Sunday, April 29, 2012

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatantradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.



  Demi Kesejahteraan Diri & Keluarga

► Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


◆ Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

◆ Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami

◆ Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

◆ Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

◆ Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

◆ Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

  • Air Ikan Haruan


Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

◆ Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

◆ Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG


Sumber : Berita Harian Online.
Kongsi info: http://www.NurulAmir.com/



info lagi di :
  1.  47-produk-mengandungi-bahan-beracun-disenarai-hitam
  2.  produk-yang-disenarai-hitam-kementerian.html

Salam Ukhuwah..~

Sila SHARE dengan kawan2 anda yg menggunakan kosmetik/jenama diatas.

Feel free to SHARE with others..
 

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN



Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

Tuesday, April 24, 2012

Pulau Redang taman laut...Tumpuan musim cuti sekolah

Assalamualaikum wbrkt dan salam sejahtera.


Cuti sekolah makin hampir....dah ada planning ke?? Ada yang nak pergi jalan2 sama keluarga ada juga ambil kesempatan ni nak buat kenduri atau pi kenduri....tapi kalau plan awal2 boleh jimat banyak cost dan lebih tersusun jadual nnt:)
 
Mama sekeluarga dah lama plan nak pergi pulau...dah lama plan dengan adik mama nak pergi ramai2 ke Pulau Redang....
 
Kat bawah ni semua gambar percutian adik lelaki, Che ku Mohd Ridhuan dan rakan2nya ke Pulau Redang pada pd akhir bulan september 2011 yg lepas. Woww seronok kan tengok gambar2 ni.. rasa tak sabar nak join. hehe. tapi adik lelaki dah buat rancangan nak buat family day trip kat sana pada tahun ni cuti sekolah....Mintak2 mama dan family pun boleh join... sebab schedule hubby mama ni selalu full...   
jelesnya main dengan anak2 ikan.. kalau dapat di anak mama, si syahmi ni maunya ikan tu terus di tangkap masuk akuarium... ahak2..

 
amboi Wafi.. hensem nya anak sedaraku ni.  nanti balik hitam lah ya.. hehe

posing habis 2 beranak ni






 
 
Adina kecik2 dah pergi Pulau ya.. che long tak sampai sampai pun  lagi.. asyik2 nak tunggu baby besar le.. bila dah besar sambung lagi dapat baby baru.. baby baru dah besar ni hehe dah takde alasan lagi dah... habis musim tengkujuh mesti nak pergi jugak! yankk nak pergi jugakkk... anak2 dah besar ni.. hehe.. alasan best tu!


sian si adik kecik kena tinggal kat rumah ya.. nasib baik pergi kejap jer.. dari kul 8 pagi hingga 3 tgh.. kira pergi mandi manda je.. tu pun dah kehitaman 3 beradik ni.. hahaha.

amboi.. roti tu untuk si ikan2 ke atau si bapak duyung... haha

comel nyaa... geram betul le tgk air yg jernih dengan dikelilingi ikan yang jinak giler tu!

hai si ikan.. nak roti?.. meh22 datang sini.. ada sikit lagi ni.. jangan berebut ya...


Utk maklumat perjalanan:

Dari  mamaLUV.Villa 
  • ke Jeti Merang adalah selama 15 minit.
  • dari jeti ke Pulau Redang pula  45 minit. Feri lambat sikit tapi kalau bot ni  laju le sikit , awal dlm 10- minit gitu le.
  • Bayaran bot : RM 500 untuk 10 org  satu bot.  Kiranya RM50 sekepala.  Biasanya kira satu bot. Kalau ramai sangat boleh naik feri jer.  satu feri RM1500 boleh muat dalam dlm 35 org.
  • Makanan di sarankan beli le di luar, jangan beli kat sana.. mahal loo.  harga kira double.
Okay itu ajer untuk kali ini pasal percutian lagi.. hehe asyik2 percutian jer kan.. alaa.. santai2 bersama family lari dari tekanan luar dan bebanan kerja  hari2. ni le masanya nak pergi  bercuti bawak anak isteri.  hilang stress tengok laut.

 
Sunday, April 22, 2012

Syaidi juara silat.. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbrkt salam sayang semua untuk pembaca2 mamaLUV...

sorry ya blog mamaLUV kini jarang berupdate dek kerana sibuk sikit dengan urusan bisnes Fareeda Nyata Jelita dan juga urusan rumahtangga. ni pun baru sampai rumah dari pejabat pos.. hantar parcel untuk my beloved customer.  nak post entry ni pun pening gak nak pikirkan apa le nak tulis kat title ni yang sesuai so letak jer la.. syaidi juara silat.. hehe.

 

 
Semalam terima panggilan dari si sulong mama.. yang baru jer bertanding pertandingan silat di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu petang kelmarin.. dan dapat le johan. Alhamdulillah.  Sebelum ni hanya naib johan je... tapi kesian sgt masa tu 2 tangannya patah.. terseliuh merata tempat.. bawak terus pergi jumpa pakcik yg biasa berubat utk org2 yg patah2 ni.. terus ok jer.. taaapi seriau giler2 time tu dengar  tulang tu berkrak22 bunyinya time pakcik tu nak betulkan!.. iyakkkk... mama cepat2 beralih mata pandang ke arah dinding.




kelmarin pulak cuti hujung minggu.. Terengganu ni jumaat sabtu cuti... kebetulan pulak adik datang rumah sekeluarga. mintak nak makan pizza.. okay.. beres je!  lenin hamil dh 9 bulan dah. so berprojek dapur le dengan pizza roll dan nasi minyak ptg kemarin dulu .  Penat tu mmg le penat di samping dok melayan anak2 yg tengah lasak 3 org tu.... Ya Allah...rasa lengan ni dah tak larat nak angkat tinggi2 dah.. kalau le ada bibik ada lagi tentu tak penat camni boleh basuh2 pinggan.. heheh. aduhh nak ambik bibik lenin pun cam2 karenah. menyampah.  Tapi  projek dapur kemarin  puas hati le.. sebabnya cukup2 untuk semua org makan.., ramai sgt .. risau gak tkt2 xcukup kann..  buatle  jugak frozen  utk syaidi balik dr asrama petang ni..sebab badannya dah tak larat nak bangun dek krn bersilat kemarin. dah seminggu tiap2 hari dok berlatih. takde cukup rehat lagi... kesian...



 Sebelum adik nak balik kemarin sempat le gak berembat  sehelai dua tudung Fareeda dan mintak restock lagi selepas ni.  so ni pun dah tak sabar tunggu restock date pd 4hb Mei ni.. 

Oo hari ni mama ada buat promosi spacial price utk tudung2 mama tau... hanya sah dari tarikh 22/4 hingga 25hb. 4 2012.  4 hari.. ;)


 mama dah make an announcement di wall facebook mama harganya.. sekiranya sesiapa yg berkenan boleh le pm mama ya... ;)


Okay le.. mama pun dah kena bersiap projek dapur utk lunch plak.. nak kena hantar bekal sekolah untuk Syahmi .. balik lewat jam 4 ptg.. sebabnya ada kelas kafa. tgh kat kantin takde jual nasi le... so kenalah hantar bekal setiap jam 1 tgh.


Salam sayang untuk semua..

 
Tuesday, April 17, 2012

Kini Aku Sudah Terpikat dengan Fareeda!




Assalamualaikum semua


Ooo lamanya tak update ya.. rindu sangat2 kat blog bersarang rangg ni.. tp nak buat camne.. uhukk2.. busy manjang.  Tapi mama ada nak ceritakan berkenaan tudung exclusive no 1 di Malaysia sekarang yg terlalu hangat.. hot.. superb hot dan seperti goreng pisang panas.  Sesiapa kawan2 yg belum pernah memakai Fareeda mama syorkan cuba la.. lepas tu pasti anda akan tercari2 lagi utk tambahan koleksi... sebab mama sendiri dah melaluinya.. tapi tu le yg sedey nya sekarang ni bila dah naik jenama Fareeda ni banyak pulak super klon atau erti kata Fareeda fakers yg dah makin berleluasa...  cantik tu kalau org yg tak kenal lagi Fareeda pasti akan cakap woww.. cantiknya...  tapi bagi mereka yg dah kenal  fareeda  akan tau perbezaan yg ketara apabila di bandingkan dengan yg ori. Petang tadi customer walk in ke rumah.. cakap pernah pakai yg klon tapi bila pakai tu Ya Allah.. teruknya awning .. dan bla2..  " .

So untuk anda yg tampil jelita, menyerlah dan anggun cubalah dahulu sekurang2nya satu helai tudung jenama Fareeda... anda pasti menarik perhatian mata suami anda. dan suami anda sendiri yg akan syorkan PAKAI LE FAREEDA LAGI SELEPAS INI SEBAB SAYANG MEMANG KELIHATAN LEBIH JELITA  APABILA MEMAKAINYA.  hehehe.  CAM BODEK jer ni... ;))))

Okay.. untuk kawan2 yg ingin kenal patern2 yg pernah di keluarkan oleh Fareeda Nyata Jelita.... mama ingin kenalkan secara istimewa di sini kecantikan sebahagian drp  tudung tudung tersebut.  Selamat Menjamu Mata

Sofiya Eksklusif


Rozanna 3 layer 


V Rania 3 layer 



Mawar Rosalynda,   Sara Khadijah,   Suraiya Tone, Suraiya Brooch



Sara Marissa Brooch




V Sofiya 3 layer



Sabreena 2 & 3 layer & Selendang Suraiya



Untuk melihat keluaran stok mamaLUV yg masih available boleh klik di sini


Terima kasih .. Luv U All!


 
Monday, April 9, 2012

Butik Fareeda Batri Syia sedia khidmat jualan Online di facebook

Assalamualaikum wbt semua


Mama nak buat announcement sikit....kepada peminat tudung Fareeda
Kepada yang nak kenal Fareeda...





Rozanna 3 Lye Cheetah
RM165 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)


Rozanna 3 Lye Cheetah
RM165 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)


Selamat datang ke Butik Fareeda Batri Syia yang beroperasi di Kemaman, Terengganu...
Kepada yang luar Terengganu boleh singgah secara online di facebook mama Fareeda Batri Syia...
Jualan online utk kawan2 mama tak kira dimana berada:)

Rozanna 3 layer :
PRICE: RM160 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)

V Rania 3 layer :
PRICE: RM165 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)

Rozanna 3 layer :
PRICE: RM160 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)


Rozanna 3 layer :
PRICE: RM160 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)



Rozanna 3 layer :
PRICE: RM160 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)

Rozanna 3 layer :
PRICE: RM160 + (postage s/m: RM7 n sabah/sarawak RM9)


Banyak lagi sample tudung dalam stok di Fareeda Batri Syia
Kepada yang belum jadi rakan FB mama sila add friend mama di Fareeda Batri Syia ye...
Reseller Sah Fareeda Nyata Jelita

1) berfareeda-di-kota-bandung
2) kini-aku-sudah-terpikat-dengan-fareeda
3) tanah-abang-jakarta-kain-sulam-pita-dan Fareeda
4) selamat-berpuasa-dari-fanpage-ija
5) Dengan-tudung-fareeda-anda-nyata-jelita 
6) Penangan-fareeda-sememangnya-hebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq