Saturday, February 18, 2012

Petua Melembutkan Hati Anak

Petua Melembutkan Hati Anak


Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap ‘degil’ sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
  • Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.


2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:

Membaca surah Thaha ayat 1-5
Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
Membaca bismillah 5 (3 kali )


3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.


4. Cara ini juga boleh dicuba
1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI”} dan hembuskan pada makanan/minuman.

5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]

Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.


Jom amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali


ayat 19, surah as-Syura

Di sini,  ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



surah Ali Imran ayat 200

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

surah ar-Rahman ayat 1-4


surah al-Insyirah
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.


Surah al-Furqan

Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40 & 41, Surah Ibrahim


Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
إن شاء الله…

Thursday, February 16, 2012

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah


Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Wednesday, February 15, 2012

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.


PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.





BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.


Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.



Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:



Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".



Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;

"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".



Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Logam merkuri dalam krim Yoko

Logam merkuri dalam krim Yoko

2012/02/15
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan 'Daily Protecting Cream: Jole et Beaute' dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk itu.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A Rahman, berkata jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.







Eisah berkata, penggunaan produk itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.

Sehubungan itu, pengguna boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5532/5534/8495 atau e-mel kepada kosmetik@bfpk.gov.my untuk pertanyaan. – BERNAMA


sumber: http://www.bharian.com.my


Tuesday, February 14, 2012

Video Bayi 6 bulan di sembelih oleh rejim bashad asad


Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.

Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.

Untuk melihat video bayi yg disembelih boleh klik di sini.

Makan.. makann.. makan.. eii bila nak diet ni!

Assalamualaikum WBRKT




Lama benar rasanya tak update blog mamaLUV Kitchen, masak dan gambar snap selalu kalau nak kata tu.. tapi masanya Ya Allah... susahnya nak spend untuk meng update2 blog ni.  Badan ni pun masih lagi penat dan lenguh2... banyak betul kerja ngan  kemas rumah.. jemput anak sekolah 3.4 kali keluar.. masak2.. tp  kalau le ada bibik tak perlu mencuci2 pinggan mangkuk setelah bersakan2 kat atas dapur..  dengar kata bulan 3 ni kemasukan bibik dari Indonesia akan diluluskan.  Moga2 jumpa le bibik yang lebih berdedikasi dari yg sebelum ni.. InsyaAllah.   Ok le jom kita layang gambar2 masakan mama pada sepanjang minggu ni..


 weekend baru ni dok buat nasi ayam.. ayam tu nampak hitam sikit kan tapi bukan hangus tau... terlebih perap kicap.. kha22.. lawak2, tapi sedapp...... nak snap gambar cantik2 pun memang xsempat.. banyak sangat tangan2 askar dah tak sabar nak mengadap. kesian..." MAKAN..MAKANNN NAKK... mama memang masak banyak2 khas untuk anak2 mama" .. lama nya mama tak buat nasi ayam...
 Nahh.. hitamnya.. tapi rasanya umpp menjilat jari.. banyak perap dengan halia, bawang putih dan lengkuas.. memang cukup rasa!


esokkan hari plak projek pizza berdulang2... atas permintaan adik2 yg datang tidur rumah nak makan sangat pizza katanya, aduhai.. baru rasa nak berdiet.. last week pun pizza.. minggu ni pun pizza lagi.. aduhh godaan betul time nak turunkan badan ni. niat lam hati tahan.. sabar.. taknak makan just buat utk diorg jer tapi mari angkut depan mata tu yg dah tak tahan BaU nyaaa tu!.. uhukk22..
 Nahh.. cheese tapppuri ippai da yo... hehe bahasa jepun dah terkeluar dah.. (cheese over..hihi)


 Pizza setelah di masak.. yg lain tak sempat nak snap.. dah habis!



Pizza ni dah tak sempat nak berhias dan nak di biarkan setengah jam sebelum bakar pun tak sempat jugak.. main gulung gitu2 jer  terus bakar... sebabnya adik dah terlewat nak ke asrama.. so bawak makan sana jer... sian.. rasa pasti krunk2 + rangup... tak gebu dan xlembut.. ;(
 makan pizza last jam 5 ptg tadi.. pikir malam ni tak mau dah makan.... onakano..abunaiii (bahaya perutku) last2 jam 11 malam tak leh tidurrr plak.. perut bergendam gendumm pulak suruh di isikan sesuatu... terus ternampak sebungus maggi kari. last makan maggi awal bulan lepas. time emegency jer... sbb tak elok makan selalu maggi2 ni.. ;(

 Ini plak.. hidangan tgh tadi... kerisi singgang asam pedas.. makan dengan sambal + ulam. best hirup kuah cam kuah asam laksa gitu.. ;) hehe

 masak lemak kuning kepala ikan kurau masim + timun + nanas +kacang panjang. .. menu untuk anak2 dan juga dihantar pada jiran sebelah.. (jiran tu sebenarnya cousin mama.. ngah mabuk... muntah2.. alahan teruk takleh makan asam2 tapi lebih ke arah masakan yg lemak2 baru le boleh telan.. hihi pelik kan. biasanya kalau org mengandung ni suka makam msakan yg masam2 )
 Okay untuk ini sahaja entry mamaLUV hari ni.. tadi cuba beranikan diri bukak facebook takut gak dok heboh fb dok sebar2 virus ni tapi tanya adik tadi xde apa2 pun.. dia bukak jer.. mama pun apa laagi.. bukak jugak le.. rinduuu le kalau sehari tak bukak fb walaupun sekejap pun xpe. hehe

Oh yaa.. gambar bread puding kat atas tu mama lupa nak cerita.. haha.. terlajak baru teringat. Itu mama buat jam 11 malam semalam terus sejukkan lam freezer untuk makan hari ni, ari ni just buat kastard sos jer.. resepinya mama ter derhaka sedikit dari resepi asal...dapurku Sayang..yang sememangnya dah lama tergoda dengan resepi DJDayang Jack... yg asalnya takde sos kastad saje main tambah2 ... sesapa nak cuba boleh jenguk je di DapurkuSayang kay... ;)

Ok.. jumpa lagi the next post.. 
salam sayang semua


Monday, February 13, 2012

Gambar Lucah Gadis Melayu Tersebar Ke Facebook? Ianya Satu Virus! Berhati Hati


Assalamualaikum

Hari ni mama just nak bagitu apa yg mama baru tau ttg perkara penyebaran virus di faceboook. Hubby mama beringat kepada mama supaya dalam beberapa hari ni jangan bukak langsung facebook kerana ada virus. mama masih tak faham camne virus itu di sebarkan tapi langsung mama google terus terjumpa entry dari adik Hazril. mama just share jer entry dari Hazril.. ;)

Kepada kawan2 ku yg dihormati..Sekarang ni ada virus yang dah menjangkiti rangkaian Friendster , Tagged , MySpace , Facebook.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita .. Sekiranya berlaku , seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT.. Lepas kita "SIGN IN" balik , virus ini akan mula beroperasi dan ia a......kan... menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di Friendster,Tagged,MySpace,Facebook, dll ni melalui comment dengan menggunakan nama kita..Secara langsung,ia dapat memburukkan nama baik kita sendiri..Pada kawan2 sekalian,sekiranya anda menerima gambar yang bukan-bukan (lucah) daripada ID saya,ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut .. Saya tidak akan melakukannya sebab saya menghormati kawan2 saya.HARAP MAKLUM..SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELUM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA!

baca lagi info di sini

Menghadapi Ribut Rumahtangga


Fikir Sejenak

Apabila kita sedang marah, kita perlu tanya pada diri "Mengapa aku marah?", dan perlu fikir akan jawapannya. Dalam konteks rumahtangga, apabila kita marah, sebabnya ada 2 kemungkinan:
1. Marah disebabkan perkara lain
2. Marah kepada suami/isteri

Mungkin marah disebabkan perkara lain.

Pernah dengar kisah 'Siapa yang menendang kucing itu'? Seorang pekerja lelaki dimarahi oleh bosnya di pejabat. Lelaki tersebut cuba pertahankan bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan. Maka lelaki tersebut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, jalan pula sesak. Tambah pula ada pemandu lain yang memandu secara tidak berhemah. Setibanya di rumah, si isteri menjemput dengan wajah ceria. Namun fikiran si suami masih berserabut, tidak dapat membalas ceria sapaan isteri. Maka suami terus mencari kerehatan, meninggalkan isteri. Isteri pula terasa hati. Sudah tidak ceria. Si anak pula meminta izin ibunya untuk pergi keluar bermain. Ibu tidak membenarkan, si anak masam mencuka. Dilihatnya si kucing, ditendangnya akan kucing itu. Maka, siapakah yang menendang kucing itu?

Kisah ini sebagai contoh umum, dan wataknya berubah-ubah dalam kehidupan realiti. Propagasi marah boleh berlaku, dan mungkin natijahnya lebih buruk daripada seekor kucing ditendang.

Maka satu perkara atau ciri yang perlu ada pada diri kita agar propagasi gelombang marah tidak berlaku atau dapat dihentikan adalah kemampuan mengawal diri (self-control). Kemampuan mengawal diri ini adalah hasil daripada penimbaan ilmu dan pengamalan kita tentang aspek-aspek akhlaq Islamiyyah.

Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd:11).

Kita marah disebabkan kesalahan suami/isteri.

Adakah dia memang bersalah?
Atau mungkin disebabkan salah faham antara suami isteri, yang tidak tahu tentang perbezaan lelaki dan wanita dalam keperluan perasaan, berfikir dan bertutur?

Lelaki dan wanita, berbeza dalam keperluan perasaan, berfikir, bertutur, memahami, reaksi, cara memberi kasih sayang. Seolah-olah mereka menuturkan bahasa yang suami/isteri tidak dapat memahami. Perbezaan inilah yang perlu kita pelajari, ketahui, dan hormati, agar perasaan cinta suami isteri terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga.

Kerana tidak tahu tentang perbezaan-perbezaan ini, mudah masalah dan konflik timbul dalam rumahtangga, dan sukar pula mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk konflik tersebut. Perasaan marah mudah timbul, diri mudah berasa tension.

Seringkali suami dan isteri berada dalam konflik, apabila mereka menganggap bahawa pasangannya adalah seperti diri mereka, daripada aspek perasaan, fikiran, dan komunikasi. Suatu kesilapan juga apabila ada yang menganggap bahawa cara menyatakan cinta dan menerima cinta tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.

1. Apabila Mereka Berkomunikasi

Secara umumnya, apabila seorang lelaki berbicara dengan lelaki tentang masalah, bermakna dia berusaha mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan meminta bantuan rakannya. Maka mereka akan berbincang, agar jalan keluar ditemui untuk mengatasi masalah tersebut. Ini jelas kepada kita.

Dalam kehidupan rumahtangga, apabila isteri berbicara dan berkongsi perasaan tentang perkara-perkara hariannya (masalah luaran, bukan masalah rumahtangga) - terutama yang tidak menyenangkannya, suami mudah menganggap bahawa itu adalah suatu luahan masalah yang meminta cadangan solusi. Ini adalah normal sekiranya adalah urusan antara lelaki. Namun tidak sebegitu antara lelaki-wanita atau suami-isteri. Apabila wanita membuat luahan tentang perkara yang tidak menyenangkan, tidak semestinya ia adalah luahan masalah yang berhajatkan kepada cadangan penyelesaian.

Maka suami apabila mendengar luahan tersebut, dengan niat baik ingin membantu, mula menganalisa satu demi satu yang diluahkan isteri, dan memberi cadangan demi cadangan, tetapi bukanlah itu sebenarnya yang dikehendaki. Isteri terus berasa tidak gembira, atau bertambah sedih.

Langkah yang betul yang perlu diambil oleh suami, yang benar-benar membantu, adalah mendengar dengan empati, cuba memahami dan menghayati, seolah-olah turut melalui situasi yang sama, tanpa cadangan solusi.

