Sunday, December 2, 2012

Tsunami Fareeda Nyata Jelita kini melanda Kemaman Terengganu

Assalamualaikum wbt dari Kak Ja buat semua:)


Bulan November, 2012 merupakan bulan yang teramat sibuk bagi Kak Ja….utk update blog tu lagi le payah. nak makan pun rasa kekadang tu tak sempat…selalu jer suami Kak Ja dok mengusek ..”relaks…relaks…tak kan abihnya kerja tu..”. hehe... nak  buat camne.. kalau buat sesuatu benda mesti dok pikirkan nak siapkan jugak.. sampai terlupa dah waktu mkn.. sedar2 sampai masa berat badan pun dah turun... huhu






Perkara yang paling Kak Ja bimbangkan dan perlu dibuat adalah dgn proper  majlis pembukaan butik Kak Ja di Casa Limbong, Chukai Kemaman, Terengganu. Maklumlah Tsunami Fareeda akan melanda Kemaman tak lama lagi selepas saban hari kita dengar berita Butik Fareeda Bandar Baru Bangi diserbu peminat Fareeda seawal jam 12 tengah malam beratur sehingga buka butik jam 10 pagi.  Hari ini kita dengar banyak keluahan utk dptkan tudung2 fareeda harus beratur dsbgnya.. tapi  peminat2 FAREEDA jangan risau kerana mulai tahun depan InsyaAllah... semua dealer akan mendapat restock yg secukup2nya dan harga pun akan terkawal di pasaran.  Pihak Fareeda sentiasa ingin memperbetulkan sistem & marketing supaya semua nanti akan lebih bersistematik dan teratur. :)



Berbalik kepada perancangan menyiapkan butik FAREEDA Batri Syia ... targetnya nak bukak hujung bln..sbb masih lg dalam prose renovasi dgn speed yang normal sebab tak de push factor utk  mempercepatkan persiapannya. Tetapi dalam masa yg singkat tiba2  terima call dr  Cik Mawar, Duta Fareeda untuk merasmikan Butik Fareeda Batri Syia yang akan memasarkan tudung eksklusif tudung nombor satu Malaysia di Kemaman, Terengganu, iaitu pada 23 November... huhu... masa terlalu suntuk...  kak Ja dah mula tak lena tidur. Banyak persiapan perlu dibuat kerana Kak Ja juga merancang untuk mengadakan majlis makan malam peminat Fareeda Terengganu bersama Duta Fareeda dan model2 rasminya pada malam tersebut bersempena majlis perbukaan butik pada paginya. (ya lah alang alang Cik Mawar dating rasmi elok arrange function agar   dapat jugak bertemu dan beramah mesra dengan peminat2 pantai timur….)

Butik di Casa Limbong pun belum siap sepenuhnya lagi….nak kena renovate cepat ni…plaster syiling, ruangan office, cat, wiring lampu, banner, signboard dan cermin perlu disediakan sebelum majlis perasmiaan jugak. Hari2 dok tekankan kt supplier agar cepat2 buat kerja.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar berkat kerjasama semua dan bantuan hubby yang terpaksa campur tangan agar kerja  cepat siap pada masanya…TAPI tu le...cermin depan butik plak terpaksa tunggu slps perasmiaan butik gak baru bleh pasang.. psl xsempat siap…cermin tu custom made kat Johor katanya. waaa... sedihhh... tapi ehmm sabar... Ganbateimasu!!! tetap akan berusaha sehingga berjaya!. 

Majlis makan malam merupakan satu lagi cabaran sbb dalam masa 5 hari tu jugak perlu untuk buat semua persiapan termasuk persiapan tempat dan program serta paling utama untuk kumpulkan seratus orang peminat/peserta majlis untuk turut serta pada makan malam tersebut. Bukan perkara mudah untuk membuatnya…Alhamdulillah, syukur kerana ada AJK yang ringgan tulang dan sanggup menolong Kak Ja realisasikan impian tersebut. Azlira (Ira) dilantik sebagai event manager yang sememangnya kena dengan orangnya yang berpengalaman dan tahu selok belok menganjurkan majlis ini…terima kasih Ira dan semua AJK yang bertungkus lumus mengatur majlis dan merancang agar majlis yg Kak Ja impikan dapat dilaksanakan.

Sambutan peminat di Terengganu tidak menghampakan, dapat mengumpulkan seramai 150 org peserta yang confirm  hadir pada majlis malam tu yang sememangnya semua org menunggu2 harinya….tak sangka rupanya  memang semua dok nanti nantikan majlis sebegini…&  apabl mendpt tahu  nak buat majlis ni  semua menyatakan persetujuaan nak hadir. Ramai lagi nak hadir sebenarnya tapi ramai jugak yg dah plan bercuti bersama keluarga…maklumlah short notis…tapi takpa nnt kita buat lagi dengan lebih proper planning nnt.

Majlis yang bertemakan Gojes with Fareeda dihadiri oleh Cik Mawar, Suhaili dan Puan Azalia serta team FNJ yang lain. Majlis yang julung kali telah diadakan di Grand Ballroom Awana Golf. Beach & Spa Resort. Acara ini sememangnya di rancangkan agar majlis bersama peminat Fareeda ini nampak happening dan gembira ... yang telah diterajui oleh Puan Yus dan Ebby sebagai MC yg telah berjaya hidupkan majlis agar happening dan enjoy!.   Majlis telah dimulakan dengan nyayian dari Cik Suhairah dan MC kita Ebby sambil semua menjamu selera dengan Chinese set menu yg sememangnya sedappp dari Awana Kijal Resort hotel. Soalan kuiz  telah diselang seli dengan acara cabutan bertuah... & menghangatkan lg suasana kerana peserta yang berjaya  akn mendapat hadiah menarik dari pihak penganjur dan sponsor iaitu butik Fareeda Batri Syia. Selepas selesai cabutan bertuah peserta berebut2 untuk menyertai pertandingan karaoke yg terbuka buat semua. Maklumlah sesiapa yang menyanyi akan dapat hadiah…ramai2 lah yg terjah MC kita  pakat nak daftar utk nyanyi lagu... tapi memang berbakat ya.. org pantai timur ni.. suara sedappp!!




Selepas habis berkaraoke semua menunggu acara kemuncak iaitu acara fesyen show yang akan memilih pemenang acara mek Gannu paling gojes dan the best cat walk. Acara ni memang terbuka kpd semua peserta…ramai yang daftar utk menggayakan pakaian mereka yang gojes dan mahu beraksi spotan sebagai model. Dan kalau lah bernasib baik dapat menang anugerah mek gannu paling gojes ataupun the best cat walk… dapat hadiah menarik tau...iaitu tudung Fareeda!!! Ramai yang daftar kira2 40 orang…majlis gamat dengan sorakan dan tumpuan semua peserta yang beraksi dgn gaya cat walk di atas pentas. Tapi sebelum tu, terima kasih pada Cik Suhaili dan Puan Azalia kerana menunjukkan cara bergaya dan berjalan sebagai model kepada semua peserta….memang classlah model2 kita yg bergaya dan anggun ini….cantik dan gojesss!! Semua bersemanggat selepas melihat model2 bergaya di atas pentas & bergaya ikut giliran masing2….Cik mawar, Cik Suhaili, Puan Azalia dan Puan Kak Siti Khodijah sbg pengadil….serius depa malam tu mengadili peserta yang sememangnya semua hebat!!! Terima kasih kepada pengadil pengadil kita semua ya…



Selepas pengumuman dan penganugerahan pemenang mek Gannu paling gojes & the best cat walk,  acara kembali gamat dengan acara poco-poco. Semua peserta berdiri di tepi meja masing2 dan menari poco-poco ikut instructor d atas pentas…maklumlah tadi makan banyak kan.. skrg  kena la exercise plak  hehe…semua happi walaupun sedikit tunggang langgang dengan step yang berterabur pd mulanya tapi selesa le dan nampak okay selepas beberapa minit berpoco-poco ikut alunan music yg sememangnya semua tahu.... tapi jarang kali dapat peluang mencuba menari bersama… :)

Anugerah cabutan bertuah khas tudung paddapop ditunggu oleh semua peserta apabila Cik Mawar membuat cabutan grand prize tersebut…gamat la seketika bila rakan semeja mereka menang dan semua bersorak….ya lah acara cabutan bertuah mmg ikut nasib tapi semua pasti berdebar2 time tu…Acara malam tu rata2 semua dapat hadiah kerana jumlah semua hadiah adalah sekitar 70 hadiah telah disediakan…




Terima kasih sekali lagi buat semua AJK & MC Ira, Yus, Ebbi, Iza, Ja, Rehan, Ina, Sha & Eti  bertungkus lumus yang menjayakan acara yg sememangnya happening ini…semua peserta rata2 berpuas hati dan gembira. Terima kasih buat peminat Terengganu dan acara sebegini insyaAllah kita akan organize lagi pada tahun hadapan…tunggu ya semua peminat Fareeda Terengganu…








Jangan lupa datang lepak di butik Kak Ja di Casa Limbong, Chukai Kemaman, Terengganu…kita kongsi idea dan boleh tambah koleksi tudung Fareeda terbaru dari butik Kak Ja.  Love u allJ

bersama mak dan adik2 ... :)

 




Thank you all:)

 Sebahagaian dr team Dealer/Reseller FNJ

 Mlm sebelum majlis makan malan gojes night.. membuat persiapan utk malam


Kak Ja juga merupakan dealer Najjah di Kemaman.. utk dptkan Najjah boleh le datang ke butik Kja ya.. :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq