Herbalife sesuai untuk sarapan pagi kanak-kanak? - Sarapan yang seimbang penting

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ni Kak Ja nak share berkaitan pengambilan nutrisi bagi kanak2. Dengan kata lain bolehkah anak2 juga minum "herbalife" sebagai sarapan pagi mereka?

Banyak persoalan seperti ni datang dari coache Kak Ja dalam program dan juga dari senior2 yang dah lama minum tapi hanya untuk diri mereka sendiri sahaja sebelum ni. Oleh itu Kak Ja nak jawab segala persoalan tu di posting ni insyaAllah.


Sebelum kak ja pergi lebih jauh, Kak ja nak tanya apakah anak anda makan untuk sarapan pagi mereka sebelum ke sekolah?
Adakah cukup kandungan protein, kabohidrat, serat dan vitamin dan kalsium (mineral) yang ada dalam meal sarapan mereka? Kalau anda sediakan sarapan pagi yang seimbang dengan memenuhi komposisi makanan seimbang di atas ok fine...cukup bagus!! Sebab anak anda (sama jugak kita semua) perlukan tenaga dan sumber makanan yang cukup untuk membesar dan memulakan hari mereka apatah lagi dengan aktiviti pembelajaran dan aktiviti luaran yang aktif setiap hari. Kalau anda dengar pepatah ni “breakfast like a king, lunch like a prince and dine like a beggar”, maka anda patut merasa betapa perlunya kita utamakan breakfast ataupun sarapan pagi.




Yang perlu kita risaukan adalah kalau kita berikan anak kita sarapan pagi dengan hanya sebiji nugget or meehun goreng, or nasi lemak dan lain-lain makanan yang kurang lengkap komposisi keseimbangannya untuk mereka memulakan hari mereka pada hari tersebut. Itu yang patut kita bimbang kerana effectnya tumbesaran yang tak sihat, effect kepada pelajaran dalam kelas dan kesan pada masa panjang tumbesarannya.


Okay sekiranya anda kata anak anda makan nasi lemak. 
Mari kita lihat kandungan nasi lemak. 


Apa ada dalam nasi lemak? Ada nasi. Nasi sumber kabohidrat yang diperlukan. Kacang tanah pula mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium vitamin B kompleks dan fosforus.  Sementara itu ikan bilis juga merupakan sumber kalsium, kalium, seleium dan vitamin A yang amat diperlukan badan. Telur juga sumber protein yang tinggi dalam nasi lemak. Sekiranya nasi lemak tersebut ada timun batang maka serat yang tinggi terkandung dalam sayuran tersebut yang diperlukan oleh badan. Tapi itu yang idealnya hidangan nasik lemak, dan kak ja percaya bukan hidangan nasik lemak rata-rata adala sesimple seperti gambar kat bawah. Jadi hanya ambil nasi lemak dgn bilis dua tiga ekor dan sambal pada waktu pagi...cukupkah nutrisisnya?? 


Nasi lemak juga akan buat kita mengantuk kerana kandungan santan di dalam nya dan ada kandungan kalori yang tinggi maka tak sesuai kpd yang nak diet turun berat badan ya..nnt baca info dalam topik kalori (klik sini)

Ini okay lagi, sekiranya kita bagi anak kita dengan meehun goreng kosong jer..cukupkah nutrisnya??
ataupun sebiji nugget or bugger pada waktu pagi...cukupkah nutrisinya??
Ini yang patut kita bimbang dan risaukan sebab anak kita perlu zat atau nutrisi yang cukup untuk permulaan pagi yang baik serta otak yang cerdas untuk menerima ilmu pada hari itu. 

So kebimbangan ibu bapa yang bertanya nutrisi herbalife ni boleh minum tak untuk anak mereka? Mari kita lihat dulu apa ada dalam kandungannya sehingga anda semua risau dan bimbang. Okay untuk pengentahuaan semua herbalife bukannya ubat ya..ia merupakan nutrisi dan food supliment yang perlu diambil bersama dengan makanan lain juga...dengan cara dan kaedah yang betul.

Dalam herbalife Formula 1 (F1) kandungan yang paling banyak dan utama adalah tenaga (Energy) per 100g sebanyak 1484KJ (354 Kcal) yang rendah fat (lemak) iaitu 9.0 gram. Apa lagi yang ada selain tu adalah kabohidrat 20 gram, Protein 39 gram dan semua garam mineral, vitamin kalsium yang diperlukan oleh kita sehariaan secara cukup. Oleh itu sekiranya kita mengunakan sukatan yang betul formula yang betul berdasarkan kiraan berat badan anak-2 kita maka tak salah kita memberikan sumber makanan yang cukup untuk mereka membesar. Yang salahnya kalau kurang dan tak cukup maka tumbesaran akan terbantut!!

Kandungan Nutrisi
Tak hairanlah anak2 yang dibekalkan nutrition yang cukup sebagai sarapan pagi, pengalaman kak ja sendiri anak2 akan kekal aktif, tak mengantuk dalam kelas dan cergas kerana sumber makan paginya cukup (ini kak ja rasa side effect yang amat positif). Berbanding anak2 yang tidak cukup sumber makanan yang seimbang akan mengantuk dan lesu kerana sumber protein dan mineral nya tak cukup...otaknya kurang zat untuk menerima dan melakukkan aktiviti pembelajaran yang berat pada hari tersebut.


Kak ja just nak share kandungan milo (yang ni anda tak risau pula ya)...kandungan gula 17.2g yang tinggi, manakala kandungan protein yang rendah iaitu 8.6g berbanding herbalife 39g yang akan tampung keperluaan protein anak anda pada sarapan pagi sekiranya tak ambik telur, ikan or daging pada sarapan pagi. Manakala jumlah tenaga pula lebih tinggi iaitu 354kcal berbanding milo iaitu 332kcal. Kalau kita tgk sumber vitamin dan kalsium yang ada dlm herbalife lebih tinggi dan baik untuk tumbesaran anak kita. Jadi sepatutnya kita risaukan bagi milo pada anak kita setiap pagi yang tinggi kandungan gula tapi rendah sumber protein itu .

Oleh itu Kak Ja nasihatkan kita patut merasa risau pemakanan anak kita adakah kita berikan sumber pemakanan sarapan yang betul? sekiranya ada ambil sarapan...adakah sarapan yang seimbang dan cukup? Sekiranya tidak ia akan memudaratkan pertumbuhan anak2 kita dan juga akan menyebabkan anak kita membesar dalam situasi obesiti yang melampau.

Bagi Kak Ja, jawapan kepada persoalan ini boleh kah? Jawapannya boleh dengan sukatan yang betul dan perlu untuk permulaan pagi yang baik. Kak Ja suka share tips penggunaan herbalife sarapan pagi untuk anak2 Kak Ja ni kerana ia mudah di sediakan dan anak2 Kakja cukup suka kerana rasanya berbagai perisa dan yang penting sekali ia cukup zat dan vitamin yang diperlukan dalam kandungan sehariaan.

Bagi yang memerlukan tips lanjut sukatan dan cara penyediaan herbalife sarapan untuk anak2 boleh hubungi kak ja. Sekiranya anda ingin berdiet melalui pemakanan yang sihat dan seimbang juga boleh hubungi kak ja untuk sertai program jom kurus online bersama coach Kak Ja.


Oleh itu Kakja sarankan lakukan diet melalui pemakanan seimbang dan teknik pemakanan yang sihat. Disini Program diet kakja yang lengkap dengan meal plan selama satu musin iaitu 25 hari akan membantu diet yang sihat, seimbang dengan teknik pemakanan yang sihat dan seimbang. Program ini juga akan memberikan and ilmu pemakanan serta teknik pemilihan makanan dan penyediaan makan diet yang betul, insyaAllah.


Semoga bermanafaat.

Sumber:
Bacaan Internet

No comments:

KENALI GLYCEMIC INDEX (GI) & JAWAPAN KENAPA DIET CEPAT LAPAR - RAHSIA DIET SAMPAI IDEAL - DIET ONLINE COACH KAKJA

Assalamualaikum wbt Hari ni Kakja nak share topik penting rahsia diet sampai ideal.. so bagaimana??  Kenalah master dulu pasal Glycemic...

Jom Follow Kak Ja