Bukanlah cadangan solusi itu perkara yang tidak elok, ia perkara yang penting, namun perlu juga dinilai faktor masa (bila), juga cara disampaikan (bagaimana).

Wanita berubah-ubah kondisinya, mengikut keadaan dan masa, dan umumnya boleh dibahagikan kepada 3 mode:

1. Rasional
Mode ini wanita boleh dibawa berbincang, dan mampu mendengar cadangan solusi atau penambahbaikan.

2. Empati
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah luaran. Mode ini wanita inginkan pendengar yang memahami. Tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

3. Emosional
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah dalaman (masalah suami-isteri). Juga tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

2.Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik

Kita perhatikan satu contoh daripada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.

Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan. Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.

Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."

Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."

Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."

Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."

Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."

Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.

Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.

Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.

Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.

Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."

Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."

Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut, "Oh, tidak."

Mary berkata, "Dia memerlukan amat saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."

Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."

3.Kenali Dia

Know our spouse, and let our spouse know about ourself.

Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, isteri perlu belajar dan berusaha mengenali suami. Isteri perlu memberitahu tentang diri kepada suami, suami perlu memberitahu tentang diri kepada isteri.
Wujudkan sesi khas tazkirah dan perbincangan mingguan secara konsisten. Semoga perasaan cinta dan kasih saying bait Muslim terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.

- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis

Ahmad Faiz Muhamad Sabri Merupakan Lepasan Maahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis. Kini penuntut tahun akhir Fakulti Perubatan Universiti Kaherah di bumi Mesir. Beliau berkongsi karya di http://prince-of-islam.blogspot.com.


Friday, February 10, 2012

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah?????


Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah?????

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia...

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua



33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat | Koleksi PETUA Tradisional

by Kawwen Yuk! on Monday, June 28, 2010 at 4:08pm ·
Petua dan Tip untuk kuruskan badan tanpa ubat boleh diamalkan seperti berikut.


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Dipetik dari --> http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html

Wednesday, February 8, 2012

Makan lebihan nasi ibu atau anak

 gambar ihsan google

Assalammualaikum.

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.

Wallahu A’lam.

Saturday, February 4, 2012

Resdungku dah 99% sembuh.. syukur kepada Allah,

Assalamuaalaikum

Hari ni mama nak buat entry pasal penyakit resdung mama dah mula sembuh.  Syukur sangat2.. tak tau nak cakap camne.. mmg teramat2 rasa teruja dan cam tak percaya jer..selama ni kan hidup ni cam rasa tak sempurna jer.... serba serbi berpantang.  Dan paling bestnya hari ni seolah2 mama dah mencatat sejarah dlm hidup mama dah boleh makan budu,sambal belacan dan segala seafood.  Pagi2 pun dah takde bersin setiap kali masuk toilet dan kemas2 rumah. Harap2 tak berulang kembali le resdung tu..... InsyaAllah.  Okay Nak tau apa rahsianya meh mama nak kongsikan untuk kawan2. semoga serba sedikit boleh membantu.  Mama faham perasaan mereka yg mengidap penyakit resdung ni memang amat terseksa tiap hari ... kan?

Pada 23hb 1 iaitu Hari sambutan Raya china Mama pergi berubat dengan Maksu Timah di Pengkalan Chepa.  Kelantan. .  kenal ni pun melalui kawan hubby yg dah pernah pergi sekali dan terus sembuh...memang tak percaya tapi cuba usaha gak pergi nak tengok camne hasilnya.  mama bertolak balik kampung hubby di Bukit Payong Besut malam sebelum tu.... esokkan 9  pagi bertolak dr rumah.... dongdeng2 dok main sesat cari rumah maksu Timah ni sampai le dekat2 kul 11 pg.. tengok depan rumah maksu Timah tu dah berbuah2 kereta ada kat situ tau...tgk plat kereta semuanya dari luar daerah.  org jauh semuanya.  Mama dapat no giliran 25... (dapat masuk kul 1 tgh) woww... no last utk sesi pagi sampai tgh....mak su timah hanya merawat 25 orang utk sesi pagi dan 25 orang lagi pada sesi petang. Setiap orang yang nak merawat pastikkan ada nombor giliran kalau tak tak akan di panggil utk masuk bilik rawatan:)


sebaik jer mama sempat dapat no 25 tu datang lagi 3.4 buah kereta.. tapi nasib diorg tak baik kena datang lagi 2ptg. Maksuu Timah nak berehat dan solat. 


Kegunaan tuala tu untuk lap2 ... sebab maksu Timah genyeh2 limau nipis di seluruh kepala dan muka. 
;)

Kereta mama parking depan sekali.. ;)

Dah selesai berubat tu Maksu Timah tanya nak makan ubat tak.. sebab ada setengah org taknak makan ubat... kalau makan ubat lagi cepat sembuh.  so mama ni mau aje... dapat le ubat makan utk selama seminggu dan jugak 1 botol campuran bedak sejuk utk merawat parut2 muka samada parut jerawat & melicinkan kulit.  alaa bedak sejuk tu pun mmg fungsinya dah boleh melicin dan menegangkan kulit. utk ubat sahaja rm30, rawatan rm10 jer. tak mahal pun.  Maksu Timah cakap resdung mama dah memang teruk sgt dah.. dah bengkak kat dalam hidung....  kena sambung lagi 2 kali lagi. ikut le nak datang bila2 pun.. seeolok2nya 2 atau 3 minggu selepas tu.  Anak mama pula lagi lebih teruk dari mama sebab dari kecik lagi dah ada resdung. sekarang dah jadi lelah.. kena dtg lagi 3 kali.

Seminggu lebih lepas habis makan ubat.. nak test le kononnya.. heheh.. try le makan nasi + ulam + budu. makn pelan2... pastu ishh sedapnya budu ni.. pastu dah tak sedar dah.. makan berpinggan2 gak le nasi.. jarang makan sebanyak ni semenjak perpantang resdung.  perasan jugak le hubby dok jeling2 bila nampak mama dok rancak cicah budu ni... mesti risau tu.. hihi... dalam hatinya la agaknya nak tgk apa jadi pd mama lepas ni.  tapi mama wak dont know jer... makan tanpa was2!. ;)   sejam pastu baru perasan ehh tadi makan budu kenapa tak rasa gatal2 pun??.... ??.. biar betul ni.  kalau tak memang parah dah jadinya spt sebelum ni sampai ke malam waktu nak tidur le penyelamat aku dari lelehan air mata, muka gatal dan air hidung kluar xhenti2.  Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.. syukur sangat2 tak terucap dengan kata2.. bagaikan rasanya nak bawak semua saudara mara dan rakan2 yg jugak ada resdung ni bawak jumpa maksu Timah. Biar semua org yg menderita selama ni sembuh sepenuhnya seperti mama.. tapi apa yg mampu mama lakukan hanyalah membantu dr segi post kan entry ni utk semua.. moga2 boleh membantu. sebenarnya dalam hati ni masih ada lagi perasaan gusar, risau dan tak yakin s/ada akan datang semula lagi tak resdungku?...sebab tak sampai sebulan berubat dah rasa sembuh...rasa ngeri jer kalau datang balik.. alaa.. ishhh..buang le jauh2 pikiran tu.. kan?..yg penting masih lagi harus  berjaga2 tentang pemakanan, jangan semua benda2 gatal nak tibai.. betul tak.. lagipun segala penyakit pun datang dari pemakanan harian kita jugak.. nak badan sihat makan le cara pemakanan yg betul tak boleh mengikut nafsu sangat.. cewah... pandai pulak nak menasihatkan org... hehe.. ok22. ni just nasihatkan diri sendiri jer ni ;)

ehh nak citer pasal kemarin iaitu 3hb 2 untuk rawatan kali ke 2 ni.....  keluar hama tak sebanyak hari pertama rawatan. Anak sulung mama dalam 2 minggu ni asyik selsema pagi2.. risau gak takut baru nak menjadi resdung.. terus sekali harung buat  rawatan gak kemarin. Maksu Timah cakap baru nak menjadi... keluar le ulat seperti hama/jentik2 yg bergerak2 tapi kecil dan warna putih dalam mangkuk berisi air.. tak tau camne ulat tu boleh keluar dan dok lam air tu... heran bin ajaib.. ulat syaid sikit jer sbb baru nak jadi. tak macam mama dan Syafikk yg memang banyak sekali keluar.  iyekkkk..!! ei tak payah pikir le.. lagipun tak sedar pun ulat tu keluar masa mana.  Syaid bagitau dia pasang telinga nak dengar apa makcik tu baca... makcik tu baca ayat kursi, ALfatihah dan beberapa surah yg Syaid dah biasa dengar... ok le.. takde baca jampi2 yg mengarut.

Adik mama pula resdung jerawat... bawak jugak pergi kemarin.  dia pun masih terpinga2 lagi heran camne ulat tu boleh keluar... selepas di tenyeh limau nipis tu. hihi... kelakar plak jadinya.  Tapi walaucamne pun apa yg mama iktiar dan berubat selama ni semuanya tak jalan.. yg last ni jugak nampak hasil yg memuaskan.. yelaaa..semuanya kuasa Allah swt.. Maksu Timah tu hanya jalan iktiar /perantaran usaha kita berubat.  

Okay le.. cukup panjang jugak bercerita lam entry ni kan jemu plak jadinya.  kita tengok sampai bila resdung mama ni dah sembuh sepenuhnya atau tidak... tapi setakat ni seolah2 rasanya spt dah 99% sihat... ;).  Ooo mesti akan tanya 1% tu lagi?.... :) ... ok le .. 1% tu lagi mama masih kdg2 terbersin gak le bila dok menyapu habuk2 tapi tak melarat. hanya bersin dan keluar air hidung sekali 2  je.  tu je... hehe

Cara-cara nak gi kerumah mak su timah yang terletak di Jalan Kemumin, Panchor, Pengkalan Chepa, Kelantan. Land mark dia HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian. Lalu depan HUSM dan terus jer menuju ke lapangan terbang Pengkalan Chepa Kota Bahru. Terus jer sampai jumpa simpang 4 traffik light yg keberapa tak tahu tapi pastikan simpang traffik light tu ke kiri ada tulis ke Taman Orkid dan Pengkalan Chepa, terus ke Sabak...ambil jalan terus dan dalam 200meter ada nampak tayar kereta disusun 3 biji warna hijau  lambang PAS disebelah kanan dan terus masuk ke kiri jalan kecil...ada tulisan kecil tulis mak su timah ...ataupun tanya orang kawasan tu pasti dia orang tahu...mama pun tanya org jugak masa pergi kali pertama dulu....masuk kiri dalam 100m rumah mak su timah sebelah kiri....pasti ada banyak kereta...ada kedai anaknya yg jual minuman & small tower (kedai kecil aja)..
Boleh lihat peta kat bawah....GPS Latitude: 6.13945 dan Long: 102.30807
Blackberry map




p/s Antara  Entry rawatan resdung mama sebelum ni... xmenjadi pun  ;( .. maksudnya kena berpantang jugak makan tak seperti kali ni dah tak perlu makan berpantang dah. Alhamdulillah

merawat-resdung-syafik-rokok-resdung.
tip-mengurangkan-gejala-resdung & Minyak kelapa Dara
Merawat resdung dengan Berbekam di Bahagian Muka
Merawat resdung
no Entry pasal rawatan ni - merawat resdung dengan menyedut serbuk herba, pastu akan terbersin dan akan keluar le segala lelehen dr segala rongga mulut dan hidung, tapi mama xkeluar apa2 pun sbb sblm pergi tu pagi makan ubat resdung so tak jalan le, tapi anak mama kluar le sikit... tp tak menjadi gak... ;( 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq