Monday, January 16, 2012

Karamnya kapal mewah Costa Concordia - Titanic Moden

Detik2 cemas survivors dari kapal karam Costa Concordia.

Sebuah kapal pelayaran mewah telah terkandas di perairan of Tuscany, Itali.
Air mencurah masuk melalui retakan bahagian kapal yang melanggar batu karam dan memenuhi badan kapal sedalam 160 kaki (50 meter). Suasana cemas yang memaksa pemindahan kira-kira 4200 orang penumpang dan anak kapal dari kapal mewah tersebut.



Kejadian ini terjadi pada awal Sabtu, 15 Jan. dan pengawal pantai Itali memetik sebagai berkata setakat ini, ada beberapa penumpang dan anak kapal yang cedera dan pekerja penyelamat sedang bergelut untuk mencari serta menyelamatkan mana-mana penumpang atau anak kapal yang masih terperangkap di atas kapal tersebut. (AP)







GIGLIO 17 Jan. - Kapten sebuah kapal persiaran mewah Itali, yang terbalik di perairan pantai barat negara ini disoal siasat oleh pihak berkuasa pada satu sesi siasatan hari ini.
Francesco Schettino yang ditahan sejak Sabtu lalu boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan membunuh, menyebabkan nahas kapal dan meninggalkan kapalnya sebelum semua penumpang diselamatkan, menurut pendakwa raya Itali, Francesco Verusio.
Pada sesi tertutup itu, hakim siasatan perlu memutuskan sama ada Schettino akan terus ditahan berhubung kemalangan yang setakat ini meragut tujuh nyawa termasuk satu mayat yang ditemui hari ini.

Kapten kapal Costa Concordia itu belum disoal siasat, sebelum ini tetapi lebih 100 saksi termasuk penumpang dan krew telah ditemu bual, kata Verusio.
Peguam kapten itu, Bruno Leporatti berkata, Schettino 'terkejut, kecewa dan sedih atas kehilangan nyawa dan fikirannya sangat terganggu'.

Pendakwa raya Itali menolak kesilapan teknikal sebagai punca kemalangan, sebaliknya berkata, kapten tersebut yang berada di anjungan kapal ketika kejadian telah melakukan 'kesilapan besar'. Saksi memaklumkan bahawa kapten kapal tersebut belayar mendekati pantai kerana ingin memberi tabik hormat kepada kenalan yang berada di tepi pantai tersebut yang mengakibatkan kapal melanggar benteng pasir dan karam.

Lewat semalam ketua pengawal pantai Itali, Marco Brusco berkata, 29 orang dari kapal yang separuh tenggelam itu masih hilang, peningkatan mendadak daripada 16 orang yang dilaporkan sebelum ini.
Katanya, mereka yang hilang itu terdiri daripada empat krew dan 25 penumpang
Kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu apabila Kapal Costa Concordia melanggar batu berdekatan pulau di pantai barat Itali. - AGENSI

1 comments:

mayangsayang said...

cam kisah titanic plak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq