Thursday, March 7, 2013

Tip mencuci & urutan wajah



1. Minyak pada wajah pada waktu pagi adalah sesuai untuk tujuan urutan muka. Oleh itu, sebelum mencuci wajah, eloklah urutan dilakukan terlebih dahulu. Kalau tak sempat buat tiap-tiap pagi, buat lah waktu pagi hujung minggu.

2. Sebelum mencuci muka, jangan basahkan wajah anda kerana minyak pada wajah dan air tidak bercampur. Cara yang betul adalah dengan mencuci tangan terlebih dahulu kemudian membuihkan sabun pada tangan dengan air yang minima. Barulah muka betul-betul bersih.

3. Cuci muka paling maksima adalah sebanyak 3 kali sehari. Skrub pula sekali seminggu.

4. Semasa mencuci muka, urutan wajah adalah ke atas.

5. Selepas mencuci muka, keringkan  muka anda dengan hanya menekap (tapping) tuala bukannya mengelap muka.

6. Liang roma pada wajah adalah terbuka selepas mencuci wajah. Oleh itu, pakailah toner atau jika tidak mampu gunalah air ais untuk menutupnya. Selepas itu, tepuk-tepuk kulit wajah anda secara lembut untuk membantunya menyerap dengan baik. Toner tidak boleh disapu di bahagian mata tapi firming lotion boleh. Kalau pakai toner, pakai lah eye cream untuk kawasan mata. Oh ye, bagaimana anda pakai toner anda? Dengan kapas ye? Tak perlu pun sebenarnya pakai kapas sebab toner tu hanya adan kat kapas, kulit tak serap pon. Lebih baik pakai terus ke muka. Kalau nak lebih mudah, beli botol spray yang kecil dan masukkan toner anda dalam tu. Mudah dan jimat dan lebih berkesan!

7. Pakai pelembab untuk elakkan kulit dari dehydration. Walaubagaimanapun, jika mempunyai masalah jerawat, tidak digalakkan memakainya sebab boleh menyebabkan liang-liang di muka tersumbat. Kalau nak pakai juga bolehlah dalam kuantiti yang sedikit. Cara untuk memastikannya; ambil satu tisu dan lekapkan di muka setelah menyapu pelembap. Lebihan pelembap teresebut akan melekat di tisu.

8. Jangan sesekali menyentuh muka anda dengan tangan yang kotor untuk mengelakkkan pembiakan bakteria pada kulit wajah. Lepas tu, dapat jerawat la pulak!

9. Set rawatan muka hanya sesuai digunakan dalam tempoh 7 hari sahaja. Jika melebihi tempoh ini, kulit anda akan lebih teruk apabila berhenti menggunakannya.

10. Jika ingin menukar produk yang mempunyai kandungan  kimia yang tinggi kepada jenis produk berkandungan kimia yang tinggi, selangkan selama 7 hari dengan tidak memakai apa-apa produk supaya kulit anda bersedia menerima yang baru.

11. Elakan membeli produk yang mengandungi hydroquinone kerana mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan kanser hati dan buah pinggang.Hyroquinone berfungsi sebagai agen pemutihan kulit dengan menghalang reaksi enzim yang menghasilkan melanin. Melanin ialah komponen yang boleh memberi warna kulit. Hyroquinone  boleh menyebabkan masalah kulit iaitu Ochnronosisi; kulit menjadi tebal dan gelap, berbintik-bintik coklat keabuan dan benjolan. Ini adalah disebabkan sel melanin yang telah rosak menyebabkan pigmentasi berlebihan. Berbaloi ke kecantikan sementara selepas tu merana?

12. Elakkan menggunakan produk yang mempuyai SPF melebihi 30. Jika anda memakai pelembab dengan SPF 15 dan ingin memakai bedak juga mengandungi SPF , anda hanya boleh memakai bedak yang mempunyai SPF 15 sahaja.

13. Penghawa dingin menarik kandungan air dalam kulit kita. Oleh itu,  letakkan segelas air jika anda berada di bilik yang berpenghawa dingin untuk mengurangkan kehilangan air dalam kulit. Jika anda bekerja di dalam bilik berpenghawa dingin, bolehlah memakai pelembap yang tebal sedikit.


Tahukan anda cara urutan muka yg sesuai 
di wajah anda?



Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut ( dagu ). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi :-)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq