Saturday, February 4, 2012

Resdungku dah 99% sembuh.. syukur kepada Allah,

Assalamuaalaikum

Hari ni mama nak buat entry pasal penyakit resdung mama dah mula sembuh.  Syukur sangat2.. tak tau nak cakap camne.. mmg teramat2 rasa teruja dan cam tak percaya jer..selama ni kan hidup ni cam rasa tak sempurna jer.... serba serbi berpantang.  Dan paling bestnya hari ni seolah2 mama dah mencatat sejarah dlm hidup mama dah boleh makan budu,sambal belacan dan segala seafood.  Pagi2 pun dah takde bersin setiap kali masuk toilet dan kemas2 rumah. Harap2 tak berulang kembali le resdung tu..... InsyaAllah.  Okay Nak tau apa rahsianya meh mama nak kongsikan untuk kawan2. semoga serba sedikit boleh membantu.  Mama faham perasaan mereka yg mengidap penyakit resdung ni memang amat terseksa tiap hari ... kan?

Pada 23hb 1 iaitu Hari sambutan Raya china Mama pergi berubat dengan Maksu Timah di Pengkalan Chepa.  Kelantan. .  kenal ni pun melalui kawan hubby yg dah pernah pergi sekali dan terus sembuh...memang tak percaya tapi cuba usaha gak pergi nak tengok camne hasilnya.  mama bertolak balik kampung hubby di Bukit Payong Besut malam sebelum tu.... esokkan 9  pagi bertolak dr rumah.... dongdeng2 dok main sesat cari rumah maksu Timah ni sampai le dekat2 kul 11 pg.. tengok depan rumah maksu Timah tu dah berbuah2 kereta ada kat situ tau...tgk plat kereta semuanya dari luar daerah.  org jauh semuanya.  Mama dapat no giliran 25... (dapat masuk kul 1 tgh) woww... no last utk sesi pagi sampai tgh....mak su timah hanya merawat 25 orang utk sesi pagi dan 25 orang lagi pada sesi petang. Setiap orang yang nak merawat pastikkan ada nombor giliran kalau tak tak akan di panggil utk masuk bilik rawatan:)


sebaik jer mama sempat dapat no 25 tu datang lagi 3.4 buah kereta.. tapi nasib diorg tak baik kena datang lagi 2ptg. Maksuu Timah nak berehat dan solat. 


Kegunaan tuala tu untuk lap2 ... sebab maksu Timah genyeh2 limau nipis di seluruh kepala dan muka. 
;)

Kereta mama parking depan sekali.. ;)

Dah selesai berubat tu Maksu Timah tanya nak makan ubat tak.. sebab ada setengah org taknak makan ubat... kalau makan ubat lagi cepat sembuh.  so mama ni mau aje... dapat le ubat makan utk selama seminggu dan jugak 1 botol campuran bedak sejuk utk merawat parut2 muka samada parut jerawat & melicinkan kulit.  alaa bedak sejuk tu pun mmg fungsinya dah boleh melicin dan menegangkan kulit. utk ubat sahaja rm30, rawatan rm10 jer. tak mahal pun.  Maksu Timah cakap resdung mama dah memang teruk sgt dah.. dah bengkak kat dalam hidung....  kena sambung lagi 2 kali lagi. ikut le nak datang bila2 pun.. seeolok2nya 2 atau 3 minggu selepas tu.  Anak mama pula lagi lebih teruk dari mama sebab dari kecik lagi dah ada resdung. sekarang dah jadi lelah.. kena dtg lagi 3 kali.

Seminggu lebih lepas habis makan ubat.. nak test le kononnya.. heheh.. try le makan nasi + ulam + budu. makn pelan2... pastu ishh sedapnya budu ni.. pastu dah tak sedar dah.. makan berpinggan2 gak le nasi.. jarang makan sebanyak ni semenjak perpantang resdung.  perasan jugak le hubby dok jeling2 bila nampak mama dok rancak cicah budu ni... mesti risau tu.. hihi... dalam hatinya la agaknya nak tgk apa jadi pd mama lepas ni.  tapi mama wak dont know jer... makan tanpa was2!. ;)   sejam pastu baru perasan ehh tadi makan budu kenapa tak rasa gatal2 pun??.... ??.. biar betul ni.  kalau tak memang parah dah jadinya spt sebelum ni sampai ke malam waktu nak tidur le penyelamat aku dari lelehan air mata, muka gatal dan air hidung kluar xhenti2.  Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.. syukur sangat2 tak terucap dengan kata2.. bagaikan rasanya nak bawak semua saudara mara dan rakan2 yg jugak ada resdung ni bawak jumpa maksu Timah. Biar semua org yg menderita selama ni sembuh sepenuhnya seperti mama.. tapi apa yg mampu mama lakukan hanyalah membantu dr segi post kan entry ni utk semua.. moga2 boleh membantu. sebenarnya dalam hati ni masih ada lagi perasaan gusar, risau dan tak yakin s/ada akan datang semula lagi tak resdungku?...sebab tak sampai sebulan berubat dah rasa sembuh...rasa ngeri jer kalau datang balik.. alaa.. ishhh..buang le jauh2 pikiran tu.. kan?..yg penting masih lagi harus  berjaga2 tentang pemakanan, jangan semua benda2 gatal nak tibai.. betul tak.. lagipun segala penyakit pun datang dari pemakanan harian kita jugak.. nak badan sihat makan le cara pemakanan yg betul tak boleh mengikut nafsu sangat.. cewah... pandai pulak nak menasihatkan org... hehe.. ok22. ni just nasihatkan diri sendiri jer ni ;)

ehh nak citer pasal kemarin iaitu 3hb 2 untuk rawatan kali ke 2 ni.....  keluar hama tak sebanyak hari pertama rawatan. Anak sulung mama dalam 2 minggu ni asyik selsema pagi2.. risau gak takut baru nak menjadi resdung.. terus sekali harung buat  rawatan gak kemarin. Maksu Timah cakap baru nak menjadi... keluar le ulat seperti hama/jentik2 yg bergerak2 tapi kecil dan warna putih dalam mangkuk berisi air.. tak tau camne ulat tu boleh keluar dan dok lam air tu... heran bin ajaib.. ulat syaid sikit jer sbb baru nak jadi. tak macam mama dan Syafikk yg memang banyak sekali keluar.  iyekkkk..!! ei tak payah pikir le.. lagipun tak sedar pun ulat tu keluar masa mana.  Syaid bagitau dia pasang telinga nak dengar apa makcik tu baca... makcik tu baca ayat kursi, ALfatihah dan beberapa surah yg Syaid dah biasa dengar... ok le.. takde baca jampi2 yg mengarut.

Adik mama pula resdung jerawat... bawak jugak pergi kemarin.  dia pun masih terpinga2 lagi heran camne ulat tu boleh keluar... selepas di tenyeh limau nipis tu. hihi... kelakar plak jadinya.  Tapi walaucamne pun apa yg mama iktiar dan berubat selama ni semuanya tak jalan.. yg last ni jugak nampak hasil yg memuaskan.. yelaaa..semuanya kuasa Allah swt.. Maksu Timah tu hanya jalan iktiar /perantaran usaha kita berubat.  

Okay le.. cukup panjang jugak bercerita lam entry ni kan jemu plak jadinya.  kita tengok sampai bila resdung mama ni dah sembuh sepenuhnya atau tidak... tapi setakat ni seolah2 rasanya spt dah 99% sihat... ;).  Ooo mesti akan tanya 1% tu lagi?.... :) ... ok le .. 1% tu lagi mama masih kdg2 terbersin gak le bila dok menyapu habuk2 tapi tak melarat. hanya bersin dan keluar air hidung sekali 2  je.  tu je... hehe

Cara-cara nak gi kerumah mak su timah yang terletak di Jalan Kemumin, Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan. Land mark dia HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian. Lalu depan HUSM dan terus jer menuju ke lapangan terbang Pengkalan Chepa Kota Bahru. Terus jer sampai jumpa simpang 4 traffik light yg keberapa tak tahu tapi pastikan simpang traffik light tu ke kiri ada tulis ke Taman Orkid dan Pengkalan Chepa, terus ke Sabak...ambil jalan terus dan dalam 200meter ada nampak tayar kereta disusun 3 biji warna hijau  lambang PAS disebelah kanan dan terus masuk ke kiri jalan kecil...ada tulisan kecil tulis mak su timah ...ataupun tanya orang kawasan tu pasti dia orang tahu...mama pun tanya org jugak masa pergi kali pertama dulu....masuk kiri dalam 100m rumah mak su timah sebelah kiri....pasti ada banyak kereta...ada kedai anaknya yg jual minuman & small tower (kedai kecil aja)..
Boleh lihat peta kat bawah....GPS Latitude: 6.13945 dan Long: 102.30807
Blackberry map




p/s Antara  Entry rawatan resdung mama sebelum ni... xmenjadi pun  ;( .. maksudnya kena berpantang jugak makan tak seperti kali ni dah tak perlu makan berpantang dah. Alhamdulillah

merawat-resdung-syafik-rokok-resdung.
tip-mengurangkan-gejala-resdung & Minyak kelapa Dara
Merawat resdung dengan Berbekam di Bahagian Muka
Merawat resdung
no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;( 



15 comments:

hafsah md shukri said...

Salam, mama, nk tny...lepas rawatan,,resdung tu mmg xdatang lg dh ea? kalau tgk, rawatan mama wat tahun lepas, skrg ni dah 2013...so, mcm mana skrg? still ok?

Kak Eiza said...

wsalam.

terus terang mama bgtau selepas rawatan ni setahun setengah akk takde langsung resdung.. makan le apa2 pun semua ok je takde masalah. tapi lepas tu datang balik.. memang kecewa juggak le tapi takpe le.. dpt merasa jugak nikmat time resdung xdatang boleh tibai budu dan sebagainya.. :)

mama rasa utk merawat resdung ni memang terlalu susah.. tanya mana Dr takde ubat tapi utk menahan sahaja yg ada.. :(

levis stress said...

salam mama...nk tanya,mana yang lebih berkesan untuk merawat resdung samada menggunakan rokok resdung atau dengan maksu timah? mama lebih syorkan yang mana?

Hainy Amy said...

Slm mama nk tanya die ada gunakn tempurung klape tak?..

Imranshawal said...

Bayaran mahal x

Lyka Zulaikha said...

Skang ni mama masih berubat ngan maksu timah ke? Sy ingt nak cuba jugak sbb resdung sy dah merebak smpai ke mata dah

Duke aman said...

Mama...maksu timah dah xbomo dah...mak su timah kena strok...dah xleh bomo...saya baru p tadi mama

Unknown said...

askum,, kepada sesiapa yang tahu tempat bomoh/tuntung resdung mohon share sini, untuk membantu kawan yg kronik resdung kat kelantan

Tu M said...
This comment has been removed by the author.
Tu M said...
This comment has been removed by the author.
Tu M said...

ada di kampung kok keli Kelantan dekat sekolah rendah, tuntung keluar hama.

norwafa beauty said...

Sy nk , cal sy 0126652741

norwafa beauty said...

Sy nk , cal sy 0126652741

musliza ismail said...

Blh sy tahu alamat sebenar

musliza ismail said...

Blh sy tahu alamat sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq