Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa

NAK KURUS TAPI TAK TAHU NAK MAKAN APA

Ramai yang keliru, pening kepala tidak tahu nak masak menu apa untuk di makan sepanjang hari, tapi nak kurus!!!


Contoh Menu Diet 7 Hari





Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan diet, cabaran utamanya pasti runsing apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. Anda mahu tahu contoh menu diet 7 hari? ok jom KakJa kongsikan


Contoh menu diet 7 hari ini diberikan berdasarkan lima waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi (antara 7-8 pagi), snacking pagi (10.00pg) , makan tengah hari (12.00-2.30ptg), snacking petang (5.00ptg) dan makan malam (6.00-8.30 mlm).Pastikan makan malam 2 jam sebelum waktu tidur, untuk dapatkan result yang baik pastikan selepas makan jangan terus baring atau banyak duduk. Aktifkan diri dengan apa jenis gerakan. berjalan setempat pun jadilahh... supaya ada berlaku defisit kalori iaitu makanan yang di makan tadi dapat di bakar balik menjadi tenaga, maka di situlah akan berlaku pembakaran lemak-lemak lama. 



Hari pertama



Sarapan pagi: Sandwich telur tanpa sos bersama tea kosong tanpa gula
Sebelah pagi pastikan minum air putih 500ml, minum sebaik sahaja lepas solat subuh, terbaik di selang seli 1 jam 1 gelas air putih.


contoh resepi sandwich sihat

(Dalam 130 Kcal)
1 tsp black pepper
2 keping roti whole wheat
2 biji telur (ambil satu sahaja bahagian kuningnya)2 SLICE Wonder Bread, Whole Wheat

Snacking pagi antara 10pagi: Potongan buah (Antara pilihan buah yang sesuai dan rendah glysemik indek seperti buah apple, kiwi, pisang, jambu batu). Minum air putih 500ml



Makan tengah hari: Satu genggam nasi putih atau nasi perang bersama sekeping ikan laut (elakkan ikan yang di pelihara dalam kolam dalam sepanjang proses turun berat badan). Ikan bersaiz 1 tapak tangan anda yang di perap dengan bawang putih dan lemon. Minum air putih 500ml


Makan petang : Potongan buah (Antara pilihan buah yang sesuai dan rendah glysemik indek seperti buah apple, kiwi, pisang, jambu batu). Minum air putih 500ml



Makan Malam : Pilihan karbohidrat kompleks anda pilih je apa-apa jenis sayur yang ada dalam peti ais anda seperti bayam, daun salad, asparagus, brokoli atau sweet potato. Sekeping ikan di bakar. di renjis dengan jus lemon dan sedikit sos bbq (jangan lebih dari 1 tbsp). Minum air putih 500ml/1 gelas


Malam pastikan tidur awal, supaya membantu proses menurunkan berat badan dengan baik. sebelum tidur minum 1 gelas air kosong



Hari kedua

Sarapan pagi: 2 biji Telur hancur (Bahagian kuning ambil 1 biji sahaja) bersama 1 ketul sweet potato di rebus/di bakar guna airfryer. 1 gelas teh kosong tanpa gula. 

Snacking pagi: 1 biji pisang + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: 1 genggam nasi bersama 1 keping ayam bahagian dada di bakar atau di masak secara sup. garam di benarkan sekadar secubit rasa, untuk dapatkan sedikit manis di benarkan kurang dari 1 sudu madu asli. 1 gelas air kosong 500ml


Snacking petang: 1 biji apple + 1 gelas air kosong

Makan malam: Soohon goreng tempe atau sup soohon bersama protein telur / tauhu /  ikan. 1 gelas air kosong 500ml


Hari ke tiga

Sarapan pagi: Waffle atau pancake bersama potongan pisang atau 1 gelas smooties kiwi+pisang, 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji apple hijau + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: 1 genggam nasi perang bersama 1 keping ikan masak stim/sup. garam di benarkan sekadar secubit rasa, untuk dapatkan sedikit manis di benarkan kurang dari 1 sudu madu asli. 1 gelas air kosong 500ml


Snacking petang: 1 biji jambu batu saiz sederhana + 1 gelas air kosong

Makan malam: sweet potato bakar atau pilihan sayur yang ada dalam peti ais, ikan bakar. (ikan di perap dengan herbs atau sedikit sos bbq / lemon jus).  1 gelas air kosong 500ml




Hari ke empat

Sarapan pagi: Overnight oat,500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah kiwi + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Sup kimchi soohon+tauhu+cendawan. (portion soohon dan cendawan pastikan tidak lebih segenggam sahaja).1 gelas air kosong 500ml



Snacking petang: 1 biji pisang.1 gelas air kosong

Makan malam: 1 genggam nasi perang bersama ikan bakar percik (elakkan pengambilan kuah sekiranya beli di kedai, yang di masak sendiri di benarkan 1 sudu sahaja)  .  1 gelas air kosong 500ml



Hari ke lima

Sarapan pagi: smooties pisang (elakkan penggunaan gula), 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah apple + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Tomyam soohon bersama isi ikan. 1 gelas air kosong 500ml

Snacking petang: 1 genggam kacang tanpa ada kandungan  garam/gula, 1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Quinoe bersama protein tempe/ikan. 500ml air putih




Hari ke enam

Sarapan pagi: 1 keping roti wholemeal bersama 1 sudu peanut butter , 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah jambu batu,1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Spaghetti Aglio Olio bersama seafood (saiz pasta tidak lebih segenggam). 1 gelas air putih


Snacking petang: 1 biji apple, 1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Smoothies buah naga+pisang. 500ml air putih



Hari ke tujuh

Sarapan pagi: 2 biji telur separuh masak (bahagian kuning hanya 1 biji sahaja) bersama 1 biji sweet potato rebus/bakar 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 apple,1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Sandwich telur. 1 gelas air putih



Snacking petang: 1 biji pisang,1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Soohon goreng ikan bakar (elok guna 1 sudu minyak zaitun sahaja untuk 1 hidangan) . 1 gelas air putih




Bukan hanya ikut contoh menu diet 7 hari je ya, tetapi juga gaya hidup sihat

Bukan hanya makanan yang menyebabkan anda sihat, tetapi juga gaya hidup anda secara keseluruhan.

Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet tujuh hari seperti yang disarankan, anda juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
  2. Jangan skip sarapan pagi anda kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
  3. Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
  4. Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
  5. Kawal jumlah makanan anda. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
  6. Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula
  7. Banyakkan pengambilan sumber protein dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat
  8. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu.



Sekiranya ada sesiapa yang rasa nak hasil yang terbaik lagi dan lengkap resepi sihat, KakJa cadangkan daftar kemasukan program selama 1 bulan untuk dapatkan hasil yang yang lebih baik, energy yang luar biasa dan pelbagai ilmu pengetahuan tentang  pemakanan sihat dan juga gaya hidup yang sihat.


Pakej Program Menurunkan Berat Badan Secara Sihat






Kita dengar perkongsian cikgu Kak Maziah bagaimana beliau dapat turunkan berat badan sebanyak 22kg.



Follow Instagram: @ckrosliza

Laman Web Rasmi:

Wasap No: 6016-7329697
Wasap Quick Link: http://hubungicoachkakja.wasap.my/


Cara Menghilangkan Lemak Visceral atau Lemak Organ Yang Tersembunyi

 

LEMAK ORGAN ATAU LEMAK VISCERAL 



BERISIKO TINGGI MENDAPAT PENYAKIT JANTUNG, STROK, KENCING MANIS DAN HIPERTENSI


Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak di bawah kulit).  Lemak Visceral adalah lemak intra-abdomen yang terdiri daripada lembaran lemak yang mengelilingi organ dalaman tubuh manusia yang diukur mengikut ketebalannya.

Kajian menunjukkan orang yang tinggi lemak visceral terdedah kepada risiko tinggi mendapat penyakit jantung, strok, diabetes dan hipertensi.

Orang yang tidak aktif, perokok selalunya memiliki lebih banyak lemak visceral berbanding orang yang aktif!

Stress juga menjadi faktor pembentukan lemak visceral di dalam tubuh. Agak sukar menghilangkan lemak visceral berbanding lemak di bawah kulit disebabkan lemak visceral lebih kuat tertanam/menempel di dalam jaringan tubuh dan organ manusia.



Lemak visceral hanya dapat diukur secara tepat oleh mesin penimbang seperti Tanita dan sesetengah mesin scan yang ada di hospital dan akan dapat lihat seberapa tebal lembaran lemak visceral yang menyelimuti / melapisi organ-organ tubuh.

Seseorang yang kita nampak kurus dengan berat badan yang ideal atau sihat, namun tidak mustahil juga kemungkinan masih memiliki lemak visceral ini di sekitar organ dalamannya.



Lemak ini agar sukar dihilangkan dengan execise tetapi akan berkurangan secara perlahan-lahan apabila kita mengubah tabiat makan seimbang dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Boleh dilihat kesan-kesan

  • Kusam
  • Lebam bawah mata
  • High kolestrol
  • Cepat mengah
  • Mudah letih
  • Tidur berdengkur

Pengambilan makanan yang tinggi omega 3 amat bagus kerana ia nya amat laju membakar lemak. Selain itu anda boleh mengamalkan kapsul ikan omega 3 untuk membantu anda kadang jarang dapatkan dalam makanan seharian.


topik popular - klik di bawah

1.  Lemak kulit yang mengubahkan penampilan kelihatan berusia dari umur sebenar 

2. Betul ker boleh kurus melalui online diet ni??

3. Tips Info tentang produk herbalife dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat

4) Manfaat kolagen pada tubuh badan manusia

5)  Lemak Organ atau Lemak Visceral yang boleh membawa maut

6) KURUS BERSAMA HERBALIFE DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT7) 

7) Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa. Contoh Menu Diet 7 Hari






Bahaya Lemak Tubuh Badan Dan Cara Atasinya

 Alahaiii!!, perut lemak semakin banyak!!!


Hari ini kita berkenalan dengan lemak apa yang telah mempengaruhi fizikal kita hingga kelihatan berusia dari umur sebenar dan juga lemak yang boleh menyebabkan kita tiba-tiba jatuh pengsan. lemak yang ni lagi bahaya kerana orang yang berbadan kurus pun tidak semestinya sihat.


LEMAK DI BAWAH KULIT

Kenali lemak-lemak yang ada dalam badan kita.

Di dalam badan manusia ada 2 jenis lemak yang control badan kita.  Kita memang perlukan lemak tapi dalam peratusan yang selamat.  Lemak yang berlebihan akan mempengaruhi kesihatan, emosi dan tenaga kita dan memang agak berisiko tinggi.Mempunyai lemak berlebihan umpama badan sedang membawa beban yang berlebihan setiap masa dan sudah tentu untuk jangka masa panjang akan memberi kesan pada setiap sendi, saraf dan jantung.


Jenis lemak

Lemak di bawah kulit (subcutaneous fat)


Lemak ini berada di bawah kulit kita dan biasanya orang perempuan lebih tinggi kandungan lemak berbanding lelaki. Bersarang di peha, lengan, punggung, pinggang, dada dan di belakang pinggang. Lemak ini datang dari gula ringkas (karbohidrat), lemak makanan.  Setiap 7700 kalori berlebihan akan tambah 1 kg berat badan. Lemak ini akan hilang dengan mudah apabila kita cut kalori dan increase metabolisma dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, melakukan sebarang aktiviti senaman dan amalkan gaya hidup aktif.

Jika kita berjaya kurangkan lemak ini, berita gembiranya, kita akan kelihatan lebih muda berbanding umur asal (umur sel atau metabolic age) disebabkan lemak ini akan ‘menarik’ sel-sel untuk nampak tua dari umurnya yang asal.  Otot-otot mengecut dan dikawal oleh lemak. Dan yang mengecewakan adalah lemak yang berlebihan hanya mampu membakar 9 kcal berbanding 1kg otot mampu membakar 30 kcal.




Lemak di bawah kulit (subcutaneous fat)

Lemak jenis ini jika berlebihan, boleh menyebabkan kita kurang selesa kerana ibarat badan sedang membawa beban berlebihan setiap masa dan akan mempengaruhi fizikal kita. Pengumpulan lemak bawah kulit ini agak berbeza mengikut jantina. Dan disebabkan pengumpulan lemak di bahagian badan tertentu , inilah disebutkan tubuh kita ni ada yang berbentuk ‘apple shaped & pear shaped’




LEMAK DI PEHA LEBIH BAIK BERBANDING LEMAK DI PERUT

Wanita yang memiliki lemak di peha memiliki risiko yang lebih rendah untuk penyakit jantung dan strok berbanding wanita dengan lemak di perut


LEMAK BAWAH KULIT VS LEMAK VISERAL


Lemak bahagian paling bahaya adalah di bahagian organ. Atau dipanggil lemak viseral

Lemak inilah yang menjadi penyebab kita boleh dapat serangan jantung dan strok kerana lemak ini menyelaputi organ dalaman kita termasuk jantung

Manakala lemak bawah kulit pula yang buat kita nampak besar sebab ia duduk bawah kulit kita. Makin banyak lemak ini makin lebarlah badan kita

Mereka yang berbadan jenis APPLE kebiasaannya mempunyai lemak organ/viseral lebih tinggi daripada mereka yang berbadan jenis PEAR

Manakala mereka yang berbadan PEAR mempunyai lemak bawah kulit yang agak tinggi


APA PENYEBAB TERHASIL LEMAK BAWAH KULIT?

👉🏼 genetik (30% sahaja)

 Hanya mempengaruhi 30% sahaja. Selebihnya 70% majoriti dikawal oleh diet sihat dan gaya hidup aktif

👉🏼 berlebihan kalori yang diambil berbanding kalori yang boleh dibakar badan (konsep kalori defisit)

Setiap 7700 kalori berlebihan menghasilkan ~ 1kg lemak dalam badan.

👉🏼 tidak aktif bergerak

Kerja yg asyik duduk statik depan computer contohnya atau selalu tengok tv sambil makan makanan tinggi kalori & junk food.

👉🏼 jisim otot terlalu sedikit

Kelebihan orang yang mempunyai jisim otot tinggi. Boleh bantu bakar lemak walaupun tidak bersenam hari2

👉🏼 tidak bersenam

Bersenam tak semestinya pergi gym tapi buat aktiviti yang membuatkan metabolisma aktif membakar kalori

tidak bersenam. Bersenam tak semestinya pergi gym tapi buat aktiviti yang membuatkan metabolisma aktif membakar kalori

👉🏼 masalah hormone imbalance

Ada beberapa hormon dalam badan boleh mempengaruhi turun naik lemak bawah kulit ni sebab itu perlu diet seimbang supaya dapat menyelaraskan sistem hormon badan



APA ITU ‘MUFFIN TOP’

(Perut mengeleber seperti muffin)


“Saya tak gemuk pun , tapi perut geleber..”

Ramai antara kita mengalami cabaran MUFFIN TOP.

Muffin top ini adalah istilah yang d beri untuk lebihan lemak yg terkeluar bahagian pinggang semasa kita memakai seluar atau kain.

Memang ‘stress’ apabila ada muffin top ini. Cabaran hendak pakai baju cantik dan bersaiz kecil mesti akan mencari dahulu  bengkung kan?


JIKA ANDA KURUS TAPI MEMPUNYAI MUFFIN TOP NI, 3 KEMUNGKINAN

  1. Anda kurus tapi kandungan lemak dalam badan tinggi
  2. Anda kurus tapi kulit gelebeh
  3. Anda sebenarnya tak kurus dan perlu turunkan berat badan.


BAGAIMANA NAK BUANG MUFFIN TOP NI ATAU CARA NAK TURUNKAN LEMAK BAWAH KULIT?

  1. Jaga pemakanan , diet seimbang selain untuk kesihatan juga untuk selaraskan hormon badan
  2. Bergerak aktif dan bersenam 2-3x seminggu minimum (follow combo workout)
  3. Apply konsep kalori defisit mengikut kalori keperluan badan untuk turun berat
  4. Jangan stress. Stress sama sekali tidak membantu penurunan berat
  5. Pastikan pengambilan protein setiap hari mencukupi supaya ‘muscle mass’ tidak drop (low metabolism)
  6. Kerap minum air kosong 3-4L sehari (mengikut keperluan badan )
  7. Elakkan air manis dan makanan yg tinggi transfat dan tinggi kalori 

Pengambilan gula berlebihan tanpa sedar, ramai di kalangan rakyat Malaysia menghadapi situasi sebegini, faktor makanan yang tidak betul yang telah di amalkan dari kanak-kanak lagi



Manfaat Kolagen Kepada Tubuh Anda

Semua orang tahu tentang kolagen boleh menjadikan  WAJAH KITA KELIHATAN MUDA.


Kulit adalah merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan anda. Pernah anda terfikir apakah bahan yang penting untuk mendapatkan kulit yang tegang dan penampilan yang sihat? Jawapannya ialah kolagen. Ia merupakan protein yang terbanyak di dalam tubuh manusia untuk menjaga kulit, sendi, otot dan tulang agar kekal dalam keadaan muda. Ia membentuk 70% kulit anda. Kolagen memberikan sokongan dan keanjalan kepada kulit anda. Protein yang penting ini juga meningkatkan integriti struktur kulit yang membawa kepada peningkatan kekuatan kulit.


Kita mungkin kelihatan muda semasa remaja, Itulah sebabnya kanak-kanak mempunyai rambut yang bersinar dan kulit yang cantik. Bagaimanapun apabila usia kita semakin meningkat di awal 30an, penghasilan kolagen akan semakin menurun, melainkan dia mengambil kolagen tambahan secara harian. Gaya hidup juga merupakan satu daripada faktornya, seperti mengamalkan pengambilan gula yang tinggi, merokok dan banyak terdedah kepada cahaya matahari maka keupayaan tubuh untuk mengeluarkan kolagen akan berkurangan. Kemudiannya akan menyebabkan kedutan, garis-garis halus  serta rambut menjadi mudah gugur. 






Pakar pemakanan boleh membantu, iaitu Nutrition Herbalife yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalamannya. Herbalife adalah jenama No 1 di dunia bagi makanan penggantian dan protein tambahan, serta pengalaman yang luas membolehkan mendapat bahan-bahan berkualiti serta ujian keselamatan dan standard kualiti bertaraf dunia. Dengan lebih daripada 300 orang saintis dan doktor memberikan ulasan dan menguji bahan-bahan pengeluaran herbalife. Ini semua adalah untuk memberikan nutrisi terbaik kepada anda. Memperkenalkan Herbalife Collagen Plus Powder yang di rumus dengan molekul kolagen ikan terhidrolisis lebih halus untuk penyerapan optimum. Ia juga mengandungi Co Q10, Vit C, B2, B3, B6, Biotin, Kuprum & Zink. Produk unik ini juga telah disahkan Halal. 




Setiap hidangan collagen Plus Powder memberikan 5g kolagen ikan terhidrolisis dan vitamin penting. Perisa orennya telah menjadikan minuman ini menyegarkan dan enak dinikmati. Ia membantu menyokong kesihatan kulit. Perolehi kecatikan dalaman dan luaran, dengan Herbalife Nutrition Colagen Plus Powder Baharu, tiada penjagaan kulit yang semudah ini.


Apa kata Dr David Heber tentang kepentingan protein kepada kulit manusia






Disclaimer: Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mengubati apa-apa penyakit.


topik popular - klik di bawah

1. Testimoni pengguna kolagen 

2. Betul ker boleh kurus melalui online diet ni??

3. Tips Info tentang produk herbalife dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat

4) Lemak kulit yang mengubahkan penampilan kelihatan berusia dari umur sebenar

5)  Lemak Organ atau Lemak Visceral yang boleh membawa maut

6) KURUS BERSAMA HERBALIFE DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

7) Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa. Contoh Menu Diet 7 Hari


Follow Instagram: @ckrosliza

Laman Web Rasmi:

Wasap No: 6016-7329697
Wasap Quick Link: http://hubungicoachkakja.wasap.my/

-Coach Kakja

TESTIMONI PENGGUNA COLLAGEN NUTRITION HERBALIFE

 KEBAIKAN KOLAGEN PADA KULIT SAMAADA DALAMAN DAN LUARAN


Selain bagus untuk keanjalan kulit Kenapa Kolagen juga bagus untuk Sendi?

Protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita adalah kolagen. Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dalam badan yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung, seperti tulang rawan, tulang, tendon,  ligamen dan kulit. Walaupun kolagen sangat dikenali untuk membantu dalam kecantikan kulit. Namun, manfaat kolagen juga sangat memainkan peranan penting terhadap seluruh tubuh termasuk kesihatan sendi.


Apa yang berlaku sekiranya kolagen berkurangan dalam tubuh?

Kekurangan kolagen akan mengakibatkan tulang lutut lebih besar daripada rangka lutut sehingga menyebabkan keradangan lutut berlaku. Secara tidak langsung menyebabkan sakit sendi lutut berlaku.


Bagaimana Kolagen dapat membantu atasi masalah sakit sendi lutut?

50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada kolagen. Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan, kekuatan dan merangsang pertumbuhan tulang rawan. Selepas umur 25 tahun, Pengurangan kolagen mula berlaku termasuk kolagen dalam tulang rawan (Cartilage).

Tulang rawan adalah lembut, berbentuk kenyal yang melindungi hujung tulang di setiap sendi. Peningkatan umur dan pergerakan secara berterusan akan mengakibatkan tulang rawan kehausan. Akibatnya, tendon dan ligamen akan meregang, dan tulang akan bergesel antara satu sama lain, lalu menyebabkan sakit sendi berlaku. Kolagen memberikan sokongan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tulang rawan, serta melegakan keradangan sendi dan kesakitan yang berlaku.


• Antara fungsi kolagen terhadap sendi adalah:

✔️ Memberi keselesaan terhadap sendi

✔️ Menjaga rangka lutut

✔️ Memelihara tulang rawan daripada terhakis

✔️ Melancarkan pergerakan sendi lutut

✔️ Menguatkan tulang lutut















Disclaimer: Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mengubati apa-apa penyakit.


Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa

NAK KURUS TAPI TAK TAHU NAK MAKAN APA Ramai yang keliru, pening kepala tidak tahu nak masak menu apa untuk di makan sepanjang hari, tapi nak...

Popular Post from Mamaluv ELWO Blog