TRIP KE KOTA BATU, MALANG INDONESIA 1 DECEMBER 2017


Tips melancong ke Kota Batu Malang Indonesia
Tinggal di Homestay Dinotiyo, Batu Malang (9D8N)

Assalamualaikum semua pembaca2 blog mamaLUV hari ni.  selamat tengahari.
hari ni nak citer balik pasal percutian akak bsama suami.anak2 di Surabaya dn beberapa tip yg nk di share kan kpd sesiapa yg try nak pergi sana jugak la.  Alhamdulillah..

sebulan sblm pergi.. kami dah servey tempat2 menarik yg akan kami pergi.. xnak le main redah je.. sbb nnt lari budget dan penat pun penat sia2..x tau hala tuju kan.  Awal2 kena planning tiket, homestay...bajet murah dan boleh stay ramai-ramai satu famili, driver ATAU supir kami brada sana, dan nama-nama tempat yang nak pergi kena listing kan awal-awal supaya boleh bagitau pak supir/driver bawakkan....boleh dia plan cari tempat nak pergi tu dari awal awal lagi kan

Jadual kami seperti berikut:-


*Jadual perjalanan ke Surabaya 1-8 Dec 2017*
*1-Dec* MH871 06:30-08:10 ( Tiba di Juanda Airport Surabaya jam 08:10 pagi)
KUL - Surabaya ✈️✈️

Berangkat ke Kediri Gontor 3.
Terus berangkat ke Kota Batu, Malang
Check in Homestay Dinotiyo KOta Batu, Malang City dan istirehat

*2-Dec* Pagi Ke Predator Park - Jawa Timur Park
Petang Ke Taman Buaya sekitar predator park

*3- Dec* Pagi Ke Jawa Timur Park (Jatim Park) 2
Petang Eco Green Park dan Muzium Satwa

*4- Dec* ke Jawa Timur Park (JATIM Park) 1 dan Muzium Tuboh
Petang tempat menarik sekitar kota Batu dan Alun-alun kota Batu

*5- Dec* ke tempat menarik sekitar Malang, Hutan Pinus, Air Terjun Conba Roda
Taman Kelinci, Gunung Banyak, Paralayang dan Taman Langit
Ke Kota Malang for dinner disana

*6- Dec* Ke Jatim Park 3 dan muzium Muzik
Ke Pekan Kota Batu dan Alun-alun kota Batu urusan benja anak-anak

*7- Dec* Berangkat ke Kediri menuju Gontor 3
Selesaikan urusan pendaftran anak di Gontor 3
Urusan bayaran yuran dan lain-lain
Malam selepas magrib berangkat ke Surabaya dan bermalam di Hotel Surabaya

*8- Dec* MH870 09:0 - 12:40 Berangkat Ke KLIA
Surabaya-KUL ✈️✈️

Planing kami pergi sana asalnya ada SEBAB UTAMA YG LAGI PENTING tau..jumpa anak laki akak..afik yang sedang belajar di Gontor 3, Afiq cuti 10 hari tapi tak dapat balik Malaysia sebab visa pelajar belum siap, jadi itulah tujuan utamanya kami ke sana untuk  jenguk afiq dan bawak bercuti sekitar daerah tu jugak. Nak kata rindu pada Afik.. . Memang rindu sangat sangat..

 akak hantar afik belajar di Pondok Moden Darussalam Gontor Darul Ma'rifaq pada hari raya ke 7 tahun 2017.  baru lagi.  Semoga afik sentiasa cekal dan tabah dalam memperjuangkan diri menuntut ilmu supaya jadi insan yg berbudi dan berakhlak tinggi.. Aamiin Yaa Rabba A'alamin



Kami fly dr airport Alor Star jam 9.30 mlm ke KLIA. tido di Sama-Sama Hotel semalaman pasal nya awal subuh dah harus bertolak

SAMA SAMA HOTEL





Sedang menunggu di KLIA Airport






Survey dulu harga tiket dan tempat-tempat menarik di Kota Batu, Malang



Di Juanda Airport Surabaya



Anak ketiga mama Syahmi dan anak Sulung.   Syahmi InsyaAllah tahun 2018 ke Gontor Juga












Sebelum tiba di JUanda airport Surabaya







Mama akan Update story di entry ikut hari perjalanan ya...tunggu....


Day 1 – Melawat Putraku di Gontor 3 Darul Ma’rifat Kendiri
Day 2 - Ke Predator Park - Jawa Timur Park Day 3 - Ke Jawa Timur Park (Jatim Park) 2
Day 4 - Ke Jawa Timur Park (JATIM Park) 1 dan Muzium Tuboh
Day 5 - ke tempat menarik sekitar Malang, Hutan Pinus, Air Terjun Conba Roda
Day 6 - Ke Jatim Park 3 dan muzium Muzik
Day 7 - Ke Kediri menuju Gontor 3


selingan iklan

No comments:

Detox: Cara diet yang berkesan (Topik 7 Coach Kakja You Can Lose Weight From Home)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai selamat malam semua.  Alhamdulillah hari ni dh hr ke 7 meal plan (mp) online diet kita. (...

Jom Follow Kak Ja