Wednesday, December 12, 2012

Wanita anggun bertudung dengan Fareeda

Assalamualaikum wbt


Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.
Bahkan, corak dan gaya tudung sememangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.
Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu. Ia memerlukan teknik supaya nampak bergaya.

Justeru itu, untuk tampil berbeza, tudung jenama Fareeda bakal memberi wajah baru kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.
Hasil kreativiti pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaannya bukan sahaja sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka.

Wanita perlu nampak berseri dan anggun walaupun bertudung. Justeru itu, saya turut menghiaskan tudung Fareeda dengan hiasan seperti manik dan jahitan sulam yang pasti membuatkan tudung itu lebih elegan dan kontemporari bila dipakai.
Teknik pemakaiannya juga sungguh mudah. Pertama, pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di atas kepala, ambil turun tudung ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan, kata Faridah.


Tsunami Fareeda di Butik Fareeda Bangi yang saban hari menarik ribuaan peminat untuk beratur seawal jam 12 malam demi mendapatkan tudung fareeda akan turut di rasai di Kemaman Terengganu.

Kini peminat peminat tegar Fareeda boleh lah mendapatkan tudung fareeda di Butik Fareeda Batri Syia yang di miliki oleh Ija Boutique yang merupakan pengedar sah Fareeda di Kemaman. Butik fareeda Batri Syia  hanya akan memasarkan tudung ekslusif jenama fareeda sahaja.

Butik fareeda batri Syia telah diramsikan secara rasminya oleh Duta Fareeda Cik Mawar Karim pada minggu lalu (Jumaat-23 Nov 2012) dan akan beroperasi setiap hari di tingkat 2 Casa Limbung, Chukai Kemaman.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri model fareeda Cik Suhaili yang turut bersama-sama melayan pelanggan yang datang ke butik.


Majlis makan malam Gojes dengan Fareeda bersama peminat Fareeda Terengganu pada malam 23 Nov 2012 - lihat video klip, merupakan majlis meraikan semua peminat tudung fareeda di Terengganu dan juga sempena perasmiaan pembukaan butik Fareeda Batri Syia. Majlis yang dihadiri seramai 150 orang peminat tegar ini dirasmikan oleh Duta Fareeda Cik Mawar Karim. Berbagai acara seperti pertunjukan fesyen dan acaran-acara sukaria bersama peminat dan model fareeda juga turut memeriahkan majlis.

Butik Fareeda Batri Syia turut merancang untuk menganjurkan acara ini lagi di Kuala Terengganu pada tahun depan bulan Februari.

Majlis makan malam dihadiri oleh Duta Fareeda Cik Mawar Karim, Model Rasmi Fareeda Cik Suhaili dan Puan Azalia serta team Fareeda Nyata Jelita (FNJ) yang lain.


Bagi peminat Fareeda Terengganu dan Pahang bolehlah mendapatkan tudung Fareeda di Butik Fareeda Batri Syia (pengedar Sah Fareeda yang dilantik oleh Fareeda House of Scarf), Tingkat 2 Casa Limbung, Chukai, Kemaman Terengganu. Pemiliknya Kak Ja ( Puan Che Ku Rosliza Che Ku Teh) boleh dihubungi di 0139485801.

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq