Saturday, July 14, 2012

Restock Fareeda


Assalamualaikum semua 


Jumaat 13 Jun 2012. Berita seminggu sebelum menyambut Ramadhan. 
Sekarang mama ada di Bangi… untuk restock Fareeda dan shopping walkin di Butik Fareeda. Tapi bertolak awal sehari untuk mencari tambahan stok  di butik utara. Ya Allah punyalah penat tak terkira rasanya sepanjang perjalanan ke utara… mengambil masa 11 jam dr Kemaman untuk sampai ke destinasi di tolak tambah dengan sesat semasa mencari hotel di Permatang Pauh yang berdekatan dengan butik Fareeda di sana, maka sampailah jam 2 pagi. Dapatlah tidur untuk beberapa jam sebelum esoknya walkin ke Butik Fareeda di Permatang Pauh… Pagi-pagi lagi dah bangun dan selepas sarapan di kedai pakcik yang peramah sebelah Butik (orang utara rata2nya peramah belaka ), terus masuk ke Butik untuk memilih tudung.


 Selepas dapat merembat bbr helai Fareeda yang goojes yg di ambil dgn harga butik, terus bertolak pula terus ke Bangi. Badan dan mata pun dah takleh nak cakap betapa lesunya tapi puas hati. Dalam hati dah berbisik next trip akan pergi lagi atau tidak ke utara spt hari kemarin??.. ehmm tgk keadaan… tak boleh nak kata apa lagi kalau di fikirkan keadan perjalanan yg jauh... eii penattt! Dan harga pun harga butik. Takde sdkt kurang pun tau… so sbb tu harga ada up dr harga normal.


Untuk pengetahuan semua tudung eksklusif Fareeda adalah tudung yg terhangat di Malaysia di masa kini. Tiada tudung lain yg boleh menandingi kehebatan Fareeda. Apa tidaknya.. tudung yg dah di pakai pun masih laku apa lagi yg keluaran lama dan terhad dan ada bermcm2 cara pemilik yg ingin mendapatkan tudung idaman dengan system barter dan preloved/let go.  kalau pakai sekali dua.. kalau dah rasa nak tukar yg baru tudung tu masih ada harganya dengan let go semula kpd siapa yg nak.. memang rancak dan meriah sekali dgn suasana ber barter dan ber let go  :)  

Pernah terjadi kes tudung Fareeda yg baru je di beli yg masih dok lam kereta tak sampai rumah pun lagi... juga hilang di curi org.. . ehmm Mcm2 ragam kan?



 Untuk pembukaan Ija Boutique di Kuala Terengganu mama akan umumkan nanti apabila stok mencukup dan butik dah betul2 bersedia untuk di buka. Kalau dapat restock yg sikit jer terpaksa memburu lagi di mana2 butik Fareeda . Ija Boutique akan di bukak di Gong Badak Kuala Terengganu. Berdekatan dengan UNISZA dan UMT. Mama pula tinggal di Kemaman.. dan org2 kemaman boleh datang jer di butik rumah kami.

 Ok untuk pembaca2 mama boleh lihat tudung2 Fareeda di fb Fareeda Batri Syia dan boleh buatkan seseorg tu tak dapat tidur malam kalau tak sempat nak book tau.. sebab mama sendiri pun sblm jd reseller dulu sbg customer jugak.. dah merasainya semua tu. boleh memahami situasi customer2 lain yg ingin memiliki design2 fareeda yg di idamkan tapi selalu jer terlepas kepada customer yg lain. Dan memang amat mengecewakan ……    Memakai Fareeda juga semudah makan ABC... tidak perlu ambil masa utk membetul2 byk kali atau berpin sana sini... Hebat kan.. pakai sekali pasti akan memburu lagi utk koleksi seterusnya.  hehe.

Okay....jangan putus asa terus memburu colour2 & brooch yg di idamkan spt sampan/jambatan/ulat dan juga paddle pop & polkadot! jumpa lagi the next post. Tq singgah di mamaLUV blogspot… blog mama ni pun dah berat rasanya kena tukar bukak blog baru.. huhu.. sayanggg dan semangat pun dah pudar.

salam sayang dari Kja untuk semua pembaca mamaLuV

Entry Fareeda yg lalu:

 

3 comments:

kakchik@ella said...

Wahhhh Mama. KC doakan Mama berjaya ye.

Kak Eiza said...

tq KC :)

Niah Fadzli said...

Tudung fareeda ori yg nak let go murah2. Pm 0199310030

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq