawa le.. dan rasa kurang sesuatu.. cuba perhati betul2, perasan tak apa dia...  Haa tu le pelik le sikit nampak sebab   takde mangkuk kertas beralas, lupa nak beli.. ihik22.. teruk nguh mama ni..

Takpe le... boleh di maafkan lagi sebab ni baru nak test power.  Hubby dah awal2 cakap lepas ni kita dah tak payah beli roti dah... kita dah ada kedai roti sendiri. wowww!.. bahaya abah ni!   anak2 pulak dah memang excited ... dok bising heboh2kan kat kawannya mama ngah masak pizza!.. Syaidi si sulong mama dah siap cakap pasni kita tak payah pergi pizza hut dah!.. kha222..  Alhamdulillah rasa pun memang sedap bangat... dan rezeki budak2 jiran sebelah rumah dok lepak main game kat rumah   pun boleh le merasa gak!.  tq pada cousin.. cik yah yang jadi tok guru  mengajar cara2 nak guna bm ni sebab dia lagi expert.

okay untuk resepinya boleh le cek kat sini deh.  lagipun ni resepi ni mama banyak derhaka laa... main tambah jer  bahan yg ada kat dapur  ;)





tapi gambar di atas ni laagi gebu.. resepinya d sini..



Selamat mencuba!



Monday, December 19, 2011

Tips untuk isteri sentiasa dara atau perawan

abqaro bermaksud sentiasa dara
Assalamualaikum
Hari ni mama nak share bacaan mama tentang, petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.



Bagaimana caranya...?? Senang dan mudah saje janji kita sentiasa amalakan perkara berikut, insyaAllah amalan kita diberkati olehNya...insyaAllah:)

Caranya:
Lepas solat Isya ' , ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga dengan izin Allah.

Surah Al-waqiah

سُوۡرَةُ الواقِعَة

وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ (٤١) فِى سَمُومٍ۬ وَحَمِيمٍ۬ (٤٢) وَظِلٍّ۬ مِّن يَحۡمُومٍ۬ (٤٣) لَّا بَارِدٍ۬ وَلَا كَرِيمٍ (٤٤) إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُتۡرَفِينَ (٤٥)

And spreading shade, (30) And water gushing, (31) And fruit in plenty (32) Neither out of reach nor yet forbidden, (33) And raised couches; (34) Lo! We have created them a (new) creation (35) And made them virgins, (36) Lovers, friends, (37) For those on the right hand; (38) A multitude of those of old (39) And a multitude of those of later time. (40) And those on the left hand: What of those on the left hand? (41) In scorching wind and scalding water (42) And shadow of black smoke, (43) Neither cool nor refreshing. (44) Lo! heretofore they were effete with luxury (45)

Al-Waqiah

Dan naungan yang tetap terbentang, (30)
Dan air yang sentiasa mengalir, (31)
Serta buah-buahan yang banyak, (32)
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33)
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) 
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) 
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) 
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) 
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39)
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40)
Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41)
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42)
Serta naungan dari asap hitam (43)
Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44)
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45)

Thank mr Google

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat 'Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Nota : - Surah Al-Waqi'ah ni memang indah dibaca. Cubalah baca dengan maknanya sekali, nescaya akan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah

Sesungguhnya tips atau petua hebat ini boleh kita kaum ibu amalkan untuk menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' yang bermaksud sentiasa dara atau perawan agar sentiasa juga dicintai suami tersayang. Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

Petua Dari Dr. Fatimah Az-Zahra




Sunday, December 18, 2011

Peningkatan tinggi trafik blog yg mengejutkan!

 camne nak tarik trafik ke blog??

Jumlah pembaca blog mamaLUV 1000+ orang dalam 1 mnt.


Assalamualaikum

Waaahh penatnya.  Tp penat pun rajin jugak nak bukak laptop ni... uhuk... rindu le blog dah 3 hari xupdate tau.. tu pun  selepas last post janin 15 minggu hidup di dunia.  Masa terjumpa entry ni memang terkejut le ...  tak percaya tau!  tapi semuanya kekuasaan Allah tiada yg mustahil boleh berlaku dengan kehendakNya.  Subhanallah.

tapi sempat le gak postkan cerita tu ke blog mama... sejurus nak bertolak ke Kuala Lumpur.  Ke sana pun sbb hubby ada urusan kerja dan biasa le...  di samping tu jugak bawak anak2 habiskan sisa2 cuti sekolah  ni yg dah dekat nak bukak. 

Tapi yang mengejutkan mama bila tengok statistik pageviews pembaca2 mama melalui hphone mama .... yang membaca entry ni  hingga saat ini adalah selama 2 hari sebanyak 135,970 pageviews dan sebanyak 66 comment. (menerpa sejarah mama berblogging.. blog yg tak seberapa ni sape le yg nak masuk kan.. sob22)  Dan dalam masa 1 minit (hari pertama & ke 2) hampir 1000+ pembaca yang sedang online dengan entry tersebut.  sampai anak mama cakap laptop mama ni dah hang kot.. heheh ;)


 ....
.......
.........

 ....
.......
.........


 ....
.......
.........

   ....
.......
.........

kepada pembaca2 dan follower mama yg tak sempat lagi mama nak follow back.. mama akan tetap menjenguk blog kawan sekalian cuma lambat cepat jer. ye laa balik jalan jauh biasa le banyak baju2 yg bawak balik ni nak kena basuh dan macam2 lagi. 

Ini adalah comment pembaca mama yg buatkan mama betul2 rasa kesian sangat.   kalau le mama yg berada di tempatnya boleh ker mama jadi setabah sepertinya...??... ??...   Jawapannya hanya apabila setelah kita sendiri mengalami.
shza said...
Anak sy 25 minggu lahir. Baru sebulan. Berat 800gram. Masih di hospital.. Ya allah, selamatkn anakku sepertimana kau selamatkan bayi itu,...
amni said...
ni pulak org malaysia kat UK... sama gak 25 minggu.. namanya aqeef.. http://dinoor.blogspot.com/2011/09/anakanda-aqeef.html
Kepada pembaca2 mama.. mari le kita sama2 doakan yang terbaik untuk mereka ya.  Moga2 dikuatkan semangat dan baby nya pun membesar sempurna seperti kanak-kanak yang lain.  InsyaAllah.


p/s:  rasa bersyukur sangat blog mamaLUV yg jauh tercorok dan tidak dikenali orang ni menerima kunjungan tetamu yang sebegitu ramai dalam beberapa hari.  Terima kasih semua.

Waaa...Ada surprise dari Ibu gebu le...!!!.  tq  Ibu gebu... muuuah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq