Tuesday, September 18, 2012

Bayi perempuan mati dipercayai dicampak dari Pangsapuri

 Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Dari Pangsapuri Desa Mentari |

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira jam 11 pagi. Saksi kejadian, Jundi berkata, ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

 
 
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan selepas diperhati adalah seorang bayi. Semasa saya menjumpai bayi terbabit dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak,” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu dalam akhbar BHarian hari ini. Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terbabit dalam kes itu sudah ditahan. Beliau juga berkata, bayi berkenaan dipercayai dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.


1 comments:

♥Nurul Honey♥ said...

Kejam nya perempuan ni...
menitis air mata lihat bayi tu..
beri ja la pada orang yg memerlukan..
kes2 macam ni.. pihak media harus la ketengah kan.. mungkin hukuman yang setimpal utk si pelaku ialah gantung sampai mati.. kalau kes lanjutan tidak di siarkan di berita..helaian akhbar.. kes ini akan berterusan terjadi..
kesian si comel dibunuh.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq