Monday, March 16, 2015

Nasi Dagang Original Terengganu Original CKZ Dagang Lembut, Wangi dan Sedap



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca mamaLUV.



Cuti sekolah dah bermula...jom jalan-jalan!!
Kalau ada yang plan nak jalan ke Terengganu...ni ak nak rekoman makan nasi dagang pior di Terengganu. Sambil jalan-jalan ke Pulau, pantai, pasar payang...jangan lupa try nasi dagang Terengganu ya....
[Boleh serach CKZ Dagang di WAZE ya...]



Kalau datang dengan kereta ikut high-way exit Kuala Terengganu (Gemuruh) ataupun kalau datang ikut kapal terbang (lapangan terbang Sultan Mahmud) boleh terus ke restoran CKZ Dagang Corner yang terletak sebelah Mydin Mall Jalan Gong Badak dan berdekatan dengan Stadium Runtuh Gong Badak.

Nasi Dagang Orinal CKZ
Nasi Dagang Original CKZ Dagang


 CKZ Dagang

Nasi Dagang merupakan menu khas CKZ Dagang yang dimasak dengan beras wangi bermutu tinggi (tanpa campuran beras lain) ini enak dan wangi dng lauk ikan tongkol segar yang membangkitkan rasa asli Nasi Dagang Negeri Terengganu menjadikan restoran ini pilihan ramai warga Terengganu sendiri dan pengunjung luar Terengganu.

ALamb Chop Original Sauce CKZ

Nasi Goreng Lamb Chop CKZ



Nasi Minyak CKZ


Nasi Ayam Berempah CKZ


Waktu jualan nasi dagang CKZ hanya di waktu pagi, khas untuk sarapan. Dibuka seawal pukul 7.00 pagi, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi. Selepas itu CKZ akan menyajikan masakan menu masakan panas (bermula jam 12 tghari), menu western-Chicken chop dan lamb Chop original sauce CKZ. Menu penarik masakn Jepun iatu Takoyaki dan Okonomiyaki original CKZ juga ada dijual bermula jam 4 petang dan kebiasaannya akan habis jam 10 malam. Desert aiskrim dan crep juga ada di jual di CKZ dagang corner restoran.

Takoyaki CKZ


Okonomiyaki CKZ
Okonomiyaki CKZ


Jadi jika anda berhasrat untuk merasa Nasi Dagang yang original Terengganu dan sedap inilah tempatnya, silalah ke sini seawal jam 7 pagi nanti kempunan untuk merasa Nasi Dagang terbaik Negeri Terengganu.




Selain daripada Nasi Dagang, restoran ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan kepada pelanggan yang mungkin inginkan menu lain untuk bersarapan bersama dengan roti bakar dan karipap ikan. Nasi Lemaknya yang sedap akan habis sebelum jam 10 setiap pagi so cepat nanti tak sempat merasa nasi lemak CKZ.



Selamat berkunjung....jom jalan-jalan cari makan di Terengganu direstoran CKZ Dagang Corner.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan jejak anda di sini & selepas ini mamaLUV akan jejak anda kembali. tq