Sunday, April 29, 2012

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatantradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.



  Demi Kesejahteraan Diri & Keluarga

► Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


◆ Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

◆ Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami

◆ Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

◆ Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

◆ Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

◆ Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  • Air Ikan Haruan


Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

◆ Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

◆ Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG


Sumber : Berita Harian Online.
Kongsi info: http://www.NurulAmir.com/



info lagi di :
  1.  47-produk-mengandungi-bahan-beracun-disenarai-hitam
  2.  produk-yang-disenarai-hitam-kementerian.html

Salam Ukhuwah..~

Sila SHARE dengan kawan2 anda yg menggunakan kosmetik/jenama diatas.

Feel free to SHARE with others..
 

1 comments:

Papa-NtiQ said...

info berguna mamaLUV....anak saya tengah guna barangan total image...nampak macam ok tak de dalam senarai tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq