Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa

NAK KURUS TAPI TAK TAHU NAK MAKAN APA

Ramai yang keliru, pening kepala tidak tahu nak masak menu apa untuk di makan sepanjang hari, tapi nak kurus!!!


Contoh Menu Diet 7 Hari





Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan diet, cabaran utamanya pasti runsing apakah makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan. Kadangkala, sampai tak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari. Anda mahu tahu contoh menu diet 7 hari? ok jom KakJa kongsikan


Contoh menu diet 7 hari ini diberikan berdasarkan lima waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi (antara 7-8 pagi), snacking pagi (10.00pg) , makan tengah hari (12.00-2.30ptg), snacking petang (5.00ptg) dan makan malam (6.00-8.30 mlm).Pastikan makan malam 2 jam sebelum waktu tidur, untuk dapatkan result yang baik pastikan selepas makan jangan terus baring atau banyak duduk. Aktifkan diri dengan apa jenis gerakan. berjalan setempat pun jadilahh... supaya ada berlaku defisit kalori iaitu makanan yang di makan tadi dapat di bakar balik menjadi tenaga, maka di situlah akan berlaku pembakaran lemak-lemak lama. 



Hari pertama



Sarapan pagi: Sandwich telur tanpa sos bersama tea kosong tanpa gula
Sebelah pagi pastikan minum air putih 500ml, minum sebaik sahaja lepas solat subuh, terbaik di selang seli 1 jam 1 gelas air putih.


contoh resepi sandwich sihat

(Dalam 130 Kcal)
1 tsp black pepper
2 keping roti whole wheat
2 biji telur (ambil satu sahaja bahagian kuningnya)2 SLICE Wonder Bread, Whole Wheat

Snacking pagi antara 10pagi: Potongan buah (Antara pilihan buah yang sesuai dan rendah glysemik indek seperti buah apple, kiwi, pisang, jambu batu). Minum air putih 500ml



Makan tengah hari: Satu genggam nasi putih atau nasi perang bersama sekeping ikan laut (elakkan ikan yang di pelihara dalam kolam dalam sepanjang proses turun berat badan). Ikan bersaiz 1 tapak tangan anda yang di perap dengan bawang putih dan lemon. Minum air putih 500ml


Makan petang : Potongan buah (Antara pilihan buah yang sesuai dan rendah glysemik indek seperti buah apple, kiwi, pisang, jambu batu). Minum air putih 500ml



Makan Malam : Pilihan karbohidrat kompleks anda pilih je apa-apa jenis sayur yang ada dalam peti ais anda seperti bayam, daun salad, asparagus, brokoli atau sweet potato. Sekeping ikan di bakar. di renjis dengan jus lemon dan sedikit sos bbq (jangan lebih dari 1 tbsp). Minum air putih 500ml/1 gelas


Malam pastikan tidur awal, supaya membantu proses menurunkan berat badan dengan baik. sebelum tidur minum 1 gelas air kosong



Hari kedua

Sarapan pagi: 2 biji Telur hancur (Bahagian kuning ambil 1 biji sahaja) bersama 1 ketul sweet potato di rebus/di bakar guna airfryer. 1 gelas teh kosong tanpa gula. 

Snacking pagi: 1 biji pisang + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: 1 genggam nasi bersama 1 keping ayam bahagian dada di bakar atau di masak secara sup. garam di benarkan sekadar secubit rasa, untuk dapatkan sedikit manis di benarkan kurang dari 1 sudu madu asli. 1 gelas air kosong 500ml


Snacking petang: 1 biji apple + 1 gelas air kosong

Makan malam: Soohon goreng tempe atau sup soohon bersama protein telur / tauhu /  ikan. 1 gelas air kosong 500ml


Hari ke tiga

Sarapan pagi: Waffle atau pancake bersama potongan pisang atau 1 gelas smooties kiwi+pisang, 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji apple hijau + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: 1 genggam nasi perang bersama 1 keping ikan masak stim/sup. garam di benarkan sekadar secubit rasa, untuk dapatkan sedikit manis di benarkan kurang dari 1 sudu madu asli. 1 gelas air kosong 500ml


Snacking petang: 1 biji jambu batu saiz sederhana + 1 gelas air kosong

Makan malam: sweet potato bakar atau pilihan sayur yang ada dalam peti ais, ikan bakar. (ikan di perap dengan herbs atau sedikit sos bbq / lemon jus).  1 gelas air kosong 500ml




Hari ke empat

Sarapan pagi: Overnight oat,500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah kiwi + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Sup kimchi soohon+tauhu+cendawan. (portion soohon dan cendawan pastikan tidak lebih segenggam sahaja).1 gelas air kosong 500ml



Snacking petang: 1 biji pisang.1 gelas air kosong

Makan malam: 1 genggam nasi perang bersama ikan bakar percik (elakkan pengambilan kuah sekiranya beli di kedai, yang di masak sendiri di benarkan 1 sudu sahaja)  .  1 gelas air kosong 500ml



Hari ke lima

Sarapan pagi: smooties pisang (elakkan penggunaan gula), 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah apple + 1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Tomyam soohon bersama isi ikan. 1 gelas air kosong 500ml

Snacking petang: 1 genggam kacang tanpa ada kandungan  garam/gula, 1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Quinoe bersama protein tempe/ikan. 500ml air putih




Hari ke enam

Sarapan pagi: 1 keping roti wholemeal bersama 1 sudu peanut butter , 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 biji buah jambu batu,1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Spaghetti Aglio Olio bersama seafood (saiz pasta tidak lebih segenggam). 1 gelas air putih


Snacking petang: 1 biji apple, 1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Smoothies buah naga+pisang. 500ml air putih



Hari ke tujuh

Sarapan pagi: 2 biji telur separuh masak (bahagian kuning hanya 1 biji sahaja) bersama 1 biji sweet potato rebus/bakar 500ml air putih.

Snacking pagi: 1 apple,1 gelas air putih/500ml

Makan tengah hari: Sandwich telur. 1 gelas air putih



Snacking petang: 1 biji pisang,1 gelas air putih/500ml

Makan malam: Soohon goreng ikan bakar (elok guna 1 sudu minyak zaitun sahaja untuk 1 hidangan) . 1 gelas air putih




Bukan hanya ikut contoh menu diet 7 hari je ya, tetapi juga gaya hidup sihat

Bukan hanya makanan yang menyebabkan anda sihat, tetapi juga gaya hidup anda secara keseluruhan.

Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet tujuh hari seperti yang disarankan, anda juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
  2. Jangan skip sarapan pagi anda kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
  3. Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
  4. Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
  5. Kawal jumlah makanan anda. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
  6. Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula
  7. Banyakkan pengambilan sumber protein dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat
  8. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu.



Sekiranya ada sesiapa yang rasa nak hasil yang terbaik lagi dan lengkap resepi sihat, KakJa cadangkan daftar kemasukan program selama 1 bulan untuk dapatkan hasil yang yang lebih baik, energy yang luar biasa dan pelbagai ilmu pengetahuan tentang  pemakanan sihat dan juga gaya hidup yang sihat.


Pakej Program Menurunkan Berat Badan Secara Sihat






Kita dengar perkongsian cikgu Kak Maziah bagaimana beliau dapat turunkan berat badan sebanyak 22kg.



Follow Instagram: @ckrosliza

Laman Web Rasmi:

Wasap No: 6016-7329697
Wasap Quick Link: http://hubungicoachkakja.wasap.my/


No comments:

Nak Kurus Tapi Keliru Tak Tahu Nak Makan Apa

NAK KURUS TAPI TAK TAHU NAK MAKAN APA Ramai yang keliru, pening kepala tidak tahu nak masak menu apa untuk di makan sepanjang hari, tapi nak...

Popular Post from Mamaluv ELWO Blog