Tips memilih roti yang terbaik


ROTI UNTUK DIET



Roti sebenarnya mudah kita nak beli di mana-mana je ada di jual.  Ada  roti yang sesuai untuk diet dan buat anda kurus . Murah dan mudah !! 

Jenis roti karbo komplek amat penting dalam diet.   Mengamalkan kaborhidrat kompleks yg berserat untuk terus meningkatkan metabolisma ke level 10!.   Peranan kaborhidrat kompleks sebagai tenaga utama .. Terus memberikan tenaga dengan melepaskan secara perlahan-lahan membuatkan kita kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa ketagih food dan gelora nafsu pada makanan untuk next meal.

Sekiranya  bagi sesiapa yang rasa susah untuk mendapatkan brown rice atau beras perang .. boleh ambik roti ini , sama saja.  Untuk perempuan sesuai
2 keping sebagai main meal manakala lelaki pula  3 keping, dan pastikan dimakan dengan protein .. Lagi sedap kalau di cicah dengan  ikan steam  limau.. Atau dimakan dengan ayam dada grill blackpaper.

Ok jom kita kenali jenis-jenis roti di pasaran..


1 – White loaf / Sandwich loaf

Roti jenis ini biasanya dipanggil sebagai roti putih atau roti sandwich di negara kita. Bahan utamanya kebiasaannya adalah tepung gandum berprotein tinggi (diproses atau refined) dan biasanya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia atas 2 faktor:
  • Murah
  • tekstur nya lembut, sedap dikunyah


2 – WholegrainWholewheat dan Wholemeal

Saya percaya mesti ramai yang terjumpa 3 istilah di atas ketika memilih roti, tapi masih tak pasti apa perbezaan ketiga-tiganya, betul tak?
Ketiga-tiga istilah di atas merujuk kepada roti yang sama, atau dalam bahasa Melayunya, roti gandum penuh.
Yang membezakan penggunaan 3 istilah ini adalah
  • Wholegrain bread dan wholewheat bread – istilah yang digunakan di US
  • Wholemeal bread – istilah yang digunakan di UK
Roti gandum penuh biasanya disarankan sebagai pengganti roti putih kerana nilai G.I nya lebih rendah selain tinggi kandungan serat. Ia dihasilkan dari gandum yang tidak diproses sepenuhnya. Warnanya juga lebih gelap berbanding roti putih biasa disebabkan oleh bran yang menyelaputi gandum berkenaan (komponen ni dah dibuang dalam roti putih).
.
3 – Multigrain

Roti atau biskut jenis multigrain terdiri dari beberapa jenis bijirin yang berbeza (lebih dari satu jenis bijirin) sebagai ramuan utamanya.
Jenis roti ini memang subjektif, ada pilihan yang ‘healthy‘, ada pilihan yang tak ‘healthy‘. Kalau nak tahu mana satu pilihan yang bagus, ini petua dari saya yang selalu saya guna:
  • Pertama, baca ramuan – pastikan ada istilah ‘whole‘ atau ‘penuh’ dalam klasifikasi bijirin yang digunakan.
  • Kedua, baca label maklumat pemakanan – pastikan pada kolum per 100g, nilai serat/fiber nya tinggi, sekurang-kurangnya 8g serat per 100g.
Untuk detail program turunkan berat badan anda boleh menjengah di intagram @ckrosliza..
untuk melihat meal plan yang sihat sebagai panduan anda boleh singgah di @ckz.rosliza

Selamat jumpa lagi the next post.. 







No comments:

Detox: Cara diet yang berkesan (Topik 7 Coach Kakja You Can Lose Weight From Home)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai selamat malam semua.  Alhamdulillah hari ni dh hr ke 7 meal plan (mp) online diet kita. (...

Jom Follow Kak Ja