Tuesday, May 22, 2012

Kelebihan Bulan Rejab


Kelebihan Bulan Rejab


BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN
Pengenalan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.


Bulan Rejab Menurut Al-Quran

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram ¹ …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

(2) Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.


Bulan Rejab Menurut As-Sunnah

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab


Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.

(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.

(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit. Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

Wallah hu’alam bissawab.

Monday, May 21, 2012

makan2 di Jakarta siri 1


 Assalamualaikum wbrkt.

Sekian lama tak update blog mamaLUV ni.. hari ni baru bleh luangkan masa sekejap .. itupun sempat publish gambar je.. hehe.betapa busy setiap hari di tambah lagi dengan jualan online Fareeda scaft dan juga kain2 shantung, jubah, blous d fb.  Di bawah ni adalah gambar2 semasa pergi ke Jakarta pd 10hb Mei selama 3 hari yang lepas.  khas untuk mengambil stok pra Raya Aidilfitri yg bakal tiba tak lama lagi.  Alhamdulillah.. sambutan amat menggalakkan.. mmg byk tak sempat nak publish sebab banyak dah sold out oleh kawan2, keluarga yang walk in.  untuk gambar2 shantung nanti akak publish utk siri ke dua di Jakarta ya...  :)
Ok jom kita layang gambar2 makan dahulu..hehe

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Post yang lalu :
Tanah Abang Jakarta

Tuesday, May 15, 2012

Tanah Abang Jakarta, Kain Sulam Pita dan Fareeda

Assalamualaikum semua
http://www.facebook.com/batri.qis

HARI JUMAAT lepas ad-hock plan ke Jakarta....rabu decide dan beli tiket kesana untuk 2 malam... Mama pergi Jakarta hanya utk ke Tanah Abang, mahu restock kain untuk mama D'Batri Butik...stock dah makin nak habis... juga mahu padankan dengan tudung2 Fareeda yang ada dalam stok mama... 

Naik KLM...tiketnya RM410 (pergi balik) termasuk semua charge (include makan minum dan bagasi) kalau compare AA dengan ad-hock plan gini pasti dua kali ganda harga KLM tadi (AA masih tak segan declare sebagai airline tambang murah hehe...)...hotel mama stay di Mangga Dua di Amaris Hotel RM100 semalam...dalam 30-40minit ke Tanah Abang yg jaraknya dalam 20KM... 



Malam sampai jam 7 malam ke Hotel terus check in dan hubby ajak makan di Ancol sea food...makan makanan laut ditepi pantai...cam honeymoon lak sebab anak2 semua tinggal kat rumah...adik jaga utk 2 hari...(thanks buat adikku:) 

Hari pertama di Tanah abang...mulakan acara shopping dari pagi sampai tutup lah mall Tanah Abang tu....Che Hubby lak jadi teman setia ikut jer kali tak leh lari...sebab kami berdua jer...biasanya ada lah dia celah kalau pergi ada kawan dia sekali..hehe 

 
Hari Kedua sambung semula pakej shopping di Mall blok A tanah Abang....acara mencari blouse dan jubah lak... Hari ketiga petang pulang dengan KLM dan sebelum ke Airport sempat lagi jenguk Tanah Abang utk tukar yg mana rasa tak berkenan di hati...barang dah standby di Blue Bird taksi yang kami ambil dari pagi utk ke airport..tapi minta singgah ke sana dulu...sempat lah habiskan berjuta rupiah jugak lah lagi before balik...nak tahu berapa KG semua barang kami...hehe..yg pasti terlebih puluh2 kilo lah jugak:) Kami kat sana just guna taksi Blue Bird utk jalan2...abis dalam RM80-90 sehari cost ke Tanah Abang (pergi balik) dan jalan ke tempat makan..tapi taksi tak tunggu just drop jer:) 

Acara malam kami jalan2 sekitar Mangga dua square shopping mall area hotel jer...
Nak tahu cerita menarik kami kat sana? Che Hubby kita ni punyalah pelupa dok dalam taksi main BBM dengan membernya kat Malaysia tapi nak jadi cerita phone dia tertinggal dalam taksi...sampai kat Mall Tanah Abang baru perasan course nak kira duit pakai handset...cari punya cari tak der...kelam kabut lah che abang kerana telpon tu banyak maklumat penting kerja dia...terus pinjam telpon adik yg jaga kedai..call handphone che abang...alhamdulliah ada jawaban...hello ni pak supir blue bird tadi....handphone tertinggal di dalam taksi...katanya...terus deal nak jumpa kat hotel petang nanti bila kami pulang dari shopping... 
 
Rupa2nya pak supir tadi dah buat status di BBM che abang yg handphone ni hilang dan cuba hubungi dia utk cari jalan bagaimana nak pulangkan kepada kami...ramailah rakan2 che abang yang balas BBM bagitahu kami tinggal kat mana...termasuk cousin akak yg ada di China pun sempat BBM dan call akak bagitahu handphone abg akak ada di tangan pak supir namanya Pak Mujid...thanks pak Mujid atas kejujuran alhamdulillah dapat balik...hubby bukan main suka..lagi:) 
http://www.facebook.com/batri.qis

Nasib baik naik Blue Bird kalao taksi lain alamak dah terlelong dah handphone tu gamaknya... Apa2 kami enjoy ad-hock trip...dan mmg letih sangat bila sampai rumah dah jam 4 pagi sbb drive dari KLIA slps touch down dalam jam 10malam...rindu kat anak2 dirumah yg tak sabar tunggu kami pulang...suprise dari anak2 dapat kad hari ibu...Selamat Hari Ibu buat semua:)
Happy Mother's Day 2012

Popular post: Link Topik Post Bandung
  1. Shopping - (TShirt berjenama, Jeans Centre, Masagge di Spa, Beg tangan dan kasut kulit, tempahan suit,  klik di sini
  2. Makan, Tukaran Wang dan Tip2 Penting yg harus di note utk yg first time pergi sana klik di sini
  3. Utk melihat gambar di Bandung klik di sini
  4. Utk memilih hotel klik di sini
  5. Trip ke Bali klik di sini 
  6. Trip ke Jakarta klik di sini 
  7. Tips ke Bandung ikut Jakarta- CIPAGANTI Toyota Alphard
  8. First prosedur sampai airport Bandung & handphone perlu activate di celcome center ke tidak.. boleh klik d Cni 
Trip ke Bandung selama 4 hari pada 31/5/2011 hingga 3/6/2011..  citer bergambar:
  1. Siri 1 - Hari pertama . di Pasar Baru
  2. Siri 2 - Hari kedua- factory outlet
  3. Siri 3 - Sekali lagi pergi di Pasar Baru dan Rumah Mode
  4. Siri 4 - Factory outlet dan sesi hubby bermain golf di Mountain View Golf Club
  5. Siri 5 - Penat tahap total - pergi spa
  6. Siri 6 - Khidmat pak Supir/driver di Bandung
  7. Siri 7 - Rambang mata memilih kain ela / kain sepasang yang cantik dan murah2. 
  8. Siri 8 - makan.. makannn.. memang mengujakan kesedapanya!
  9. siri 9 - episod akhir Bandung - airport dll
  10.  percutian bersama suami & anak2 di Bandung 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq